...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, March 3, 2010

Dagangan Bursa Malaysia kekal teguh

KUALA LUMPUR 2 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya tinggi hari ini, dengan keuntungan dicatat oleh saham-saham berwajaran tinggi yang sekaligus mengekalkan pasaran dalam wilayah positif. Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 4.67 mata lebih tinggi pada 1,288.07, selepas dibuka tiga mata lebih tinggi pada 1,286.40. Keuntungan semalamam di Wall Street dan unjuran yang lebih baik untuk sektor teknologi di Amerika Syarikat, meningkatkan sentimen belian hari ini, terutama di kalangan kaunter berwajaran tinggi. Indeks Komposit mencecah paras 1,300 mata pada 19 Januari dan terus mencatat 1,308.36 pada 21 Januari lepas."Bagaimanapun, FBM KLCI dijangka terus turun naik. Kami yakin pelanggan akan melakukan pendekatan dagangan jangka pendek memandangkan pasaran global masih belum kukuh," demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan itu. Indeks Kewangan melonjak 80.22 mata kepada 11,341.58, Indeks Perusahaan susut 2.09 mata kepada 2,597.3 manakala Indeks Perladangan meningkat 34.13 mata kepada 6,389.43. Indeks FBM Emas pula menokok 23.55 mata kepada 8,656.45, FBM70 meningkat 18.601 mata kepada 8,475.53 namun, Indeks FBM Ace susut 51.23 mata kepada 4,277.37.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 405 berbanding 323 manakala 252 kaunter tidak berubah, 356 tidak diniagakan dan 25 lagi digantung.Jumlah dagangan turun kepada 839.426 juta saham bernilai RM1.549 bilion berbanding 1.051 bilion saham bernilai RM1.746 bilion semalam. Antara kaunter berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat tiga sen kepada RM8.63, Maybank menokok lapan sen kepada RM7.00, CIMB Group Holdings menambah 26 sen kepada RM13.72 dan Maxis tidak berubah pada RM5.45. Jumlah dagangan di Pasaran Utama bekurangan kepada 722.994 juta saham bernilai RM1.524 bilion berbanding 931.608 juta saham bernilai RM1.724 bilion semalam.Perolehan dagangan di Pasaran Ace meningkat kepada 60.752 juta saham bernilai RM12.2 juta berbanding 45.934 juta saham bernilai RM9.85 juta semalam.Waran berkurangan kepada 34.974 juta unit bernilai RM5.25 juta berbanding 50.29 juta unit bernilai RM8.11 juta semalam. Barangan pengguna menyumbang sebanyak 27.4 juta saham yang diurusniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 127.8 juta, pembinaan 31.7 juta, perdagangan dan perkhidmatan 305.8 juta, teknologi 44.9 juta, infrastruktur 20.9 juta, kewangan 67.9 juta, hotel 601,800, hartanah 70.3 juta, perladangan 23.1 juta, pelombongan 15,900, REIT 1.8 juta dan dana tertutup 64,500. - Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment