...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, January 29, 2010

Bursa Teguh di Akhir Dagangan

KUALA LUMPUR 28 Jan - Kebanyakan saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada harga lebih teguh hari ini selepas menyaksikan pengambilan untung selama tiga hari, tetapi kejatuhan di kaunter-kaunter perladangan menyeret turun indeks utama, kata peniaga.
Pada pukul 5 petang, penunjuk pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 1.26 mata kepada 1,264.51 setelah dibuka 1.52 mata lebih teguh pada 1,267.29 pagi tadi.
Pada akhir dagangan, Indeks Kewangan Bursa Malaysia naik 14.92 mata kepada 11,074.77, Indeks Perusahaan susut 5.39 mata kepada 2,630.22 dan Indeks Perladangan turun 46.21 mata kepada 6,225.0.
Indeks FBM Emas meningkat 18.25 mata kepada 8,517.09, Indeks FBM Ace mengukuh 33.67 mata kepada 4,397.58 dan Indeks FBM70 53.90 mata lebih tinggi pada 8,330.46.
Saham turun mengatasi saham naik dengan jumlah 534 berbanding 190 manakala 234 kaunter tidak berubah dan 361 yang lain tidak diniagakan.
Jumlah dagangan mengecil kepada 935.253 juta saham bernilai RM1.425 bilion daripada 1.08 bilion saham bernilai RM1.82 bilion semalam.
Antara saham cergas, MEMS Technology susut empat sen kepada empat sen, Mulpha-WA naik sesen kepada tiga sen dan Mulpha International mengukuh empat sen kepada 51 sen.
Kenaikan terbesar dicatatkan oleh Nestle dengan peningkatan 76 sen kepada RM33.78, British American Tobacco dengan penambahan 46 sen kepada RM42.96 dan KYM yang mengukuh 24 sen kepada RM1.13.
Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 745.39 juta saham bernilai RM1.39 bilion daripada 917.21 juta saham bernilai RM1.795 bilion semalam.Pasaran Ace mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 151.34 juta saham bernilai RM22.47 juta daripada 106.463 juta saham bernilai RM18.02 juta sebelumnya.
Waran berkurangan jumlahnya kepada 30.48 juta unit bernilai RM4.97 juta daripada 49.5 juta unit bernilai RM10.09 juta.
Barangan pengguna menguasai 69.54 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 162.22 juta, pembinaan 43.22 juta, perdagangan dan perkhidmatan 251.1 juta, teknologi 38.61 juta, prasarana 10.44 juta, kewangan 68.47 juta, hotel 575,300, harta 76.36 juta, perladangan 22.69 juta, perlombongan 9,000, REIT 2.07 juta, dan dana tertutup 40,200.

- Bernama (Di petik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment