...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, March 31, 2010

Market Review

A fillip from NEM. The market reacted positively to the NEM announcement yesterday although gains were pared in late afternoon, resulting in a flat close for the benchmark index. NEM-related headlines dominate the media today, with the notable ones being (i) the Government to divest its 32.2% stake in Pos Malaysia (held via Khazanah), (ii) the impending listing of 2 key Petronas subsidiaries and few other publicly-owned ventures,
(iii) the Government to develop 3,000 acres of land as part of a JV with EPF in Sungai Buloh. Other corporate headlines are Parkson stating its intention to spend RM220m to expand its regional stores, Axiata may consider paying a special dividend from proceeds of XL’s share sale and KPJ looking to acquire another overseas hospital next year. We expect the market to continue to take the cue from domestic leads today although trading is likely to be range-bound. Overnight, the US market closed higher,buoyed by stronger consumer confidence.

Tuesday, March 30, 2010

Dagangan Bursa Malaysia kukuh

KUALA LUMPUR 29 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, terutamanya menjelang pengumuman Model Ekonomi Baru negara yang dijadualkan esok. Para peniaga berkata jangkaan akan adanya lebih banyak liberalisasi pasaran dalam model ekonomi yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di forum tahunan "Invest Malaysia", telah mendorong keuntungan diraih di kedua-dua saham berwajaran tinggi dan berharga rendah. "Pasaran hari ini lebih kukuh menjelang pengumuman esok di mana kita menjangkakan beberapa inisiatif pelonggaran pasaran akan dibentangkan," kata seorang penganalisis.Beliau menjangkakan yang pasaran akan diniagakan antara paras 1,325 dan 1,308 esok. Hari ini, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 4.07 mata lebih tinggi pada 1,319.21 selepas dibuka 1.16 mata lebih rendah pada 1,313.98. Indeks Kewangan menokok 55.62 mata kepada 11,794.55, Indeks Perladangan meningkat 28.94 mata kepada 6,439.82 dan Indeks Perindustrian mengembang 16.71 mata kepada 2,681.64. Indeks FBM Emas menambah 38.69 mata kepada 8,950.2, FBM70 melonjak 45.42 mata kepada 8,881.45 dan Indeks FBM Ace naik 63.9 mata kepada 4,276.4. Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 472 berbalas 307 sementara 239 kaunter tidak berubah, 328 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan ialah 1.138 bilion saham bernilai RM1.498 bilion, turun daripada 1.251 bilion saham bernilai RM1.706 bilion Jumaat lepas. Saham-saham aktif termasuklah TimeCom yang menambah 1.5 sen kepada 51 sen sementara SAAG Consolidated susut satu sen kepada 13 sen dan KNM lebih rendah setengah sen kepada 72.5 sen. Perolehan dagangan di pasaran utama merosot kepada 978.15 juta saham bernilai RM1.46 bilion daripada 1.03 bilion saham bernilai RM1.65 bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan di pasaran Ace menambah kepada 78.71 juta unit pada RM15.73 juta daripada 77.167 juta unit bernilai RM12 juta sebelumnya.Waran pula merosot kepada 68.97 juta saham bernilai RM13.02 juta daripada 121.8 juta saham bernilai RM22.4 juta sebelumnya. Produk pengguna menguasai 46.16 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 241.04 juta, pembinaan 60.55 juta, urus niaga dan perkhidmatan 328.04 juta, teknologi 63.5 juta, infrastruktur 50.67 juta, kewangan 59.97 juta, perhotelan 6.53 juta, hartanah 100.04 juta, perladangan 19.24 juta, perlombongan 422,000, REIT 1.88 juta dan dana tertutup 51,700.
- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

NEM in the spotlight. The FBM KLCI closed on a positive note yesterday on the back of firm buying interest on TNB, Axiata and Maybank. Timber stocks continued to fuel interest, with Lingui and Jaya Tiasa among the actively traded. Today’s top headlines: (i) the New Economic Model (NEM) will be unveiled by the PM ;(ii) the Government said it has no intention of divesting its stake in Proton Holdings, and (iii) SP Setia buys a piece of land in Melbourne for AUD30m. All eyes will be on the Invest Malaysia conference to be held today and tomorrow, with the PM slated to announce several key initiatives and reform measures for the NEM. As such, the market is likely to take its cue from the policy announcements. Overnight, Wall Street closed firmer as signs of economic recovery sparked demand for higher yielding assets, with crude oil rising the most in 5 weeks.

Monday, March 29, 2010

Harga saham diniagakan tinggi

KUALA LUMPUR 28 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan dengan sentimen pasaran dijangka mendapat rangsangan susulan pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB), kata peniaga. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan inisiatif dasar ekonomi bagi merangsang daya saing negara dan bergerak ke arah model berpendapatan tinggi. Penganalisis kanan teknikal TA Securities, Stephen Soo berkata, pelabur menjangkakan pengumuman MEB akan menaikkan indeks utama untuk memecah paras 1,325 mata. Maybank Investment Bank, dalam laporan kajiannya, menjangkakan aktiviti jual beli secara bergilir-gilir di pasaran sehingga 31 Mac. Bagi minggu yang baru berakhir, Bursa Malaysia meningkat berikutan keuntungan yang dicatatkan oleh saham berwajaran tinggi dan saham berharga rendah, dirangsang oleh unjuran ekonomi positif oleh Bank Negara Malaysia. Ia berkata ekonomi diunjur tumbuh antara 4.5 dan 5.5 peratus tahun ini. Mengikut asas mingguan, FBM KLCI menokok 18.54 mata kepada 1,315.14 berbanding 1,296.60 Jumaat lepas. Indeks Kewangan menambah 241.2 mata kepada 11,738.93 berbanding 11,497.73 sebelumnya. Indeks Perladangan meningkat 57.73 mata kepada 6,410.88 daripada 6,353.15 minggu lepas. Indeks Perusahaan menambah 47.02 mata kepada 2,664.93 berbanding 2,617.91 Jumaat lepas. Indeks FBM Emas menokok 188.35 mata kepada 8,911.51 daripada 8,723.16 sebelumnya. Indeks FBM70 menambah 309.44 mata kepada 8,836.03 pada Jumaat berbanding 8,526.59 Jumaat sebelumnya. Indeks FBMAce melonjak 31.46 mata kepada 4,212.5 Jumaat ini berbanding 4,181.04 minggu lepas. Jumlah dagangan minggu ini meningkat kepada 5.214 bilion saham bernilai RM7.983 bilion berbanding 3.437 bilion saham bernilai RM5.716 bilion Jumaat sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.432 bilion unit bernilai RM7.777 bilion daripada 2.963 bilion unit bernilai RM5.565 bilion minggu lepas. Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 370.626 juta saham bernilai RM54.73 juta berbanding 256.169 juta saham bernilai RM54.041 juta sebelumnya. Waran meningkat kepada 296.865 juta unit bernilai RM59.715 juta berbanding 128.729 juta unit bernilai RM20.251 juta minggu lepas. - BERNAMA - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Sightly higher ahead of New Economic Model. The FBM KLCI rose 2.66 pts to 1,315.14 as buying sentiment was stimulated by the upcoming announcement of the New Economic Model this week. Major news today includes Datuk Seri Dr Chua Soi Lek winning the Presidency of the MCA after a close race and EPU stating that the first phase of the toll road restructuring study was complete. Axiata has raised USD554m
from the sale of an 18% stake in Indonesia’s XL Axiata. The Sarawak Timber Association expects tropical plywood prices, which have recovered by about 20% y-o-y, to continue to go up as inventories in Japan are depleting. EON Capital announced that Bank Negara has approved the appointment of 7 new independent directors. Oilcorp which is expected to resume trading today, has announced another RM175.9m loss for
4QFY10. Finally, US stocks closed mix while crude oil price fell on Friday, losing USD0.53 to USD80.00.

Sunday, March 28, 2010

Kenapa anda PERLU menghadiri SEMINAR JUTAWAN SAHAM?

Mungkin anda sudah biasa menghadiri pelbagai seminar dan bengkel tentang pelaburan saham... Adakah anda sudah berpuas hati? Adakah anda faham tentang ilmu pelaburan? adakah anda diajar bagaimana cara yang betul untuk menilai sesuatu waran... bila masa patut beli waran atau bila perlu beli hanya saham biasa? bagaimana anda perlu mengambil kesempatan apabila sesebuah syarikat membuat pengumuman tentang pengistiharan dividen... bonus issue... right issue...? bagaimana pada setiap pengeluaran call warrant boleh dimanfaatkan? bagaimana cara pihak sindiket berfikir? adakah anda tergolong dalam golongan orang yang sentiasa rugi? tahukah anda siapa yang sentiasa membolot keuntungan di pasaran saham....? mengapa anda tidak mahu menyertai mereka yang membuat keuntungan atau anda tidak tahu? adakah anda sering terperangkap dalam wave 5... maksudnya bila beli jer harga dah mula jatuh? adakah anda tidak memahami konsep elliot wave? adakah anda tahu bagai mana analisis teknikal diguna untuk menjana keuntungan.... seperti kaedah Dan Zanger yang membuat keuntungan dari modal USD11000 menjana keuntungan USD 18juta? Apa kaedah yang dia pakai? adakah anda telah mempelajari teknikal analisis dari orang yang berkelayakan? adakah anda ketahui bagaimana cara jutawan saham muncul di era 90an....? dengan bermodalkan RM20ribu - RM30ribu ketika itu boleh menjadi jutawan? adakah anda telah memiliki nota yang padat tentang ilmu pelaburan yang diiktiraf di Malaysia? nota-nota untuk mempelajari elliot wave yang lengkap? nota-nota tentang japanese candlestick yang penting dan berguna...?

Semua ilmu ini termasuk nota-nota lengkap boleh didapati dalam SEMINAR JUTAWAN SAHAM.... hanya semurah RM280! (harga promosi) Ini adalah satu pelaburan yang sangat berguna untuk diri anda sebagai pelabur.... Peluang sebegini tidak selalu ada.... sila hubungi 017-6627107 segera... tempahlah tempat anda sebagai peserta seminar sekarang!!!

Friday, March 26, 2010

Saham mewah naik dagangan Bursa tinggi

KUALA LUMPUR 25 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan kenaikan dalam saham wajaran tinggi dan saham berkaitan air, kata para peniaga.Mereka berkata sentimen mendapat rangsangan daripada unjuran ekonomi positif oleh Bank Negara Malaysia (BNM).Bank pusat berkata ekonomi negara dijangka berkembang antara 4.5-5.5 peratus tahun ini. Aktiviti membeli saham murah terpilih yang aktif, terutamanya di kalangan kaunter berharga rendah, dilihat pada tengah hari. Saham berkaitan air seperti Puncak Niaga, Kumpulan Perangsang dan JAKS Resources naik selepas sekutu Gamuda, SPLASH, membuat tawaran RM10.75 bilion untuk mengambil alih aset air Selangor. Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 3.03 mata kepada 1,312.48 selepas dibuka 1.30 mata lebih tinggi pada 1,310.75.Indeks Kewangan meningkat 28.93 mata kepada 11,708.71 manakala Indeks Perusahaan naik 10.84 mata kepada 2,651.78. Bagaimanapun, Indeks Perladangan berkurangan 6.81 mata kepada 6,402.69. Indeks FBM Emas naik 41.33 mata kepada 8,871.14, FBM70 meningkat 103.1 mata kepada 8,759.84 manakala Indeks FBM Ace menokok 3.3 mata kepada 4,211.69. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 461 berbanding 303, 247 kaunter tidak berubah, 336 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.244 bilion saham bernilai RM1.845 bilion daripada 1.136 bilion saham bernilai RM1.688 bilion semalam. Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM7.39, Sime Darby naik sembilan sen kepada RM8.61, CIMB Group Holdings meningkat 22 sen kepada RM13.96 manakala Maxis melonjak tiga sen kepada RM5.38. Perolehan dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.05 bilion saham bernilai RM1.788 bilion daripada 967.016 juta saham bernilai RM1.639 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 80.587 juta unit bernilai RM13.04 juta daripada 97.48 juta unit bernilai RM14.1 juta pada Rabu.Waran meningkat kepada 82.13 juta saham bernilai RM20.08 juta daripada 31.83 juta saham bernilai RM4.66 juta sebelumnya. Barangan pengguna menyumbang 46.7 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 249.2 juta, pembinaan 88.7 juta, perdagangan dan perkhidmatan 294.7 juta, teknologi 113.6 juta, prasarana 49.7 juta, kewangan 82.6 juta, hotel 6.9 juta, hartanah 95.2 juta, perladangan 21.6 juta, perlombongan 95,000, REITs 1.06 juta dan dana tertutup 18,000. -Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Water stocks in the spotlight. The FBM KLCI rose 3.03 pts to 1,312.48 on gains in selected key heavyweights and water-related stocks. Advancers outpaced decliners by 461 to 303, while 247 counters were unchanged, 336 untraded and 30 suspended. Among the key market news today include, a by-election will be held in Hulu Selangor following the death of MP – Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, MAS pilot made a safe emergency landing after noting that the right engine was surging with vibrations, Loh & Loh bags RM828.3m Hulu Terengganu hydro contract, Maybank offers dividend reinvestment plan, LCL receives a RM41m demand note, KLIA walks away with two Skytrax awards, Gamuda net profit up 39% in 2Q and Kencana 2Q net profit increase 18%. Overnight, U.S. stocks were mostly lower, particularly in the last hour of trading, on a disappointing Treasury auction with the DJIA Index giving back some 90 pts of earlier gains to close up a marginal 5.06 pts to 10,841.21. Taking cue from the weak US market, we may see another lacklustre trading day in the local bourse today.

Thursday, March 25, 2010

Dagangan Bursa tinggi seiring pasaran AS

KUALA LUMPUR 24 Mac- Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh peningkatan semalaman pada saham-saham AS. Peniaga berkata tanda-tanda pasaran perumahan AS akan meningkat juga mendorong sentimen tetapi keuntungan terhad kepada pengambilan untung pada kaunter berwajaran tinggi. Mereka berkata Laporan Tahunan Bank Negara 2009 yang dikeluarkan pukul 6 petang ini akan memberi kesan kepada pasaran kerana pelabur akan melihat unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) bank pusat itu bagi tahun ini. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur menokok 4.60 mata kepada 1,309.45, selepas dibuka 4.91 mata lebih tinggi pada 1,309.76. Indeks Kewangan meningkat 95.601 mata kepada 11,679.78, Indeks Perladangan naik 15.48 mata kepada 6,409.5 dan Indeks Perusahaan naik 14 mata kepada 2,640.94. Indeks FBM Emas menokok 45.109 mata kepada 8,829.81 dan FBM70 naik 64.311 mata kepada 8,656.74 dan Indeks FBM Ace meningkat 50.89 mata kepada 4,208.39.
Kaunter untung mengatasi rugi 453 kepada 255 sementara 295 kaunter tidak berubah, 344 tidak didagangkan dan 30 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.136 bilion saham bernilai RM1.688 bilion daripada 907.73 juta saham bernilai RM1.487 bilion semalam. Di kalangan kaunter berwajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM7.45, Sime Darby naik dua sen kepada RM8.52, CIMB Group Holdings naik 26 sen sen kepada RM13.74 dan Maxis tidak berubah pada RM5.35. Perolehan dagangan pada Pasaran Utama meningkat kepada 967.016 juta saham bernilai RM1.639 bilion daripada 791.469 juta saham bernilai RM1.463 bilion semalam. Jumlah dagangan pasaran Ace meningkat pada 97.48 juta saham bernilai RM14.1 juta daripada 66.838 juta saham bernilai RM9.23 juta semalam. Waran meningkat kepada 41.08 juta unit bernilai RM9.005 juta daripada 31.83 juta unit bernilai RM4.66 juta semalam. Barangan pengguna mewakili 31.06 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan industri 250.16 juta, pembinaan 45.05 juta, dagangan dan perkhidmatan 253.73 juta, teknologi 117.2 juta, prasarana 81.4 juta, kewangan 61 juta, perhotelan 5.95 juta, harta 98.9 juta, perladangan 20.08 juta, perlombongan 5,200, REIT 2.24 juta dan dana tertutup 26,000. - Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Broadly higher. Following the Dow’s overnight 105-point gain, Kuala Lumpur stocks closed broadly higher yesterday with gainers trouncing losers by 453 to 255. The FBM KLCI gained 4.6 points at 1309.5 points, driven mainly by banking stocks. Regional bourses were mixed to slightly positive. TM has unveiled its HSBB offering, Bank Negara expects the local economy to grow between 4.5 – 5.5% this year, 7 new banking licenses to be issued this year, Tanjong reported its full year financial results, Gamuda’s associate company SPLASH offers to take over water services industry in Selangor for RM10.75bn, Malaysia’s biofuel mandate to start in June 2011. With the Dow’s mild decline last night, stocks may consolidate before attempting further gains.

Wednesday, March 24, 2010

Indeks FBM KLCI melepasi paras 1300 mata

KUALA LUMPUR 23 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) melepasi paras 1,300 mata. Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras menokok 11.20 mata kepada 1,304.85, dirangsang oleh keuntungan dalam saham wajaran tinggi utama. Penganalisis Teknikal Kanan TA Securities, Stephen Soo berkata sasaran berikutnya bagi FBM KLCI adalah sekitar paras 1,308 mata. FBM KLCI mencecah paras tertingginya tahun ini pada 1,328.22 pada 10 Mac. "Meskipun sentimen berhati-hati masih wujud dengan masalah hutang negara Greek dan peningkatan kadar faedah di India, terdapat potensi untuk pasaran tempatan untuk terus meningkat.
Indeks Kewangan menokok 87.71 mata kepada 11,584.18, Indeks Perusahaan menambah 39.74 mata kepada 6,394.02 dan Indeks Perusahaan naik 19.13 mata kepada 2,626.94. Indeks FBM Emas meningkat 77.15 mata kepada 8,784.70 dan FBM70 menokok 80.66 mata kepada 8,592.43 tetapi Indeks FBM Ace susut 12.22 mata kepada 4,157.50. Saham untung mengatasi rugi pada 446 kepada 253 manakala 278 kaunter kekal tidak berubah, 372 tidak didagangkan dan 30 yang lain digantung. Jumlah dagangan lebih tinggi pada 907.7 juta saham bernilai RM1.487 bilion daripada 674.99 juta saham bernilai RM1.25 bilion semalam.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank menokok 13 sen kepada RM7.41, Sime Darby naik 10 sen kepada RM8.50 dan CIMB Group Holdings meningkat 12 sen kepada RM13.48 tetapi Maxis susut dua sen kepada RM5.35. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 791.469 juta saham bernilai RM1.463 bilion daripada 592.52 juta saham bernilai RM1.23 bilion semalam. Perolehan dagangan di pasaran Ace lebih tinggi pada 66.838 juta saham bernilai RM9.23 juta daripada 48.55 juta saham bernilai RM6.28 juta. Waran meningkat kepada 31.83 juta unit bernilai RM4.66 juta daripada 19.91 juta unit bernilai RM3.46 juta. Barangan pengguna menguasai 25.7 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 258.2 juta, pembinaan 41.4 juta, dagangan dan perkhidmatan 210.9 juta, teknologi 38.9 juta, infrastruktur 18.4 juta, kewangan 73.6 juta, hotel 4.3 juta, hartanah 94.2 juta, perladangan 21.2 juta, perlombongan 85,400, REIT 3.8 juta, dan dana tertutup 110,800.- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Closed sharply higher. The FBM KLCI closed 11.20 points higher to 1,304.9 points
supported by gains across selected financial and plantation heavyweights. Corporate
newsflows includes: Bank Negara Malaysia has approved the resignation of EON
Capital’s four independent directors, Danajamin has approved RM1.4bn in bond
guarantees, Silk Holdings reported a 55% decline in 2Q net profit and Sindora plans to
invest in a RM36m bio-fertiliser plant. Taking cue from the positive close in the US
market on the back of better than expected home sales data, there is upside bias on
the local bourse today.

Tuesday, March 23, 2010

Jutawan Saham era 90an...

Mungkin ramai yang masih ingat tentang kerancakan pasaran di tahun-tahun 1990an.... adakah anda sudah bersedia untuk BULL RUN sekali lagi dalam waktu yang terdekat ini? Bagaimana sejarah bermain saham dengan bermodalkan RM20000 - RM30000 boleh menjadi jutawan di era 90an... apa kaedah mereka?

Seminar Jutawan Saham akan berkongsi dengan anda makna pelaburan yang sebenar.... menjelaskan kategori saham yang diiktiraf di Malaysia.... mengambil kesempatan terhadap peluang yang muncul yang tidak disedari oleh kebanyakan pelabur.... mengetahui teknik melabur yang terbaik... membolosi diri agar tergolong dalam golongan pelabur yang mendapat untung....

Sabtu ini seminar jutawan saham di Johor Bahru mempunyai sedikit kelainan... akan didedahkan rahsia kejayaan para pelabur dunia seperti Dan Zanger yang berjaya mengumpul USD18juta dengan hanya bermodalkan USD 11ribu sahaja dalam tempuh 18 bulan..... Technical Analysis with Emphasis on Dan Zanger methods...

Seminar Jutawan Saham juga akan memperkenalkan konsep Elliot Wave di pasaran saham... Elliot Wave Made Simple - an introduction to applying Elliot Wave to stock market trading....

Yuran Penyertaan SUBSIDI untuk bumiputera hanya RM180 termasuk makan minum dan nota-nota....
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu melabur ini.... hubungi /sms 017-6627107 sekarang!

Dagangan Bursa Malaysia lemah

KUALA LUMPUR 22 Mac - Harga saham ditutup kebanyakannya rendah hari ini dengan pasaran berada dalam bahagian negatif susulan penurunan berterusan di kalangan saham wajaran tinggi, kata para peniaga.
Pasaran berdepan dengan penstabilan sementara dan dijangka memuncak pada akhir Mac, kata mereka.
Maybank Investment Bank berkata dalam laporan Penyelidikan Ekuitinya bahawa dengan potensi masalah hutang negara Greek yang timbul semula dan jangkaan keperluan bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan India menaikkan kadar faedah, FBM KLCI mungkin terus berada di bawah tekanan jualan minggu ini. Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 2.95 mata untuk ditutup kepada 1,293.65. Indeks Kewangan turun 1.261 mata kepada 11,496.47, Indeks Perladangan meningkat 1.13 mata kepada 6,354.28 manakala Indeks Perusahaan turun 10.10 mata kepada 2,607.81. Sementara itu, Indeks FBM Emas berkurangan 15.61 mata kepada 8,707.55, FBM70 turun 14.82 mata kepada 8,511.77 dan Indeks FBM Ace susut 11.32 mata kepada 4,169.72.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 364 berbanding 301 manakala 280 kaunter tidak berubah, 403 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung. Jumlah dagangan naik kepada 674.9 juta saham bernilai RM1.25 bilion daripada 574.7 juta saham bernilai RM1.12 bilion pada Jumaat minggu lepas. Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.28, Sime Darby susut empat sen kepada RM8.40, CIMB Group Holdings turun lapan sen kepada RM13.36 manakala Maxis meningkat tujuh sen kepada RM5.37. Jumlah dagangan di Pasaran Utama menambah kepada 592.52 juta saham bernilai RM1.23 bilion daripada 501.328 juta saham bernilai RM1.099 bilion sebelumnya. Jumlah dagangan Pasaran Ace naik kepada 48.55 juta saham bernilai RM6.28 juta daripada 38.752 juta saham bernilai RM6.864 juta pada Jumaat minggu lepas.Waran meningkat kepada 19.91 juta unit bernilai RM3.46 juta daripada 18.216 juta unit bernilai RM2.902 juta sebelumnya. Barangan pengguna menyumbang 18.26 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 129.27 juta, pembinaan 52.42 juta, perdagangan dan perkhidmatan 172.09 juta, teknologi 30.22 juta, prasarana 9.912 juta, kewangan 84.51 juta, hotel 5.08 juta, harta 74.58 juta, perladangan 14.56 juta, perlombongan 47,000, REITs 1.51 juta, dan dana tertutup 16,000.

Selling persists. The FBM KLCI eased 2.95 points lower to close at 1,293.7 points as selling pressure on key heavy weights persisted. Corporate newsflows includes: KNM has not extended BlueFire Capital’s exclusivity period for due diligence giving rise to speculation that the offer price for the takeover may be reduced, Telekom Malaysia plans to launch IPTV with 22 channles, Titan has reached an agreement with its bankers to pay out a final tax exempt dividend of RM77.8m and Tan Sri William Cheng has acquired 33.5m Lion Industries shares. Finally, the Dow Jones closed 43.9 points higher, lifted by healthcare stocks as uncertainty over their outlook has passed with the new Health care bill, an unusual example of Sell on Rumour and Buy on Fact. We expect our local bourse to continue in its consolidation phase pending any fresh leads.

Monday, March 22, 2010

Harga dalam jajaran kecil

KUALA LUMPUR 21 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu ini akibat kekurangan petunjuk baharu, kata peniaga. "Sentimen dijangka kekal berhati-hati kerana tiada faktor luaran yang kukuh atau petunjuk domestik yang baharu untuk meningkatkan minat. "Tambahan lagi, pelabur akan memilih untuk menjauhi pasaran selepas kemerosotan baru-baru ini," kata seorang peniaga.
Peniaga itu berkata, ia adalah penting bagi Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) untuk menjadi stabil pada paras sokongan 1,300 mata, selepas menyusut lebih 35 mata sepanjang empat hari dagangan. "Kami percaya pasaran berada pada fasa kemerosotan seterusnya. Kami lebih suka menjual pada waktu-waktu sebegini. "Jauhi pasaran dan biarkan harga menjadi stabil sebelum memikirkan langkah pelaburan seterusnya, kerana unjuran adalah tidak menentu," nasihat peniaga itu. Peniaga itu juga berkata, kekurangan minat adalah berikutan kebimbangan semula mengenai pengetatan kredit di China, selepas pengawal atur di sana meminta bank-bank untuk mengawal pinjaman. Bagaimanapun, peniaga berkata, minat pada kaunter berasaskan perladangan berikutan harga-harga yang lebih tinggi dan dalam syarikat yang melaksanakan polisi dividen yang baik akan mengurangkan kerugian dalam pasaran. Harga-harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kukuh antara RM2,400 dan RM2,800 setan metrik tahun ini, ketika cuaca El Nino yang kering sekarang, jika berterusan hingga pertengahan tahun akan mengakibatkan pengeluaran yang kurang daripada jangkaan. Bagi minggu baru berakhir, pasaran lembap berikutan kekurangan minat dan penjualan berterusan pada kaunter berwajaran tinggi terpilih selepas keuntungan baru-baru ini. Bagaimanapun, minat pada Astro yang meningkat kepada ketinggian dua tahun semalam berdasarkan tawaran belian, telah menyokong pasaran dan mengekang kerugian berterusan. Pada asas minggu atas minggu, FBM KLCI menyusut 14.60 mata kepada 1,296.60 berbanding Jumaat lepas 1,311.20. Indeks Kewangan menyusut 166.64 mata kepada 11,497.73, Indeks Perladangan jatuh 118.89 mata kepada 6,353.15 dan Indeks Perusahaan merosot 25.58 mata kepada 2,617.91. Indeks FBM Emas menyusut 82.57 mata kepada 8,723.16, FBM70 jatuh 80.11 mata kepada 8,526.59 dan Indeks FBM Ace kehilangan 57.29 mata kepada 4,181.04. Jumlah dagangan minggu lalu lebih rendah pada 3.437 bilion saham bernilai RM5.716 bilion daripada 4.402 bilion saham bernilai RM8.014 bilion minggu sebelumnya. Jumlah dagangan pada Pasaran Utama menyusut kepada 2.963 bilion saham bernilai RM5.565 bilion daripada 3.696 bilion saham bernilai RM7.816 bilion sebelumnya. Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 256.169 juta saham bernilai RM54.041 juta daripada 305.383 juta saham bernilai RM48.604 juta sebelumnya. Waran menyusut kepada 128.729 juta unit bernilai RM20.251 juta daripada 254.6 juta unit bernilai RM45.55 juta minggu sebelumnya.- BERNAMA - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Closed lower on profit taking. The FBM KLCI was down by 5.34 points to close at 1,296.60 due to continued selling in some of the selected heavyweights. Headlines in the English dailies are led by news that Datuk Seri Chua Soi Lek will be contesting the MCA presidency on next Sunday’s polls. Hai-O 3QFY10 net profit of RM18m increased 50% y-o-y contributed by its multi-level marketing division and higher rental income. IJM Corp Bhd’s 100% subsidiary Road Builder (M) S/B has received a letter of award from another subsidiary, Besraya (M) S/B to extend the Besraya Highway for RM600m. Tengku Ibrahim is no longer the CEO of Petra Perdana effective 19 Mar 2010. Finally, both US stocks and crude oil price closed lower on Friday. Crude oil price was down USD1.52 to close at USD80.68.

Sunday, March 21, 2010

Tawaran Yuran Penyertaan Seminar Pada Harga Subsidi...

Tawaran yuran penyertaan pada peruntukan harga subsidi RM180 hampir habis... sila daftar segera untuk memastikan tempat anda...

Telefon / sms 017-6627107 untuk urusan pendaftaran atau keterangan lanjut!

Friday, March 19, 2010

Dagangan Bursa bercampur-campur

KUALA LUMPUR 18 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia dicatatkan bercampur-campur semasa penutup hari ini manakala para pelabur teragak-agak untuk untuk membuat pembelian yang besar sebelum pengumuman data inflasi dan pengangguran AS lewat hari ini, kata para peniaga. Sehingga jam 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 0.01 mata kepada 1,301.94 selepas dibuka meningkat 4.73 mata kepada 1,306.68 pada sebelah pagi. Salah seorang peniaga itu berkata kebanyakan pelabur berada di luar pasaran, sambil menanti data utama dari Amerika Syarikat bagi mendapatkan petunjuk lanjut mengenai keadaan ekonomi terbesar di dunia itu. Semasa ditutup dagangan hari ini, Indeks Kewangan turun 25.65 mata kepada 11,554.83 dan Indeks Perusahaan merosot 3.92 mata kepada 2,634.15. Bagaimana pun, Indeks Perladangan meningkat 7.48 mata kepada 6,390.13, Indeks FBM Emas naik 1.76 mata kepada 8,758.22 dan FBM70 meningkat 11.69 mata kepada 8,582.28.Indeks FBM ACE turun 39.90 mata kepada 4,179.55. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 364 kepada 302 manakala 279 kaunter tidak berubah, 402 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung. Di dalam dagangan sederhana, perolehan dicatatkan lebih rendah kepada 677.371 juta saham bernilai RM1.217 bilion berbanding dengan 741.843 juta saham semalam bernilai RM1.218 bilion. Saham berwajaran tinggi Maybank meningkat 1.0 sen kepada RM7.30 manakala Sime Darby dan Maxis turun 1.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM8.53 dan RM5.27 dan CIMB turun 6.0 sen kepada RM13.52. Perolehan di Papan Utama merosot kepada 600.621 juta saham bernilai RM1.198 bilion daripada 638.658 juta saham bernilai RM1.193 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 40.863 juta unit bernilai RM6.147 juta daripada 59.609 juta unit bernilai RM8.052 juta yang dicatatkan sebelum ini. Waran turun kepada 24.789 juta saham bernilai RM4.352 juta daripada 30.232 juta unit bernilai RM4.736 juta semalam. Produk pengguna mencatatkan 40.588 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 127.514 juta, pembinaan 64.049 juta, dagang dan perkhidmatan 191.381 juta, teknologi 46.945 juta, prasarana 16.306 juta, kewangan 33.442 juta, hotel 5.542 juta, hartanah 56.528 juta, perladangan 16.046 juta, perlombongan 8,000, REIT 1.790 juta dan dana tertutup 478,700. - Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Cautious mode. FBM KLCI dropped 0.01 pts to 1,301.94 as investors were cautious on renewed concern about credit tightening in China after the country's regulators asked banks to control the pace of their lending. Losers outnumbered gainers by 364 to 302 while 279 counters were flat. Among the key market news today include, Four EON Cap independent directors include chairman quit, T Ananda said to be mystery bidder for AFL broadcast rights, Alam Maritim lands RM19m charter hire, Petra Perdana unit secured a US$14.5m Islamic loan, Hock Heng public issue oversubscribed and SP Setia 1Q profit rises 22%. Overnight, buying in select blue chips propelled the Dow to its eighth straight gain and the highest close in nearly 18 months to 10,779.17, 45 pts higher, but the broader market churned as investors showed some reluctance after the recent rally. Therefore, we expect the local bourse may continue to consolidate today pending any fresh lead.

Terbitan Hak (Right Issue)

Salam semua...

Ramai para belabur tak sedar bahawa sekarang ini terdapat beberapa teknik melabur yang boleh menjana keuntungan dengan meminimakan kerugian... kebanyakannya pelabur memasuki pasaran ketika para sindiket saham dalam proses menjual saham-saham mereka... 

Ramai yang tidak tahu antara rahsia kelahiran jutawan saham pada tahun 1990an adalah melalui IPO, pengumuman dividen, bonus issue dan right issue (terbitan hak)...
 
...diantara topik hangat di seminar... Kesempatan yang boleh diambil melalui pengumuman terbitan hak...
 
Apakah Terbitan Hak?
Terbitan hak ialah terbitan baru saham biasa kepada pemegang saham yang sedia ada yang perlu membayar pada harga terbitan lebih rendah daripada harga pasaran biasa dan pada nisbah yang sama dengan saham mereka yang sedia ada. Misalnya, jika nisbah terbitan hak ialah 1:2, dan jika anda pemegang saham yang sedia ada, anda berhak membeli satu saham bagi setiap dua saham yang anda ada. Jika anda menerima tawaran itu dan membeli saham baru tersebut, bermakna anda telah melaksanakan hak anda. Syarikat menerbitkan terbitan hak apabila ingin mendapatkan dana tambahan untuk membiayai keperluan modal mereka.
Terbitan hak diterbitkan kepada pemegang saham sama seperti cara dividen dibayar. Untuk mendapat hak, anda perlu dicatat sebagai pemegang saham syarikat pada tarikh tutup buku rekodnya. Ketika menawarkan terbitan hak, syarikat akan mengedarkan surat penguntukan sementara (provisional allotment letter - PAL) kepada semua pemegang saham sedia ada untuk memberitahu mereka mengenai hak terhadap terbitan hak. Pemegang saham dikehendaki mematuhi semua arahan yang terdapat dalam PAL untuk melanggan saham baru. Jika anda memilih untuk tidak melaksanakan hak anda, ingatlah bahawa PAL boleh dijual di pasaran terbuka (jika disebut harga) atau hak boleh diserahkan kepada orang lain.
Lazimnya, anda dapat melihat saham kategori 'A' disenaraikan dalam akhbar dan majalah pelaburan. Penyenaraian saham 'A' merujuk kepada terbitan saham yang tidak layak menerima hak seperti dividen, bonus dan terbitan hak. Saham ini kemudiannya akan bergabung dengan saham yang sedia ada selepas tarikh hak.

Seminar Jutawan Saham akan mengupaskan isu ini sejelas-jelasnya....

Thursday, March 18, 2010

Pendaftaran Seminar...

Talian hotline Seminar Jutawan Saham.... 017-6627107

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran seminar, anda boleh sms / hubungi kami.
Yuran Promosi adalah RM280. Pihak PUABUMI (Persatuan Perunding Unit Amanah Bumiputera Malaysia) telah berjaya mendapatkan subsidi sebanyak RM100 menjadikan YURAN SUBSIDI adalah RM180 sahaja untuk peserta BUMIPUTERA dan ianya adalah terhad! Sila daftar AWAL untuk memastikan tempat anda....

Jadual Seminar :
27 Mac 2010 di Suria City Hotel, Johor Bahru.
3 April 2010 di Hotel Seri Malaysia, Melaka
10 April 2010 di Corus Hotel, Kuala Lumpur
17 April 2010 di Swiss Inn, Sg Petani Kedah
24 April 2010 di Suria Resort Cherating, Kuantan
1 May 2010 di Impiana Casuarina Hotel, Ipoh
8 May 2010 di Putra Palace Hotel, Kangar Perlis
15 May 2010 di Hotel Seri Malaysia, Bandar Bayan Baru Penang
22 May 2010 di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu

Selamat Mendaftar....

Dagangan Bursa Malaysia teguh

KUALA LUMPUR 8 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini dengan indeks penanda aras meneruskan momentum menaiknya didorong oleh sentimen pasaran yang positif, kata peniaga. Indeks Komposit FTSE Kuala Lumpur Bursa Malaysia (FBM KLCI), yang dibuka 12.4 mata lebih tinggi pada 1,312.18, ditutup 24.44 mata lebih tinggi pada 1,324.22 selepas didagangkan pada tahap paling tinggi hari ini iaitu 1,325.69. Kali terakhir FBM KLCI mencecah paras tertinggi 1,308.36 mata adalah pada 21 Jan.Seorang peniaga berkata peningkatan indeks itu didorong oleh saham perbankan, yang terus melonjak berikutan peningkatan pada kadar dasar semalaman (OPR) diiringi dengan kenaikan pada Wall Street Jumaat lepas. Maybank meningkat 12 sen kepada RM7.52, Public Bank naik 62 sen kepada RM11.94, CIMB Group naik 40 sen kepada RM14.12 dan AMMB Holdings bertambah 15 sen kepada RM4.95. Indeks Kewangan meningkat 314.149 mata kepada 11,668.01, Indeks Perusahaan meningkat 37.18 mata kepada 2,641.21 dan Indeks Perladangan naik 28.55 mata kepada 6,424.61. Indeks FBM Emas naik 152.18 mata kepada 8,889.46, FBM70 melonjak 127.28 mata kepada 8,676.65 dan Indeks FBM Ace naik 12.18 mata kepada 4,311.22. Kaunter untung mengatasi rugi 581 berbanding 193 sementara 257 kaunter tidak berubah, 306 tidak didagangkan dan 28 yang lain, digantung. Jumlah dagangan dicatatkan pada 1.161 bilion saham bernilai RM2.259 bilion, berbanding 941.55 juta saham bernilai RM1.56 bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan pada Pasaran Utama meningkat kepada 1.011 bilion saham, bernilai RM2.227 bilion, daripada 823.326 juta saham bernilai RM1.541 bilion, yang dicatatkan pada Jumaat. Pasaran ACE meningkat kepada 77.037 juta saham, bernilai RM13.501 juta, daripada 61.418 juta saham, bernilai RM11.2 juta sebelum ini.Waran meningkat kepada 60.133 juta unit, bernilai RM9.910 juta, daripada 48.792 juta unit bernilai RM7.876 juta pada Jumaat. Barangan pengguna menguasai 57.76 juta saham yang didagangkan pada Pasaran Utama, barangan industri 213.936 juta, pembinaan 55.08 juta, perdagangan dan perkhidmatan 329.289 juta, teknologi 65.678 juta, prasarana 21.761 juta, kewangan 150.024 juta, hotel 7.153 juta, harta 80.176 juta, perladangan 27.918 juta, perlombongan 52,000, REIT 2.243 juta dan dana tertutup

Index returns to the 1,300 level. The FBM KLCI closed 3.09 pts higher at 1,301.95, supported by gains in selected blue chips in tandem with key regional markets. Gainers beat losers 405 to 268 while 289 counters were flat with 385 untraded and 32 others suspended. Among the key market news today include, Astro to go private at RM4.30 a share, Scomi Engineering intents to sell its machine shop business for US$110m, Templeton buys a 5% stake in developer - KSL, Resorts completes USD18m MGM notes subscription, MMM rating downgraded by MARC and Top Glove profit nearly doubles y-o-y to RM70.5m. Overnight, the DJIA rose to a 17-month high of 10,733.67 or 47.69 pts higher, and commodities rallied as a drop in U.S. producer prices underscored the Federal Reserve’s assessment that inflation is not a threat to low interest rates. Taking cue from the positive closing in US market, the buoyed sentiment may help to spur the local bourse today.

Wednesday, March 17, 2010

Pengambilan untung punca Bursa lebih rendah

KUALA LUMPUR 16 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan lebih rendah hari ini ekoran pengambilan untung di kaunter-kaunter yang meningkat baru-baru ini, dengan pasaran menyaksikan dagangan berhati-hati apabila kebanyakan pelabur memilih untuk tidak memasuki pasaran sambil menunggu petunjuk baru, kata peniaga.Pada akhir dagangan hari ini, penunjuk asas, Indek Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 0.81 mata kepada 1,298.86. Ia dibuka 0.34 mata lebih tinggi pada 1,300.Peniaga-peniaga berkata para pelabur enggan membeli jumlah yang banyak menjelang keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS hari ini. Indeks Kewangan turun 24.85 mata kepada 11,549.91 dan Indeks Perladangan susut 8.73 mata kepada 6,360.09. Bagaimanapun, Indeks Perusahaan 14.69 mata lebih tinggi pada 2,631.03. Indeks FBM Emas lega 4.73 mata kepada 8,722.93, Indeks FBM70 turun 10.69 mata kepada 8,504.65 manakala Indeks FBM Ace susut 15.91 mata kepada 4,189.68. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 361 berbanding 290 manakala 292 kaunter tidak berubah, 402 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung urus niaga.Jumlah dagangan hari ini lebih kecil pada 678.597 juta saham bernilai RM1.059 bilion berbanding 764.553 juta saham bernilai RM1.098 bilion semalam. Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank turun sesen kepada RM7.31, CIMB Group jatuh 12 sen kepada RM13.56 dan Maxis susut enam sen kepada RM5.29 manakala Sime Darby naik tujuh sen kepada RM8.55. Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 583.321 juta saham bernilai RM1.027 bilion daripada 639.736 juta saham bernilai RM1.046 bilion semalam. Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 51.662 juta unit bernilai RM12.679 juta daripada 65.282 juta unit bernilai RM20.298 juta sebelumnya. Waran merosot jumlahnya kepada 23.315 juta saham bernilai RM3.102 juta daripada 32.175 juta unit bernilai RM5.157 juta. Barangan pengguna menguasai 26.24 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 116.649 juta, pembinaan 68.14 juta, perdagangan dan perkhidmatan 205.908 juta, teknologi 34.718 juta, prasarana 9.695 juta, kewangan 47.195 juta, hotel 5.39 juta, harta 48.283 juta, perladangan 19.418 juta, perlombongan 2,000, REIT 1.594 juta dan dana tertutup 85,500.

Closed marginally lower. The FBM KLCI was down by 0.81 points to close at 1,298.86 as investors stayed sidelined awaiting fresh leads. Key headlines today include Tan Sri Ong Ka Ting coming out of retirement to vie for the MCA president post in the party’s upcoming election, PAAB expected to complete the takeover of water assets in Perlis and Perak by end-May and Brite-Tech entering into a JV with Denmarkbased
Bio-Aqua AS to treat wastewater or water-based waste generated by palm oil mills. EcoFirst Consolidated proposed to dispose 19.86% stake in SEGi to Rexter Capital S/B for RM30.6m (RM1.73/share) and Coca Cola is looking to invest RM1bn in Malaysia over the next 5 years for a new bottling plant. Finally, US stocks and crude oil price closed higher after the Federal Reserve left the key interest rate unchanged. Crude oil price was up USD1.90 to close at USD81.70.

Tuesday, March 16, 2010

Suria City Hotel, Johor Bahru... 27 Mac 2010 jam 10 pagi - 5 petang

Seminar Jutawan Saham

Membongkar Rahsia Pelaburan di Bursa Malaysia

Disampaikan oleh

Razali Mohamad MSTA(UK) Assoc., B. Acc, Dip Acc (UiTM)
Remisier, OSK Investment Bank Berhad
Presiden, Persatuan Perunding Unit Amanah Bumiputera Malaysia
017-6627107

Program ini dibawakan kepada anda oleh:
Persatuan Perunding Unit Amanah Bumiputera Malaysia (PUABUMI)

Dengan Kerjasama:
Persatuan Remisier Bumiputera malaysia (PRIBUMI)

Monday, March 15, 2010

PEMIKIRAN YANG RASIONAL

Menaiki kereta api yang betul dan pada masa yang tepat amat penting jika mahu sampai ke destinasi yang hendak dituju dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sesuatu keputusan untuk membuat pelaburan lebih mudah disebut daripada dilakukan, apalagi sudah menjadi sifat semula jadi manusia suka mengikut rentak ramai. Kita perlu disiplin untuk mengatasi emosi dan berfikir secara rasional. Harus juga diingat bahawa dalam apa sahaja pelaburan, terdapat ketika di mana keadaan tidak menentu akan menyebabkan berlakunya penyimpangan jangka pendek. Oleh itu, anda perlu tabah dan pegang pelaburan anda untuk tempoh yang lebih lama supaya dapat mengimbangi turun naik harga dalam tempoh jangka pendek.
Elak bertindak kerana khabar angin. Kerap kali terdengar desas-desus mengenai harga saham-saham tertentu akan naik dan ramailah berebut-rebut membeli saham tersebut sehingga mendorong harganya melonjak naik. Langkah pembelian tinggi menyebabkan harga saham naik dan membolehkan pihak yang memulakan khabar angin itu mengambil kesempatan untuk menjual saham-saham mereka pada harga yang lebih tinggi apabila nilainya jatuh kerana penjualan mendadak/berterusan.
Oleh itu, periksa dengan teliti semua maklumat dan bertindak hanya setelah berfikir dengan rasional.
Melaburlah dengan BIJAK...
Setiap pelabur perlu mengetahui disetiap selok-belok berurusniaga di Bursa Malaysia...
Seminar Jutawan Saham mempunyai kaedah yang lengkap untuk setiap pelabur melengkapkan diri dengan pengetahuan-pengetahuan yang berguna sebelum memasuki pasaran...
Untuk mendaftar sebagai peserta seminar... sila telefon atau sms 017-6627107 sekarang!
seminar terdekat: 27 Mac 2010 Sabtu, 10 pagi - 5 Petang di Suria City Hotel, Johor Bahru
yuran penyertaan biasa RM 360, yuran promosi RM 280...  
yuran subsidi RM 180 (terhad)
Selamat Mendaftar...
Salam hormat
remisier 7rm

Market Review

Closed lower on selling pressure. The FBM KLCI was down by 10.23 points to close at 1,311.20 on selling pressure of selected blue chips and lower liners. The Securities Commission expects to release the second Capital Market Master Plan for 2011 to 2020 by year end. EONCAP Islamic Bank plans to increase its asset contribution to the group to 20% in 3 years time through the introduction of more Islamic deposit products.
Naim Holdings signed a MOU with Libya’s General Board of Privatisation and Investment to produce a concept for Solar Oasis. Encorp plans to raise RM134.1m for new projects and working capital through a renounceable right issue and placement of nominal value 5-year 6% redeemable convertible secured loan stocks at RM1 each.
Finally, US stocks closed mix on Friday with crude oil price marginally down by USD0.06 to close at USD81.24.

Sunday, March 14, 2010

STOK DAN SAHAM

Apabila anda membeli stok atau saham biasa, anda memiliki sebahagian daripada syarikat dan berhak mengundi dalam mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik sesebuah syarikat dan anda boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar lot saham bergantung kepada wang yang anda miliki. Sebagai pemegang saham, anda akan menerima faedah daripada keuntungan yang diperolehi syarikat dalam bentuk dividen yang dibayar kepada anda, dan juga daripada pertumbuhan nilai syarikat tersebut.

Mengapakah syarikat menerbitkan saham? Dengan menerbitkan saham, syarikat akan memperoleh dana untuk meneruskan operasi dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman daripada lain-lain sumber seperti pinjaman daripada bank perdagangan (pinjaman ini boleh meningkatkan risiko kewangan syarikat).

Anda perlu menyedari bahawa pembelian saham mempunyai risiko tertentu, Contohnya, apabila prestasi syarikat merosot, harga saham syarikat mungkin akan jatuh dan anda mungkin tidak akan menerima sebarang dividen. Terdapat juga fakto-faktor lain yang mungkin mempengaruhi harga saham anda, umpamanya prestasi pasaran saham secara keseluhuan dan keadaan ekonomi Negara. Ada juga kemungkinan anda kehilangan semua wang pelaburan jika syarikat menutup perniagaannya. Selain daripada itu, terdapat juga saham yang sukar dijual kerana kekurangan permintaan. Oleh itu, amat penting bagi pelabur untuk membuat pilihan yang bijak dan tepat ketika hendak membuat pelaburan.

Penasihat kewangan biasanya mengesyorkan saham sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan. Tujuan utama berurus niaga saham sudah tentulah untuk mendapatkan keuntungan dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Bagi para pelabur jangka panjang, memilih saham berdasarkan faktor-faktor asas syarikat adalah amat penting, yakni mereka harus mengetahui latar belakang syarikat yang bakal dilaburkan. Oleh itu, amat penting anda membaca dan memahami prospectus, laporan kewangan dan pengumuman korporat yang diedarkan oleh syarikat-syarikat tersenarai kepada pemegang saham dan orang awam.

Ketika membuat pilihan untuk membeli saham, anda seharusnya meneliti beberapa faktor seperti latar belakang syarikat dan pengurusannya, kekuatan kewangan syarikat, nisbah harga perolehan dan hasil dividen, prospek pertumbuhan perolehan dan kebolehan syarikat untuk bersaing. Pelabur yang bijak akan meneliti factor-faktor tersebut sebelum melaburkan wang kerana ia boleh mempengaruhi harga saham.

Dalam urus niaga saham, terdapat dua lagi jenis terbitan saham iaitu terbitan bonus dan terbitan hak. Terbitan bonus adalah terbitan baru saham biasa kepada pemegang saham yang sedia ada dan mereka tidak perlu membuat bayaran untuk mendapatkannya tetapi sebaliknya pembayaran diambil daripada rizab syarikat.

Terbitan bonus juga diberi berdasarkan nisbah tertentu dan setiap pemilik saham biasanya mempunyai hak untuk terbitan bonus berkadar terus dengan jumlah pemilikan saham dalam syarikat berkaitan. Terbitan bonus digunakan untuk memperbesarkan modal syarikat dan mungkin juga digunakan sebagai satu cara untuk memberi ganjaran kepada pemegang-pemegang saham yang sedia ada. Untuk menerima saham bonus, anda perlu memberi perhatian kepada lepas tarikh kerana hanya saham-saham yang dibeli sebelum lepas tarikh sahaja berhak menerima saham bonus.

Tempoh daripada hari pertama pengumuman hak saham bonus atau terbitan hak atau dividen, sehingga hari sebelum lepas tarikh kerap dirujuk sebagai serta tempoh. Pada amnya, serta adalah awalan yang bermaksud :bersama”. Saham yang serta dividen bermakna pembeli berhak menerima dividen yang telah ditetapkan pada masa itu. Begitu juga bagi serta hak dan serta bonus di mana pelabur akan mendapat hak bagi bonus atau terbitan hak berkaitan.

Terbitan hak memberi pemegang saham yang sedia ada   hak untuk melanggan saham bias baru pada harga terbitan yang lebih rendah daripada harga pasaran biasa dan pada nisbah yang sama dengan saham mereka yang sedia ada. Syarikat akan melaksanakan terbitan hak apabila mereka mahu mendapatkan dana tambahan untuk membiayai keperluan modal mereka.

Ketika menawarkan terbitan hak, syarikat akan mengedarkan surat penguntukan sementara (provisional allotment letter atau PAL) kepada semua pemegang saham sedia ada untuk memberitahu mereka mengenai hak terhadap terbitan hak. Pemegang saham dikehendaki mematuhi semua arahan yang terdapat dalam PAL ketika melaksanakan hak mereka untuk memperoleh sham baru. Jika anda memilih untuk tidak melaksanakan hak anda, anda boleh menjual PAL di pasaran terbuka (jika disebut harga) atau menyerahkan hak tersebut kepada orang lain.

Anda tentu pernah melihat saham kategori ‘A’ disenaraikan dalam akhbar dan majalah pelaburan. Penyenaraian saha ‘A’ merujuk kepada terbitan saham yang tidak layak menerima hak seperti dividen, bonus dan terbitan hak. Saham ini kemudiannya akan bergabung dengan saham yang sedia ada selepas tarikh hak. Selepas digabungkan, ia akan menjadi saham biasa dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan saham biasa yang sedia ada.

Pelaburan Kacukan

Berdasarkan perkembangan dan evolusi produk dalam pasaran modal kita, kini wujud beberapa pelabran kacukan yang mengabungkan ciri pelaburan hutang dan ekuiti. Anda mungkin pernah dengar mengenai saham pinjaman yakni saham yang boleh dikeluarkan dalam bentuk stok pinjaman tidak bercagar boleh tukar boleh tebus (redeemable convertible unsecured loan stock atau ICULS). Jika saham pinjaman itu adalah ICULS, pemegang terpaksa menukar saham pinjaman kepada saham apabila sampai tarikh matang mengikut nisbah penukaran dan harga penukaran yang telah ditentukan terlebih dahulu.

CULS menggabungkan kelebihan tertentu bon dengan pilihan untuk menukar bon kepada saham biasa. Pada hakikatnya, CULS mempunyai elemen “peruntukan panggilan” di mana syarikat boleh membuat panggilan pada harga yang telah ditetapkan dalam jangka masa tertentu, biasanya antara empat hingga lima tahun. CULS memiliki hak istimewa untuk ditukar kepada saham biasa berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan, yang dikenali sebagai keistimewaan penukaran.

Mengapakah CULS diterbitkan? Keistimewaan penukaran merupakan ciri tambahan yang membuatkan pembelian bon jenis ini lebih menarik. Ia boleh mengurangkan kos pinjaman syarikat (dengan membayar kadar faedah tetap yang lebih rendah) dan membolehkan syarikat mengeluarkan ekuiti tidak langsung yang lebih berfaedah berbanding menjual saham biasa. Pemegang CULS akan menerima pulangan tetap daripada bon akan diberi piluhan untuk menukar CULS kepada saham biasa bagi mendapt keuntungan sekiranya berlaku kenaikan dalam harga saham. Kelebihan ini sesuai bagi pelabur yang mahu berkongsi pertumbuhan syarikat tetapi tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi, tetapi sangup menerima pulangan yang lebih rendah bagi memiliki hak untuk menukar bon kepada saham biasa.  

Saham keutamaan juga adalah satu bentuk ekuiti kacukan, yang membolehkan pemegangnya menerima dividen tetap (saham biasa tidak berhak menerima dividen tetap). Biasanya dividen tetap ini adalah berdasarkan peratusan daripada nilai nominal/nilai tara saham. Saham keutamaan yang mempunyai hak menrima tunggakan dividen yang belum lagi dibayar.dikenali sebagai saham keutamaankumulatif. Manakala saham keutamaan yang tidak berhak menerima tunggakan dividen dikenali sebagai saham keutamaan tak kumualtif.

BAHAGIAN I – MEMAHAMI PELABURAN

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PELABURAN?
Apabila hendak mengumpul wang untuk mengerjakan haji, membeli rumah atau untuk masa depan anak-anak, kebanyakan kita hanya memikirkan untuk menyimpan wang di bank. Tetapi kini, terdapat beberapa pilihan yang boleh menambah simpanan anda seperti yang sering disebut sebagai, “membuat wang anda bekerja untuk anda”. Biasanya, wang yang kita simpan di bank tidak akan tumbuh melebihi kadar inflasi tetapi ia mempunyai kelebihan besar iaitu hampir bebas daripada risiko. Sebaliknya, pelaburan yang dirancang dengan teliti boleh membawa kadar pulangan yang lebih tinggi. Bagaimana pun, risiko yang dikaitkan dengan pelaburan juga lebih tinggi.
Kalau begitu, apakah yang dimaksudkan dengan pelaburan? Pelaburan adalah komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan adet tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Aset yang dimaksudkan merangkumi aset dalam bentuk ketara seperti hartanah atau asset kewangan tak ketara seperti sekuriti kewangan. Kesesuaian pelaburan atas asset-aset ini adalah bergantung kepada matlamat dan objektif kewangan anda.
Anda boleh menikmati pulangan pelaburan yang lebih baik dengan membuat pelaburan yang bijak. Pelabur bijak sentiasa mencari peluang pelaburan yang akan menghasilkan pulangan lebih tinggi.
Andaikan anda berjaya menyimpan sedikit wang setiap bulan dan kini anda mempunyai jumlah terkumpul yang banyak. Apakah yang anda akan lakukan dengan wang tersebut? Bagaiman hendak memastikan wang simpanan itu menghasilkan pulangan yang lebih tinggi?
Anda tahu bahawa RM100 yang disimpan dibawah bantal tetap akan kekal RM100 walaupun masa berlalu selama sepuluh atau dua puluh tahun atau selama-lamanya. Sebaliknya, menyimpan wang dalam bank mungkin hampir tiada risiko tetapi kuasa beliannya pula sentaiasa merosot disebabkan inflasi dan cukai. Oleh itu, anda harus mencari alternatif pelaburan dan membuat perancangan pelaburan dengan bijak untuk mengembangkan nilai pelaburan anda dan seterusnya mendapat pulangan yang terbaik.
JENIS-JENIS PELABURAN.
Pasaran modal Malaysia menawarkan beberapa jenis produk pelaburan seperti saham, saham pinjaman, bon, waran dan amanah saham. Jenis produk yang dipilih oleh pelabur untuk melabur bergantung kepada pelbagai faktor seperti matlamat kewangan anda, tempoh masa, dan jumlah modal yang dimiliki.
Lazimnya, terdapat dua bentuk pelaburan. Pelaburan fizikal merangkumi hartanah, kilang, jentera dan lain-lain bentuk asset ketara. Pelaburan kewangan pula merangkumi sekuriti seperti saham, bon, waran dan lain-lain bentuk asset kewangan tak ketara. Sekuriti adalah dokumen formal yang menjadi bukti pelaburan kewangan di mana nama pemilik dan hak pembayaran balik antara kedua-dua pihak dicatatkan.
Sebahagian besar daripada pelaburan kewangan merangkumi sekuriti ekuiti dan sekuriti hutang. Sekuriti ekuiti, misalnya saham sebuah syarikat, membuktikan pemilikan seluruh atau sebahagian daripada sebuah syarikat atau aset produktifnya. Perlu diingat, tiada jaminan bahawa pemilik sekuriti ekuiti akan menerima balik jumlah modal yang dilaburkan atau pulangan tetap bagi pelaburan mereka. Ini bermakna, seorang pelabur ekuiti itu mengambil risiko kerana pulangan akan hanya diterima pada masa akan datang, bergantung kepada prestasi syarikat.
Sekuriti hutang sebaliknya mempunyai kadar faedah tetap dan tarikh matang tertentu, yakni segala-galanya telah ditetapkan kecuali nilai pasaran, yang turun naik bergantung kepada pergerakan kadar faedah dalam ekonomi. Sebagai pelabur sekuriti hutang, risiko yang ditanggung termasuklah sama ada pembayaran faedah akan diterima atau tidak dan sama ada nilai pokok pinjaman akan dibayar balik. Antara contoh sekuriti hutang adalah bon kerajaan dan swasta, stok pinjaman, bil perbendaharaan dan lain-lain.

Friday, March 12, 2010

Pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 11 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan kegiatan pengambilan unung dalam saham wajaran tinggi terpilih selepas keuntungan yang tinggi semalam, kata para peniaga Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 6.79 mata semasa ditutup kepada 1,321.43. Ia dibuka 1.87 mata lebih rendah pada 1,326.35. Seorang peniaga berkata aliran menurun itu sementara dan KLCI akan melantun semula ke paras 1,340 mata jika tidak esok, pada minggu depan. "Sentimen pasaran masih positif."Pasaran mengalami keadaan terlebih belian selepas kenaikan baru-baru ini, yang menolak KLCI ke paras tinggi hasil daripada minat belian asing berikutan tinjauan masa depan yang kukuh terhadap ekonomi dan ringgit," kata peniaga itu. Indeks Kewangan susut 73.85 mata kepada 11,780.73 dan Indeks Perusahaan turun 10.2 mata kepada 2,653.68, tetapi Indeks Perladangan naik 23.96 mata kepada 6,544.2. Sementara itu, Indeks FBM Emas, turun 43.859 mata kepada 8,867.48, FBM70 susut 22.399 mata kepada 8,651.91 manakala Indeks FBM Ace berkurangan 30.13 mata kepada 4,232.13.
Saham rugi mengatasi untung pada 440 berbanding 274 manakala 276 kaunter tidak berubah, 354 tidak didagangkan dan 29 yang lain digantung. Jumlah dagangan pada 792.365 juta saham bernilai RM1.347 bilion daripada jumlah semalam pada 934.478 juta saham bernilai RM1.619 bilion.Di Pasaran Utama, perolehan dagangan susut kepada 661.264 juta saham bernilai RM1.309 bilion daripada 746.690 juta saham bernilai RM1.563 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 66.659 juta saham bernilai RM9.724 juta daripada semalam pada 79.985 juta saham bernilai RM11.721 juta. Waran turun kepada 39.077 juta unit bernilai RM6.889 juta daripada 50.027 juta unit bernilai RM8.913 juta sebelumnya.Barangan pengguna menguasai 42.877 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 153.115 juta, pembinaan 35.003 juta, dagangan dan perkhidmatan 233.308 juta, teknologi 29.575 juta, infrastruktur 13.755 juta, kewangan 57.216 juta, hotel 9.429 juta, hartanah 44.307 juta, perladangan 40.986 juta, perlombongan 115,100, REIT 1.441 juta dan dana tertutup 140,000. - Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Profit taking. The FBM KLCI closed 6.79 pts lower at 1,321.43 on profit-taking in selected heavyweights after recent strength. Losers led gainers 440 to 274 while 276 counters were unchanged, 354 untraded and 29 suspended. Among the key market news today, Gulf Petroleum signs deals for a US$5b hub in Port Dickson, Affin may be gearing to take over EON Capital, Axiata plans 20% offering of XL, Khazanah to place out another 7.7% of MAHB, MMM gets a letter of demand for RM40.3m, there is a temporary reprieve for MEMS from being delisted, Spectrum extends deadline for Hume takeover to March 25 and MISC sets up a JV agent in India. Overnight, the DJIA rose 44.51 pts to 10,611.84 as Citigroup Inc. led a bank rally and investors speculated that health-care reform will be harder to pass. We suspect positive sentiment for thelocal bourse today, taking a cue from the overnight performance in the US.

Thursday, March 11, 2010

Ringgit di Tutup Teguh

KUALA LUMPUR 10 Mac - Ringgit ditutup pada paras tinggi yang baharu berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh belian aktif untuk mata wang tempatan, kata para peniaga. Peniaga mata wang RHB Bank, Badeeudin Mohd Abu Bakar berkata kali terakhir paras ini dicatatkan ialah pada bulan Ogos 2008. Pada pukul 5 petang, unit tempatan meningkat berbanding dolar AS kepada 3.3180/3230 daripada 3.3410/3440 semalam. Nur Adeline Baharin dari RHB Bank pula berkata ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS kerana para pelabur menarik diri daripada membeli dolar AS di pasaran global selepas pengumuman data ekonomi utama dari zon euro dan China hari ini. Mata wang euro dan sterling berada di bawah tekanan selepas kebimbangan baharu timbul berhubung masalah fiskal Eropah hari ini. Sementara itu, mata wang berkaitan komoditi turut mengukuh selepas pengumuman laporan ekonomi dari China yang menunjukkan eksport dan import negara itu melonjak sebanyak 46 peratus pada bulan Februari. Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.3712/3782 daripada 2.3832/3904 semalam dan lebih tinggi berbanding yen kepada 3.6781/6861 daripada 3.7176/7230 sebelumnya.Ia mengukuh berbanding pound sterling kepada 4.9528/9612 daripada 5.0055/5110 pada Selasa dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.5019/5096 daripada 4.5421/5468 sebelumnya.- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Index hits 2 year high. FBM KLCI closed 10.28 points higher at 1,328.22, the highest since March 2008, prompted by plantation stocks like Sime Darby, KL Kepong, IOI Corp and Batu Kawan on expectations that the palm oil industry will remain strong. Among the key market news today include, Gamuda Land in a RM6bn Vietnam venture, HKbased Sun Bear to invest RM5.2bn in a solar glass plant in Sabah, TRC unit clinches
RM46m project in Northport, Ramunia subsidiary served with an injunction to stop the disposal of assets owned by MS Herkules, TM to launch the HSBB on March 24, Apex Healthcare proposes 1-for-4 bonus and the Ringgit rising to an 18-month high. Overnight, the DJIA was up a marginal 2.95 pts to 10,567.33 with many US stocks rising on optimism about the economy with improved data on U.S. wholesale inventories. This may help to sustain the local market sentiment today.

Wednesday, March 10, 2010

Pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 9 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan ketara semalam, kata peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 6.28 mata lebih rendah kepada 1,317.94, diseret turun akibat kerugian saham mewah terpilih, selepas dibuka 0.53 mata lebih rendah kepada 1,323.69 pagi ini. "Pasaran didominasi aktiviti pengambilan untung, terutama saham mewah terpilih, yang menurunkan indeks utama," kata seorang daripada peniaga berkenaan. Beliau berkata bursa tempatan meneruskan aktiviti pengambilan untung hari ini susulan prestasi semalaman yang lemah di Wall Street yang menjejaskan sentimen pasaran. Pada penutup, Indeks Kewangan susut 61.6 mata kepada 11,790.21, Indeks Perusahaan turun 5.37 mata kepada 2,635.84 manakala Indeks Perladangan turun 23.72 mata kepada 6,400.89.Indeks FBM Emas turun 38.83 mata kepada 8,850.63, FBM70 susut 33.141 mata kepada 8,643.51 dan Indeks FBM Ace turun 33.91 mata kepada 4,277.31. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 455 berbanding 254 manakala 257 kaunter tidak berubah, 375 tidak diniagakan manakala 28 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 797.812 juta saham bernilai RM1.453 bilion, turun berbanding 1.161 bilion saham bernilai RM2.259 bilion semalam. Menurut seorang penganalisis, prestasi pasaran saham Malaysia dijangka terus meningkat berikutan ekonomi global yang semakin pulih dan Malaysia merekodkan pertumbuhan 4.5 peratus tahun lepas. Pada penutup, jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 669.064 jut asaham bernilai RM1.421 bilion berbanding 1.011 bilion saham bernilai RM2.227 bilion semalam.Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 39.585 juta saham bernilai RM7.620 juta berbanding 77.037 juta saham bernilai RM13.501 juta sebelumnya. Waran bagaimanapun meningkat kepada 69.986 juta unit bernilai RM13.353 juta berbanding 60.133 juta unit bernilai RM9.910 juta sebelumnya. Barangan pengguna menyumbang sebanyak 34.80 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 157.219 juta, pembinaan 50.02 juta, perdagangan dan perkhidmatan 192.964 juta, teknologi 37.859 juta, infrastruktur 14.285 juta, kewangan 70.285 juta, hotel 6.33 juta, hartanah 73.825 juta, perladangan 29.993 juta, perlombongan tiada, REIT 1.379 juta dan dana tertutup 131,700. - Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Profit-taking sets in. Following the 2 consecutive days of sharp trading gains, yesterday's profit taking spree was not unexpected. The KLCI gave up just over 6 points to close at 1317.9. The index was southbound from the start with the number of decliners outweighing gainers 2- to- 1. Today's headlines are in the form of Sumatec clinching a RM49m contract from a subsidiary of Petronas, Malaysian Merchant Marine designated a PN17 company, Digi to sell the iPhone in 2Q10 and Gamuda and WCT receiving notices of arbitration for the construction of a highway in Qatar. KPJ is also conducting its 4th asset injection into the Al-‘Aqar REIT. In the absence of fresh local leads and investors weighing in short-term risks in the macro environment, the market could well consolidate in the short-term with the key psychological support level of 1300 being eyed. The Dow opened weaker last night over concerns in companies missing on their earnings but managed to closer slightly higher at the end of the trading day.

Tuesday, March 9, 2010

Dagangan Bursa Malaysia Teguh

Bursa cecah paras tertinggi dua tahun

KUALA LUMPUR 8 Mac - Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia hari ini mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun, dirangsang oleh minat kukuh dalam saham-saham perbankan yang melonjak susulan pengumuman kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) minggu lepas, kata penganalisis. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup pada 1,324.22, paras tertinggi sejak Mac 2008, dengan indeks utama mencecah paras tinggi harian 1,325.69 mata. Ketua Penyelidik Jupiter Securities Sdn. Bhd., Pong Teng Siew berkata, pasaran bertindak balas terhadap kenaikan OPR kepada 2.25 peratus selain trend menaik di Wall Street Jumaat lepas. Beliau berkata, pengumuman kenaikan OPR memberi manfaat kepada saham berwajaran tinggi, terutama sektor perbankan yang membabitkan sebahagian besar FBM KLCI dari segi wajarannya. Maybank meningkat 12 sen kepada RM7.52, Public Bank menokok 62 sen kepada RM11.94, CIMB Group untung 40 sen kepada RM14.12 dan AMMB Holdings meningkat 15 sen kepada RM4.95. "Indeks dijangka bertahan melepasi paras 1,300," kata penganalisis teknikal kanan TA Securities, Stephen Soo semasa ditanya sama ada FBM KLCI mampu bertahan pada paras berkenaan. "Pasaran positif dan jumlah dagangan meningkat. Inilah kriteria yang menyumbang untuk indeks terus meningkat," katanya. "Secara perlahan-lahan, pasaran saham Malaysia akan meningkat dan mencatatkan paras teringgi baharu sejak trend menaik bermula pada pertengahan Mac tahun lepas," kata HwangDBS Vickers Research. Bagi mengekalkan momentum, pelabur akan memantau sumber-sumber domestik untuk petunjuk, meskipun trend luar negara masih memain peranan utama dalam mempengaruhi sentimen, kata firma penyelidikan itu. "Sebagai contoh, mungkin ada banyak tarikan utama yang ditunggu-tunggu seperti pelancaran Model Ekonomi Baharu dan penganjuran persidangan Invest Malaysia 2010 yang dijadual akhir bulan ini," kata HwangDBS Vickers. "Minggu ini, forum berprofil tinggi - Persidangan Minyak Sawit dan Laurik yang dijadual berlangsung dari Isnin hingga Rabu (8 hingga 10 Mac) - dengan pakar dalam industri akan bercakap mengenai unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) selain unjuran permintaan bekalan," katanya. Retorik mampu menetapkan arah tuju harga Minyak Sawit Mentah (dan saham perladangan) memandangkan kontrak niaga hadapan MSM tiga bulan (selepas meningkat kepada hampir RM2,700 satu tan pada masa ini) kekal dalam julat antara RM2,000 dan RM2,800 satu tan sejak 11 bulan yang lepas, kata HwangDBS Vickers. "Acara berikutnya ialah data Indeks Pengeluaran Industri bagi Januari yang akan diumumkan Khamis (11 Mac), yang akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai sama ada pemulihan ekonomi adalah hasil daripasa peningkatan ketara eksport Januari (+37 peratus tahun ke tahun) dan import (+31 peratus) yang dikeluarkan minggu lepas," katanya. Berdasarkan sentimen pasaran yang positif itu, angka utama pasaran dijangka bergerak ke sasaran ketahanan berikutnya pada 1,340 mata. - BERNAMA - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Sprinting legs. The FBM KLCI was up by 24.44 points to close at 1,324.2 on the back of strong buying interests in financials. Domestic headlines today include: Banks have raised their base lending rates (BLR) and deposit rates by 25bps in tandem with the recent overnight policy rate (OPR) hike, CIMB expects a 12% loans growth for FY10, UOA Real Estate Trust indicates interests to buy two office blocks in Kuala Lumpur for RM500m, YTL Corp has proposed to acquire a Japan based ski resort for RM223m and Pantech group intends to strengthen its presence in Saudi Arabia by building a RM13m new carbon steel fitting plant in the gulf nation. Given the weaker overnight performance in the US and our domestic market’s exceptional performance over the past two days, our market may experience mild profit taking today.

Monday, March 8, 2010

Pasaran cabar paras 1,300 mata

KUALA LUMPUR 7 Mac - Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) dijangka mencabar paras 1,300 mata minggu depan, dengan pelabur menunggu pemangkin baharu untuk menentukan indeks pasaran, kata peniaga. Petunjuk pasaran indeks mencatat paras tertinggi pertama tahun ini kepada 1,308.36 mata pada 21 Jan lepas. Penganalisis Teknikal Kanan TA Securities, Stephen Soo berkata, pasaran pada masa ini mengalami kekurangan penyertaan asing. Soo berkata, model ekonomi baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi mungkin menyediakan pemangkin kukuh untuk pasaran saham tempatan. "Faktor luaran seperti perkembangan dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus memberi impak kepada pasaran serantau selain pasaran tempatan. Harga saham dijangka tidak banyak berubah minggu depan," katanya. Sepanjang minggu yang baru berlalu, pasaran mula mencatat paras tinggi, diperkukuh oleh pengumuman mengenai pertumbuhan suku keempat tahun lepas sebanyak 4.5 peratus, yang merupakan angka yang lebih baik daripada yang dijangkakan. Pasaran tempatan juga mengambil petunjuk daripada keuntungan di Wall Street dan bursa serantau memandangkan unjuran ekonomi yang lebih baik di AS memperkukuhkan sentimen. Pasaran bagaimanapun susut pada Rabu dan Khamis sebelum mesyuarat jawatankuasa dasar monetari Bank Negara Malaysia pada petang Khamis. Pasaran ditutup tinggi pada Jumaat dengan FBM KLCI melonjak 15.69 mata kepada 1,299.78, pars paling tinggi sejak 25 Jan, 2010. Keuntungan saham-saham perbankan, yang diketuai Maybank, merangsang indeks-indeks pasaran. Mengikut asas mingguan, FBM KLCI menokok 29 mata kepada 1,299.78 berbanding 1,270.78 Jumaat lepas manakala Indeks Kewangan menambah 405.71 mata kepada 11,537.66 berbanding 11,131.95. Indeks Perladangan meningkat 78.42 mata kepada 6,396.06 berbanding 6,317.64 Jumaat lepas dan Indeks Perusahaan menokok 26.76 mata kepada 2,604.03 berbanding 2,577.27. Indeks FBM Emas meningkat 177.08 mata kepada 8,737.28 berbanding 8,560.2 Jumaat lepas dan FBM Top 100 menambah 178.66 mata kepada 8,506.23 daripada 8,327.57 namun Indeks FBM Ace susut 46.05 mata kepada 4,299.04 berbanding 4,345.09 sebelumnya. Jumlah dagangan minggu ini meningkat kepada 4.42 bilion saham bernilai RM7.636 bilion berbanding 2.78 bilion saham bernilai RM4.98 bilion minggu lepas. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.907 bilion saham bernilai RM7.537 bilion berbanding 2.44 bilion saham bernilai RM4.92 bilion sebelumnya. Waran menambah kepada 149.077 juta unit bernilai RM28.192 juta berbanding 130.59 juta unit bernilai RM18.83 juta minggu lepas. Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 263.504 juta saham bernilai RM50.447 juta berbanding 175.7 juta saham bernilai RM39.16 juta sebelumnya.
- BERNAMA - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

 Sharply higher close. The FBM KLCI jumped 15.69 points to close at 1,299.78 to the highest since 25 Jan. Malaysia’s export surged 37% y-o-y to RM52.5bn as the country’s manufacturers shipped more goods to China and Europe following the global economic recovery. Bank Negara’s international reserves amounted to RM331.8bn as at 25 Feb 2010. Felda is not expected to be listed soon as it is still undergoing restructuring to transform itself into a globally integrated and diversified agro-based MNC while PPB expects to utilise RM1.29bn of the proceeds from the sale of its sugar business to expand its existing flour milling and property businesses. Finally, both US stocks and crude oil price rose on Friday, with crude oil price adding USD1.58 to USD81.50.

Friday, March 5, 2010

Bursa Malaysia di Tutup Rendah

KUALA LUMPUR 4 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya rendah hari ini, dengan indeks utama kekal negatif dengan kerugian pada kaunter berwajaran tinggi utama, kata peniaga. Mereka berkata pelabur berhati-hati berikutan mesyuarat jawatankuasa dasar kewangan Bank Negara petang tadi, yang dijangka memberi petunjuk kepada trend masa depan kadar faedah di Malaysia. Penanda aras Indeks Komposit FTSE Kuala Lumpur Bursa Malaysia(FBM KLCI) menyusut 2.01 mata kepada 1,284.09 selepas dibuka 0.59 mata lebih tinggi pada 1,286.69. Indeks Kewangan menyusut 6.21 mata kepada 11,325.44, Indeks Perusahaan jatuh 4.61 mata kepada 2,590.94 dan Indeks Perladangan naik 3.44 mata kepada 6,375.93. Indeks FBM Emas bagaimanapun, susut 9.351 mata kepada 8,641.39 dan FBM70 merosot 1.75 mata kepada 8,499.6 sementara Indeks FBM Ace naik 24.31 mata kepada 4,263.72. Kaunter untung mengatasi rugi pada 385 berbanding 281 sementara 282 kaunter tidak berubah, 388 tidak didagangkan sementara 26 lagi digantung.Jumlah dagangan merosot pada 726.7 juta saham bernilai RM1.26 bilion daripada 863.7 juta saham bernilai RM1.5 bilion semalam. Di kalangan kaunter berwajaran tinggi, Sime Darby susut dua sen kepada RM8.53, Maybank naik tiga sen kepada RM7.01, CIMB Group Holdings jatuh dua sen menjadi RM13.58 dan Maxis susut dua sen kepada RM5.43. Di kalangan saham aktif, Oilcorp susut 1.5 sen kepada empat sen, Malaysian Resources Corp naik satu sen kepada RM1.48, Axiata meningkat satu sen kepada RM3.86 dan KNM Group naik satu sen kepada 80 sen. Jumlah dagangan pada Pasaran Utama menyusut kepada 654.41 juta saham bernilai RM12.56 bilion daripada 777.56 juta saham bernilai RM1.492 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran Ace menyusut kepada 44.055 juta saham bernilai RM6.54 juta daripada 51.345 juta unit bernilai RM10.567 juta sebelumnya.Waran meningkat kepada 25.44 juta unit bernilai RM3.07 juta daripada 24.543 juta unit bernilai RM3.883 juta sebelumnya. Barangan pengguna mewakili 30.16 juta saham yang didagangkan pada Pasaran Utama, barangan industri 101.05 juta, pembinaan 39.5 juta, dagangan dan perkhidmatan 306.09 juta, teknologi 19.1 juta, prasarana 15.3 juta, kewangan 79.4 juta, perhotelan 7.07 juta, harta 39.94 juta, perladangan 15.2 juta, perlombongan 20,600, REIT 1.2 juta dan dana tertutup 65,100. - Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)

Market Review

BNM raises rates. The FBM KLCI eased by another 2 points to 1284 pts as major Asian bourses fell by between 0.5 and 1.5% yesterday. Market breadth was negative, with losers beating gainers by 385 to 281 on thin volume of 726.7m shares. Today’s headlines include Bank Negara raising key interest rates by 25 basis pts, the Malaysian Government scraps the proposed tiered fuel subsidy, NSTP sells off its Bukit Jelutong land measuring 217,807 sq ft for RM15.9m cash, Stamford College diversifies into manufacturing of low alloyed, alloyed and long steel products. European bourses were again flat yesterday while the Dow eked out a small gain of 47 points. Without much of a push from these markets, local stocks may again trade within a very small range today.

Thursday, March 4, 2010

Dagangan Bursa di tutup rendah

KUALA LUMPUR 3 Mac - Kebanyakan harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks utama dicatatkan negatif selepas meningkat pada peringkat awal dagangan, kata para peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 1.97 mata untuk ditutup kepada 1,286.1 selepas dibuka meningkat 2.44 mata kepada 1,290.51. Penganalisis Kanan Teknikal TA Securities Stephen Soo berkata lajakan membeli dicatatkan lembab. "Aktiviti pengambilan untung di kalangan saham murah dan saham berwajaran mewah tertentu telah mengekang kenaikan harga saham," katanya. Soo berkata para pelabur tercari-cari petunjuk baharu seperti Model Ekonomi Baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan dijangka menyediakan pemangkin bagi pasaran. Indeks Kewangan rugi 9.93 mata kepada 11,331.65, Indeks Perusahaan merosot 1.75 mata kepada 2,595.55 dan Indeks Perladangan turun 16.940 mata kepada 6,372.49. Indeks Emas FBM turun 5.71 mata kepada 8,650.74, FBM70 meningkat 25.819 mata kepada 8,501.35 dan Indeks FBM Ace turun 37.96 mata kepada 4,239.41. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 402 kepada 294 manakala 270 kaunter tidak berubah, 370 tidak diniaga dan 25 yang lain digantung.Perolehan meningkat kepada 863.745 juta saham bernilai RM1.51 bilion daripada 839.426 juta saham bernilai RM1.549 bilion semalam. Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby turun 8.0 sen kepada RM8.55, Maybank turun 2.0 sen kepada RM6.98, CIMB Group Holdings merosot 12 sen kepada RM13.60 dan Maxis tidak berubah pada harga RM5.45. Di kalangan stok aktif, Axiata meningkat 2.0 sen kepada RM3.85, KNM Group turun 0.5 sen kepada 79 sen, Jaks Resources menokok 3.0 sen kepada 82 sen dan Ramunia meningkat 0.5 sen kepada 24 sen. Perolehan di Papan Utama meningkat kepada 777.56 juta saham bernilai RM1.492 bilion daripada 722.994 juta saham bernilai RM1.524 bilion semalam. Jumlah dagangan pasaran Ace merosot kepada 51.345 juta unit bernilai RM10.567 juta daripada 60.752 juta unit bernilai RM12.2 juta pada Selasa. Waran merosot kepada 24.543 juta saham bernilai RM3.883 juta daripada 34.974 juta saham bernilai RM5.25 juta sebelum ini. Produk pengguna mencatatkan 32.5 juta saham diniagakan di Papan Utama, produk perusahaan 131.9 juta, pembinaan 56.1 juta, dagang dan perkhidmatan 335.8 juta, teknologi 21.234 juta, prasarana 15.5 juta, kewangan 105.1 juta, hotel 8.03 juta, hartanah 52.89 juta, perladangan 17.09 juta, perlombongan 27,500, REIT 1.2 juta dan dana tertutup 57,600. - Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)