...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Thursday, February 25, 2010

Saham PLUS Expressways Bhd. pilihan baik

KUALA LUMPUR 24 Feb. - OSK Research mengekalkan saranan 'membeli' ke atas PLUS Expressways Bhd. (PLUS) berikutan sifatnya yang defensif dan perolehan yang memuaskan meskipun menyasarkan pertumbuhan pendapatan yang mendatar pada tahun 2010.
Dalam nota Malaysia Equity Investment Researchnya, syarikat penyelidikan itu berkata, keuntungan bersih pengendali tol itu iaitu RM1.186 bilion untuk tahun kewangan 2009, meningkat 9.9 peratus berbanding 2008, tepat dengan unjurannya. Bagaimanapun, dengan ketiadaan kenaikan kadar berjadual dan pertumbuhan trafik yang minimun, PLUS akan menyaksikan pertumbuhan pendapatan yang tidak berubah tahun ini, katanya. Untuk tiga petunjuk prestasi utama kumpulan (KPI) iaitu pertumbuhan pendapatan lima peratus, pulangan-atas-ekuiti (ROE) 18 peratus dan 75 peratus nisbah pembayaran dividen, OSK menjangkakan PLUS akan mencapai hanya satu daripada KPI berkenaan, iaitu ROE. Sementara itu, Kenanga Research dalam notanya turut mengekalkan 'belian' ke atas saham-saham PLUS, sambil menyatakan yang keputusan kumpulan adalah dalam jangkaan dan melepasi KPInya menerusi pengambilan alihan konsesi baharu di India dan pertumbuhan trafik yang tinggi. Ia berkata pengambilan alihan lebuh raya Indu Navguya di India berjalan lancar, dengan kutipan tol akan bermula pada Mei tahun ini. Dalam pada itu, MIDF Research mengekalkan saranan 'neutral' untuk saham penyedia tol itu sambil menyatakan yang pasaran telah meletakkan harga yang wajar ke atas PLUS dan ia tidak melihat banyak potensi menaik.
- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Dagangan Bursa Bercampur-campur

KUALA LUMPUR 24 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung saham wajaran tinggi terpilih dan kaunter berharga rendah, kata para peniaga. Bagaimanapun, kenaikan saham mewah lain seperti CIMB Group, DiGi dan British American Tobacco berjaya mengehadkan penurunan, kata mereka. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 4.35 mata untuk ditutup kepada 1,270.78 selepas dibuka 1.87 mata lebih tinggi pada 1,268.3 dalam sesi pagi. Indeks Kewangan naik 38.18 mata kepada 11,139.58, Indeks Perusahaan susut 22.97 mata kepada 2,609.92 manakala Indeks Perladangan menokok 24.23 mata kepada 6,329.07. Indeks FBM Emas menambah 24.27 mata kepada 8,559.16, FBM70 naik 26.31 mata kepada 8,402.94 manakala Indeks FBM Ace turun 14.2 mata kepada 4,350.64. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 350 berbanding 303 manakala 264 kaunter tidak berubah, 414 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.Jumlah dagangan di tahap sederhana pada 650.02 juta saham bernilai RM1.16 bilion, turun sedikit berbanding 664.53 juta saham bernilai RM1.14 bilion sebelumnya.
Perolehan dagangan di Pasaran Utama turun sedikit kepada 568.55 juta saham bernilai RM1.15 bilion daripada 583.3 juta saham bernilai RM1.12 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 50.73 juta saham bernilai RM12.55 juta daripada 42.36 juta saham bernilai RM9.1 juta sebelumnya.Waran susut kepada 27.87 juta unit bernilai RM3.89 juta daripada 30.96 juta unit bernilai RM4.31 juta semalam. Di kalangan kaunter cergas Transmile Group jatuh 45.5 sen kepada 45.5 sen, Compugates tidak berubah pada 6.5 sen dan AE Multi turun 18.5 sen kepada 80 sen. Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Sime Darby dan Maxis kedua-duanya tidak berubah masing-masing pada RM8.58 dan RM5.49.Maybank turun satu sen kepada RM6.97, CIMB Group naik 34 sen kepada RM13.00 manakala MISC berkurangan 30 sen kepada RM7.95. Barangan pengguna menyumbang 30.38 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 136.03 juta, pembinaan 23.86 juta, perdagangan dan perkhidmatan 225.72 juta, teknologi 18.0 juta, prasarana 11.18 juta, kewangan 47.62 juta, hotel 8.24 juta, harta 50.32 juta, perladangan 15.87 juta, perlombongan 34,000, REITs 1.21 juta, dan dana tertutup 43,800. - Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)

Market Review

GDP booster. The FBM KLCI closed just over 4 points higher supported by buying support on a few big caps such as BAT, Digi and CIMB. That said, volume remained thin with profit-taking capping a further upside. Top headlines: (i) Malaysia’s 4QGDP grew 4.5% in 4Q09; (ii) the fuel subsidy mechanism planned for implementation on May 1 has apparently been shelved; and (iii) Hai-O plans to tap the China market over the next 1-2 years. MAHB is also set to raise up to RM2.5bn to fund the construction of the new LCCT. Among the slew of results announced last evening, Axiata surprised on the upside while Hong Leong Bank results and KLK were in line. Overnight, Wall Street closed higher on Ben Bernanke’s remarks that the US Federal Reserve will keep interest rates low to ensure economic recovery. On the back of the positive newsflow, there should be further upside on the local market today.

Wednesday, February 24, 2010

Dagangan Bursa bercampu-campur.

KUALA LUMPUR 23 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini setelah pelabur beralih kepada kegiatan pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih selepas mengalami keuntungan sebelumnya, kata para peniaga. Bagaimanapun, keuntungan dalam saham mewah lain dan saham berharga rendah berjaya menyekat kerugian, kata mereka.Semasa ditutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 0.01 mata kepada 1,266.43 selepas dibuka 1.29 mata lebih tinggi pada 1,265.15 pada sebelah pagi. Seorang penganalisis berkata pasaran mengalami lantunan teknikal walaupun bahagian atasnya terhad pada paras 1,279 mata. Semasa ditutup, Indeks Kewangan naik 19.24 mata kepada 11,101.4 dan Indeks Perusahaan menokok 12.88 mata kepada 2,631.99 tetapi Indeks Perladangan susut 6.39 mata pada 6,304.84. Indeks FBM Emas melonjak 15.1 mata kepada 8,534.89, FBM70 menokok 38.77 mata kepada 8,376.63 dan Indeks FBM Ace menambah 11.99 mata kepada 4,364.84. Saham untung mengatasi rugi pada 383 berbanding 267 manakala 262 kaunter tidak berubah, 419 tidak didagangkan dan 25 kaunter lagi digantung.Jumlah dagangan tinggi sedikit pada 664.53 juta saham bernilai RM1.14 bilion berbanding dengan 600.145 saham bernilai RM1.02 bilion semalam. Di Pasaran Utama, jumlah dagangan naik kepada 583.3 juta saham bernilai RM1.12 bilion daripada semalam pada 519.965 juta saham bernilai RM1.006 bilion. Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 42.36 juta saham bernilai RM9.1 juta daripada 52.5 juta saham bernilai RM10.253 juta sebelumnya. Waran meningkat kepada 30.96 juta unit bernilai RM4.31 juta daripada 21.54 juta unit bernilai RM3.06 juta semalam. Antara saham aktif, Compugates dan Astral kedua-duanya tidak berubah masing-masing pada 6.5 sen dan 28 sen manakala Talam dan SAAG Consolidated menokok setengah sen setiap satu masing-masing kepada 12.5 sen dan 15.5 sen. Barangan pengguna menguasai 22.05 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 137.43 juta, pembinaan 27.18 juta, dagangan dan perkhidmatan 220.35 juta, teknologi 18.43 juta, infrastruktur 20.93 juta, kewangan 50.002 juta, hotel 244,300, hartanah 73.13 juta, perladangan 12.25 juta, perlombongan 4,800, REIT 1.23 juta, dan tertutup 28,000.

Listless trading. Asian markets were bolstered by speculation that Dubai World will be given government assistance. That said, it was an another pretty much uneventful day for the Malaysian market with continued lackluster trading. Top headlines for today: (i) the Cabinet is expected to discuss the proposed tariff hike today, which if approved is expected to take effect next month; (ii) the Securities Commission to amend unit trust guidelines; and (iii) CIMB’s best ever profit recorded. For today, the market could well receive a boost from the sterling showing from CIMB despite the overnight fall on the Dow while attention should gravitate towards the country’s 4Q09 GDP number which will be announced later today.

Tuesday, February 23, 2010

Pembelian saham mewah Bursa ditutup kukuh

KUALA LUMPUR 22 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan yang lebih teguh hari ini, apabila pelabur kembali selepas bercuti panjang dan membeli saham-saham di kaunter-kaunter mewah serta yang berharga lebih rendah, kata peniaga.
Pada akhir dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 8.77 mata kepada 1,266.44, setelah dibuka 2.84 mata lebih tinggi pada 1,260.51. Penganalisis TA Securities, Stephen Soo, menjangka indeks utama itu diniagakan dalam lingkungan paras halangan dan sokongan 1,272 hingga 1,282 minggu ini. Indeks Kewangan meningkat 80.22 mata kepada 11,082.16, Indeks Perusahaan mengukuh 18.1 mata kepada 2,619.11 dan Indeks Perladangan 34.12 mata lebih teguh pada 6,311.23. Indeks FBM Emas naik 65.92 mata kepada 8,519.79, FBM70 melonjak 73.6 mata kepada 8,337.86 dan Indeks FBM Ace mengukuh 25.57 mata kepada 4,352.85. Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 469 berbanding 196 manakala 254 kaunter tidak berubah, 409 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung urus niaga. Bagaimanapun, jumlah dagangan susut kepada 600.145 saham bernilai RM1.02 bilion daripada 623.157 juta saham bernilai RM1.159 bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 519.965 juta saham bernilai RM1.006 bilion daripada 540.66 juta saham bernilai RM1.14 bilion Jumaat lepas. Pasaran Ace mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 52.5 juta unit bernilai RM10.253 juta daripada 38.712 juta unit bernilai RM8.377 juta sebelumnya. Waran berkurangan kepada 21.54 juta unit bernilai RM3.06 juta berbanding 35.194 juta unit bernilai RM4.119 juta sebelumnya. Saham cergas termasuklah Malaysian Airline System-Ord Rights yang naik 2.5 sen kepada sembilan sen, Frontken Corp Bhd-Ord Rights menokok 1.5 sen kepada 7.5 sen dan KNM Group bertambah setengah sen kepada 80.5 sen. Antara saham-saham berwajaran tinggi, Sime Darby menambah enam sen kepada RM8.58, Maybank naik tujuh sen kepada RM6.96, CIMB Group mengukuh empat sen kepada RM12.60 dan Maxis meningkat tiga sen kepada RM5.40. Barangan pengguna menguasai 23.21 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 113.01 juta, pembinaan 19.55 juta, perdagangan dan perkhidmatan 234.01 juta, teknologi 10.96 juta, prasarana 11.82 juta, kewangan 54.59 juta, hotel 5.38 juta, harta 34.29 juta, perladangan 12.31 juta, perlombongan 49,000, REIT 688,700 dan dana tertutup 45,500. - Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)

Market Review

Higher in thin trading. Asian stocks surged yesterday with the Nikkei, Hang Seng Index and Kospi Index gaining more than 2%. The FBM KLCI rose at a milder pace of 9 points or 0.7% at 1266 on thin volume of 600m shares. Market breadth was overwhelmingly positive with 469 gainers against 196 losers. News headlines: Astro wins USD230m SIAC tribunal award against its former Indonesian JV partners, January vehicle sales rose 32.8% y-o-y, Telekom Malaysia announces its KPI for FY2010 and FY2012, corporate results from Telekom, Tan Chong Motors, Coastal Contracts, MAS,QL Resources, Unisem. With the US and Europe ending flat last night, Asian markets’ momentum from yesterday could still lift stocks higher today.

Monday, February 22, 2010

Bursa di Jangka catat kenaikan

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Peniaga pasaran saham menjangkakan kenaikan selepas Tahun Baru Cina di Bursa Malaysia minggu depan apabila pelabur-pelabur kembali semula ke dalam pasaran selepas bercuti panjang. Bagaimanapun, mereka juga menyedari pelabur-pelabur masih berhati-hati dengan krisis hutang Eropah yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi global dan langkah Rizab Persekutuan yang menaikkan kadar diskaun. Bagi minggu yang baru berakhir ini, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia naik 4.28 mata kepada 1,257.67 daripada 1,253.39 sebelumnya. "Indeks itu dijangka terus meningkat bagi membetulkan situasi terlebih jual dalam tempoh terdekat ini. Kami menjangkakan 1,280 hingga 1,300 sebagai had bagi kenaikan sekarang," kata MIMB Investment Bank dalam nota penyelidikannya. Sementara itu Prudential Fund Management dalam laporan penyelidikannya berkata, kebimbangan terhadap risiko mungkir dan langkah agresif bank-bank pusat mengetatkan dasar menjejaskan sentimen pasaran dalam tempoh beberapa minggu ini.
"Sehingga gambaran jelas muncul di masa depan, nampaknya keadaan mudah ruap kekal dalam pasaran ekuiti," kata Prudential.
Bagi asas mingguan, Indeks Kewangan meningkat 55.9 mata kepada 11,001.94, Indeks Perladangan naik 72.61 mata kepada 6,277.11 manakala Indeks Perusahaan menokok 12.94 mata kepada 2,601.01. Indeks FBM Emas meningkat 17.54 mata kepada 8,453.87, FBM Top 100 naik 18.79 mata kepada 8,229.02 manakala Indeks FBM ACE susut 1.69 mata kepada 4,327.28. Minggu yang baru berakhir ini juga menyaksikan Homeritz memulakan dagangan sulung di Pasaran Utama dengan premium 3.5 sen mengatasi harga tawaran 65 sen.
Pengeluar perabot rumah dari Johor itu ditutup pada 65.5 sen dengan 726,704 lot bertukar tangan. Jumlah dagangan mingguan turun kepada 1.767 bilion saham bernilai RM3.175 bilion daripada 3.365 bilion saham bernilai RM5.685 bilion sebelumnya apabila bursa itu ditutup pada Isnin dan Selasa sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.475 bilion saham bernilai RM3.103 bilion daripada 2.875 bilion saham bernilai RM5.579 bilion. Waran turun kepada 94.302 juta unit bernilai RM13.626 juta daripada 153.079 juta unit bernilai RM26.959 juta. Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 178.72 juta saham bernilai RM46.585 juta daripada 226.190 juta saham bernilai RM48.175 juta. - Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)

Market Review

Marginally lower. The FBM KLCI fell 1.33 points to at 1,257.67 last Friday. Among the news headlines, CIMB Group proposes to raise its equity interest in Touch ‘n Go SB from 20% to 52.22%. Supermax’s 4QFY09 core net profit jumped 23.4% q-o-q to RM49.5m on higher selling prices of gloves and persistently strong demand from the Latin American markets. Proton was back in the black with a 3QFY09 net profit of RM79.7m versus a net loss of RM74.7m y-o-y driven by higher car sales, better cost management and receipt of a RM44m R&D grant from the Government. Meanwhile, EON Capital’s 4QFY09 net profit of RM61.6m was lower by 6.3% y-o-y due to higher operating and tax expenses. A Reuters report said US regulators had seized 4 more banks on Friday, bringing the total to 20 banks in 2010. Finally, US stocks rose on Friday after the Federal Reserve reaffirmed that the central bank's pledge to keep benchmark borrowing costs low for an extended period of time is intact. Crude oil price was higher by USD1.01 at USD79.81.

Friday, February 19, 2010

Dagangan Bursa Malaysia Lemah

KUALA LUMPUR 18 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan yang lebih rendah hari ini apabila pelabur mengambil untung di kaunter-kaunter berwajaran tinggi berikutan kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga. Pada akhir sesi dagangan petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 0.07 mata kepada 1,259.0, diseret turun oleh kejatuhan yang diterajui Genting. Bagaimanapun, kenaikan saham Tenaga berupaya mengehadkan sebahagian daripada kejatuhan itu, kata mereka. FBM KLCI, yang dibuka 2.39 mata lebih tinggi pada 1,261.46 pagi tadi, bergerak di antara 1,258.25 dengan 1,262.2 sepanjang sesi dagangan. Indeks Kewangan mengukuh 8.47 mata kepada 11,004.71, Indeks Perusahaan menambah 0.94 mata kepada 2,604.23 dan Indeks Perladangan meningkat 2.64 mata kepada 6,280.06. Indeks FBM Emas turun 6.03 mata kepada 8,480.1 dan Indeks FBM70 merosot 10.351 mata kepada 8,331.35 manakala Indeks FBM Ace naik 7.99 mata kepada 4,378.4. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 410 berbanding 232 manakala 238 kaunter tidak berubah, 473 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung urus niaga.
Jumlah dagangan bertambah kepada 598.452 juta saham bernilai RM998.257 juta berbanding 544.99 juta saham bernilai RM1.018 bilion semalam. Dalam nota penyelidikannya, MIMB Investment Bank berkata FBM KLCI mengalami lantunan pembetulan dalam jangka pendek. Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama meningkat kepada 488.791 juta unit bernilai RM971.34 juta daripada 445.876 juta saham bernilai RM991.116 juta pada penutupan semalam.Pasaran Ace mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 75.383 juta saham bernilai RM20.283 juta daripada 64.626 juta unit bernilai RM17.925 juta sebelumnya. Waran juga bertambah kepada 30.3 juta saham bernilai RM4.077 juta daripada 28.808 juta saham bernilai RM5.431 juta semalam.Antara saham cergas, Malaysian Airline System-Ord Rights susut dua sen kepada 12 sen, Frontken Corp Bhd-Ord Rights turun sesen kepada tujuh sen dan KNM Group setengah sen lebih rendah pada 81 sen. Barangan pengguna menguasai 31.514 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 111.152 juta, pembinaan 23.148 juta, perdagangan dan perkhidmatan 191.419 juta, teknologi 27.669 juta, prasarana 7.345 juta, kewangan 39.965 juta, hotel 7.466 juta, harta 32.244 juta, perladangan 16.24 juta, perlombongan tiada, REIT 610,800 dan dana tertutup 18,500.

Thursday, February 18, 2010

Market Review

Quiet trading. The FBM KLCI gained 5 points at 1259 points in tandem with the global market rally. Asian markets charged higher, with the Hang Seng Index and the Straits Times Index gaining 1.3% while the Nikkei rose 2.7%. Gainers beat losers by 2 to 1 but volume was thin at just 545m shares. Rubber glove stocks led gainers, with Supermax, Top Glove, Kossan and Adventa rising by 3.5% to 7.4%. Amid the thin news flow, the corporate headlines include Singapore’s January exports jumping 21% y-o-y, MISC’s 1-for-5 rights issue was oversubscribed by 32%, Digi.Com to spend RM350m on broadband expansion and Dubai Group’s 30.5% stake in Bank Islam is said to have 6 – 7 interested buyers from Middle East. Overnight, the Dow inched up by 40 points. Without any major negative news, the FBM KLCI should continue to hold up with volume remaining thin. Note that TNB gapped down by 12 sen in last minute trade on Wednesday with the offer-bid spread at 12 sen and this should provide some boost to the KLCI in early morning trade.

Dagangan Bursa Malaysia kukuh

KUALA LUMPUR 17 Feb - Harga-harga saham di Bursa Malaysia kekal kukuh ketika ditutup hari ini dengan keuntungan kebanyakan dilihat pada kaunter berkaitan perladangan, kata para peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 5.68 mata atau 0.453 peratus lebih tinggi pada 1,259.07, dirangsang oleh kenaikan yang didahului oleh IOI Corporation dan Sime Darby.FBM KLCI, yang meningkat 3.05 mata ketika dibuka pada 1,256.44 pagi ini, bergerak antara 1,256.36 dan 1,264.44 sepanjang hari urus niaga hari ini. Terdapat beberapa belian sederhana untuk saham kewangan yang sekali gus menolak Indeks Kewangan untuk menokok 50.2 mata kepada 10,996.24.Untuk indeks perusahaan, ia meningkat 15.22 mata kepada 2,603.29 sementara Indeks Perladangan melonjak 72.92 mata kepada 6,277.42. Indeks FBM Emas pula menambah 49.8 mata kepada 8,486.13, Indeks FBM70 mengembang 60.19 mata kepada 8,341.7 dan Indeks FBM Ace lebih tinggi 41.44 mata kepada 4,370.41. Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 407 berbalas 204 sementara 208 kaunter tidak berubah, 510 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung urus niaga. Urus niaga agak sederhana hari ini dengan jumlah dagangan berkurangan kepada 544.99 juta saham bernilai RM1.018 bilion berbanding Jumaat lepas iaitu 560.587 juta saham bernilai RM811.432 juta. Jumlah dagangan di Pasaran Utama pula turun kepada 445.876 juta saham bernilai RM991.116 juta daripada 487.869 juta unit bernilai RM790.923 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Ace pula menokok kepada 64.626 juta unit bernilai RM17.925 juta daripada 37.02 juta unit bernilai RM8.206 juta Jumaat lepas. Waran menambah kepada 28.808 juta saham bernilai RM5.431 juta berbanding 22.589 juta unit bernilai RM3.254 juta sebelumnya. Di kalangan saham aktif, Malaysian Airline System-Ord menambah setengah sen kepada 14 sen, Integrated Rubber Corporation lebih tinggi dua sen kepada RM1.18 sementara Axiata Group meningkat empat sen kepada RM3.45. Produk pengguna menguasai 20.038 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 116.773 juta, pembinaan 22.194 juta, urus niaga dan perkhidmatan 154.342 juta, teknologi 22.459 juta, infrastruktur 7.449 juta, kewangan 45.611 juta, perhotelan 1.582 juta, hartanah 39.779 juta, perladangan 15.047 juta, perlombongan sifar, REIT 582,4000 dan dana tertutup 19,700.
- Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)

Wednesday, February 17, 2010

Market Review

Coutiosly optimistic. The FBM KLCI was closed for the past two days for the Lunar New Year. However, China's central bank's move to raise reserve requirement of its banks last Friday by 50bps could partially cap the upside bias on our market, although the Dow Jones' strong overnight close of 170pts on stronger than expected manufacturing data may fueling optimism of the sustainability of the economic recovery. Today's corporate headlines include Sime Darby being rumoured to have concluded negotiations to acquire the BMW dealership from Sapura Resources for RM50m, Tan Chong exploring the possibility of bringing in Nissan's first electronic vechicle LEAF, Proton is expected to decide on Shah Alam Plant move by 2011 and Green Packet to tie up with its Indonesian telco counterparts.

Monday, February 15, 2010

Pendaftaran Seminar

Terima kasih diatas setiap panggilan dan pertanyaan melalui telefon. Untuk mendaftar, sila bank-in RM280 (dalam tempoh promosi sahaja) ke RHB Bank 2-13029-0002877-6 Razali Mohamad. Selepas itu sila sms nama, no. kad pengenalan anda, lokasi dan tarikh seminar pilihan anda ke 017-6627107. Sila simpan slip bank untuk urusan pendaftaran dihari seminar. Masa seminar adalah bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Perhatian: Sila daftar SEGERA untuk menempah tempat anda! Harga yuran Promosi RM280 akan tamat dalam tempuh seminggu sebelum hari seminar. Yuran biasa adalah RM380 seorang  (jika masih ada kekosongan). Sebarang pertanyaan, sms / telefon 017-6627107.

Salam hormat,

TEAM REMISIER7RM

Friday, February 12, 2010

Iklan di Harian Metro pada 14 Febuari 2010.

Dagangan Bursa bercampur-campur

KUALA LUMPUR 11 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini apabila sesetengah pelabur tidak memasuki pasaran berikutan penurunan di Wall Street semalaman, kata para peniaga. Bagaimanapun, aktiviti membeli saham murah terpilih yang sederhana berjaya melonjakkan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) 3.25 mata atau 0.26 peratus lebih tinggi kepada 1,249.42 selepas ia dibuka pada 1,247.53. Indeks Petunjuk pasaran itu bergerak antara paras 1,244.86 dan 1,249.42 apabila minat tertumpu kepada saham wajaran tinggi dan saham jajaran rendah. Indeks Kewangan meningkat 14.32 mata kepada 10,883.99, Indeks Perusahaan turun 0.18 mata kepada 2,576.44 manakala Indeks Perusahaan menokok 14.02 mata kepada 6,187.15.
Indeks FBM Emas naik 19.979 mata kepada 8,397.59, Indeks FBM70 menambah 21.729 mata kepada 8,227.93 manakala Indeks FBM Ace susut 63.07 mata kepada 4,257.21. Suasana pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 313 berbanding 276 manakala 255 kaunter tidak berubah, 485 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 646.353 juta saham bernilai RM881.907 juta daripada 615.42 juta saham bernilai RM1.16 bilion semalam. Di kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby dan Maybank turun satu sen setiap satu masing-masing kepada RM8.38 dan RM6.83 manakala CIMB tidak berubah pada RM12.36, Maxis naik tiga sen kepada RM5.40 dan IOI Corporation menambah satu sen kepada RM5.21. Perolehan dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 555.257 juta saham bernilai RM866.543 juta daripada 522.434 juta saham bernilai RM1.142 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran Ace berkurangan kepada 19.776 juta unit bernilai RM3.997 juta daripada 48.462 juta unit bernilai RM8.825 juta. Waran menokok kepada 32.099 juta unit bernilai RM5.763 juta daripada 24.094 juta unit bernilai RM4.2 juta.
Barangan pengguna menyumbang 21.002 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 97.872 juta, pembinaan 24.745 juta, perdagangan dan perkhidmatan 295.601 juta, teknologi 11.426 juta, prasarana 9.176 juta, kewangan 26.757 juta, hotel 2.619 juta, harta 50.509 juta, perladangan 14.642 juta, perlombongan 5,000, REITs 858,400, dan dana tertutup 43,200.

Market Review - Hong Kong / China Equity

The HSI rose on Thursday by 368.5 points to finish at 20,290.69 points. The HSCEI rose 2.1% to 11,582.31 points. Turnover for the HSIS bourses fell to HK$53.3bn from HK$59.6bn the day before. General market sentiment improved as an unexpected slowdown in Chinese consumer inflation in January calmed worries for monetary tightening. BEA (23 HK) rose 3.9% for the day after reporting better than expected results, while SMIC (981 HK) rose 11.1% as it announced an overhaul of its top management.

Market Review

Gong Xi Fa Cai. The FBM KLCI advanced 3 points to close at 1249.4 yesterday on the back of tepid trading altough the underlying sentiment remained firm. Today's headlines are: (i) the Government announced that 40 basic goods will be exempted  from GST, (ii) EON Cap expects profit to rise 10% y-o-y, and (iii) Leader is eyeing a second power plant in Cambodia. Meanwhile, JCY has also scaled back the size of its  IPO offering with the final price fixed at RM1.60. Given the long Lunar new year holidays next week, trading is likely to wind down further today, with the KLCI finding support at 1233 pts. With the EU's pledge of commitment to rescue Greece fuelling overnight gains on Wall Street, there is upside bias on Asian markets today. We wish all our clients and readers a Happy and Prosperous Chinese New Year. Gong Xi Fa Cai !

Thursday, February 11, 2010

Aktiviti Seminar... Iklan Di Harian Metro

Pengambilan untung Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 10 Feb - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini, berikutan aktiviti mengambil untung selepas penjualan, kata peniaga. Minat pada saham indeks utama membantu meningkatkan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) sebanyak 12.31 mata atau 0.998 peratus kepada 1,246.17.Indeks penanda aras itu bergerak di antara paras 1240.12 dan 1247.91 sepanjang hari didahului dengan kaunter kewangan. Peniaga berkata pelabur mengambil kesempatan daripada kerugian selama empat hari berturut-turut untuk membeli saham dengan harga rendah. Indeks Kewangan meningkat 128.97 mata kepada 10,869.67, Indeks Perusahaan bertambah 10.75 mata kepada 2,576.62 dan Indeks Perladangan 55.63 mata kepada 6,173.13. Indeks FBM Emas meningkat 74.29 mata kepada 8,377.61, Indeks FBM70 naik 75.47 mata kepada 8,206.2 dan Indeks FBM Ace meningkat 38.33 mata kepada 4,320.28. Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 389 berbanding 254 sementara 241 kaunter tidak berubah, 440 tidak didagangkan dan 25 yang lain digantung. Bagaimanapun, jumlah dagangan menyusut kepada 615.42 juta saham bernilai RM1.16 bilion daripada 773.396 juta saham bernilai RM1.516 bilion semalam. Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby meningkat tujuh sen kepada RM8.39, Maybank naik 12 sen kepada RM6.84 dan CIMB meningkat 14 sen kepada RM12.36, sementara Maxis susut dua sen kepada RM5.37 dan Tenaga Nasional naik 14 sen kepada RM7.99. Di kalangan saham aktif, KNM Group tidak berubah pada 80.5 sen, Axiata Group naik enam sen kepada RM3.34 sen, Sanichi Technology susut 11.5 sen dan Mulpha International naik 3.5 sen kepada 48.5 sen. Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 522.434 juta saham bernilai RM1.142 bilion daripada 666.827 juta saham bernilai RM1.493 bilion semalam. Perolehan dagangan pasaran Ace susut kepada 48.462 juta unit bernilai RM8.825 juta daripada 55.353 juta unit bernilai RM11.209 juta sebelumnya.Waran menyusut kepada 24.094 juta unit bernilai RM4.2 juta daripada 36.102 juta unit bernilai RM6.861 juta sebelumnya. Barangan pengguna mewakili 31.333 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan industri 144.075 juta, pembinaan 32.119 juta, dagangan dan perkhidmatan 151.407 juta, teknologi 31.436 juta, prasarana 7.992 juta, kewangan 49.534 juta, perhotelan 8.267 juta, harta 43.736 juta, perladangan 19.917 juta, perlombongan 46,000, REIT 2.533 juta, dan dana tertutup 39,300. - Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Bouncing back. The interest in key index stocks helped push the FBM KLCI 12.31 pts higher to 1,246.17. Market breadth was positive with gainers ahead of decliners by 389 to 254 while 241 counters were unchanged, 440 untraded and 25 others suspended. Among the key market news today include, December IPI up 8.9% on recovery in exports, Khazanah acquired a 10% stake in Oriental University City Ltd for USD44m, F&N gets Red Bull exclusive rights, IJM gets 8-years extension for Besraya, Airasia to set up new low-cost airline with Vietjet Air, KUB seals deal to buy Ibuzawa stake for RM12m, MAHB pasenger movement up 8.2% in 2009, IOI net profit soars 173% in 2Q and Mudajya 4Q profit surges nearly 4-fold. Overnight, the DJIA slipped 20.26 pts to 10,038.38 as the Federal Reserve's plan to possibly raise its discount rate fueled concern the economic recovery will slow as stimulus programs are unwound. With the range bound trading in the Dow, we expect market to consolidate ahead of the long CNY holiday with immediate resistance and support at 1258 pts and 1233 pts respectively.

Wednesday, February 10, 2010

Bursa Malaysia terus lemah

KUALA LUMPUR 9 Feb - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan tekanan jualan berterusan ke atas saham-saham mewah dan saham berharga rendah, kata para peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) merosot 1.36 mata atau 0.11 peratus kepada 1,233.86 selepas dibuka 6.48 mata lebih rendah pada 1,228.74 pagi ini. Para peniaga berkata kemerosotan di Wall Street semalaman memberi tekanan kepada bursa tempatan. Purata Perindustrian Dow Jones menjunam 1.04 peratus atau 103.84 mata kepada 9.908.39, Indeks S&P 500 berkurangan 0.89 peratus atau 9.45 mata kepada 1,056.74 dan Nasdaq susut 0.70 peratus atau 15.07 mata kepada 2,126.05. Indeks Kewangan merosot 34.859 mata kepada 10,740.70, Indeks Perusahaan menokok 4.69 mata kepada 2,565.87 dan Indeks Perladangan turun 12.62 mata kepada 6,117.5. Indeks FBM Emas lebih rendah 16.3 mata kepada 8,303.32, Indeks FBM70 berkurangan 50.05 mata kepada 8,130.73 tetapi Indeks FBM Ace menambah 18.1 mata kepada 4,281.95.
Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 345 berbalas 293 sementara 269 kaunter tidak berubah, 420 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung. Jumlah dagangan menokok kepada 773.396 juta saham bernilai RM1.516 bilion daripada 769.125 juta saham bernilai RM1.316 bilion semalam. Di kalangan yang berwajaran tinggi, Sime Darby naik satu sen kepada RM8.32, Maybank dan CIMB, masing-masing kekal pada RM6.72 dan RM12.22 sementara Maxis menokok enam sen kepada RM5.39. Saham-saham aktif pula, KNM Group menambah dua sen kepada 80.5 sen, Malaysian Res Corp susut setengah sen kepada 12.5 sen, Talam Corporation meningkat setengah sen kepada 12 sen dan Genting kerugian sembilan sen kepada RM6.63 sen. Perolehan dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 666.827 juta saham bernilai RM1.493 bilion daripada 643.208 juta saham bernilai RM1.286 bilion semalam. Jumlah dagangan di pasaran Ace merosot kepada 55.353 juta unit bernilai RM11.209 juta daripada 65.579 juta unit sebelumnya.Waran-waran berkurangan kepada 36.102 juta unit bernilai RM6.861 juta daripada 38.195 juta bernilai RM6.88 juta sebelumnya. Produk pengguna menguasai 25.365 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 165.931 juta, pembinaan 72.319 juta, urus niaga dan perkhidmatan 201.124 juta, teknologi 27.176 juta, infrastruktur 9.594 juta, kewangan 65.196 juta, perhotelan 425,700, hartanah 70.597 juta, perladangan 27.586 juta, perlombongan 10,000, REIT 1.459 juta dan dana tertutup 43,800.

Selling continues. FBM KLCI declined 12.68 pts, or 1.02%, to 1,235.22 on lack of buying support. Decliners led advancers 608 to 119 while 214 counters were unchanged and 386 untraded. Among the key market news are Hong Leong Bank rejects a request to maintain its RM4.9bn acquisition offer for EON Capital, CIMB Thai may launch USD136m IPO in June, Texchem has submitted a proposal to voluntarily delist 70%-owned Texchem-Pack (S) Holdings Ltd from the Singapore Exchange, Mah Sing buys 19 acres Shah Alam industrial land for RM45.5m, Tejari's major shareholder ups stake to 29.9%, AMMB's Q3 net profit rises 8.3% on faster loan growth, and Goldman Sachs arranges funds for KNM takeover. With the overnight DJIA retreating 103.84 pts to 9,908.39 amid concerns that deteriorating European government finances will derail the economic recovery and in view of the long holiday ahead, we think investors may stay at the sidelines pending fresh leads. The market’s immediate resistance and support lie at 1258 and 1233 respectively.

Tuesday, February 9, 2010

Kekurangan belian Bursa terus jatuh

KUALA LUMPUR 8 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia terus mencatatkan penurunan hari ini berikutan kekurangan belian institusi, kata para peniaga. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 12.68 mata atau 1.02 peratus kepada 1,235.22 selepas dibuka 0.09 mata lebih rendah pada 1,247.81. Para peniaga berkata sentimen yang lemah itu diburukkan lagi oleh krisis hutang berdaulat yang semakin meningkat di Eropah dan kelemahan pasaran serantau. Indeks Perusahaan turun 14.5 mata kepada 2,561.18 dan Indeks Perladangan susut 18.93 mata kepada 6,130.12. Indeks FBM Emas jatuh 85.91 mata kepada 8,319.62, Indeks FBM70 berkurangan 59.9 mata kepada 8,180.78 manakala Indeks FBM Ace turun 50.78 mata kepada 4,263.85.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 608 berbanding 119 manakala 214 kaunter tidak berubah, 386 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung. Jumlah dagangan turun kepada 769.125 juta saham bernilai RM1.316 bilion daripada 918.215 juta saham bernilai RM1.522 bilion, pada Jumaat minggu lepas. Di kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby turun lima sen kepada RM8.31, Maybank susut sembilan mata kepada RM6.72, CIMB Group berkurangan 20 sen kepada RM12.22 dan Maxis merosot tiga sen kepada RM5.33.
Di kalangan kaunter cergas, KNM Group berkurangan tiga sen kepada 78.5 sen, Malaysian Res Corp susut empat sen kepada 13 sen tetapi ETI Tech naik 1.5 sen kepada 46 sen dan Talam jatuh setengah sen kepada 11.5 sen.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 643.208 juta saham bernilai RM1.286 bilion, daripada 776.764 juta saham bernilai RM1.492 bilion pada Jumaat minggu lepas. Jumlah dagangan Pasaran Ace meningkat kepada 65.579 juta unit bernilai RM15.938 juta daripada 49.643 juta unit bernilai RM11.003 juta, sebelumnya. Waran susut kepada 38.195 juta saham bernilai RM6.88 juta daripada 57.859 juta saham bernilai RM8.807 juta sebelumnya. Barangan pengguna menyumbang 31.981 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 165.912 juta, pembinaan 66.357 juta, perdagangan dan perkhidmatan 178.29 juta, teknologi 24.422 juta, prasarana 9.275 juta, kewangan 72.544 juta, hotel 2.530, harta 69.729 juta, perladangan 20.854 juta, perlombongan 11,000, REITs 1.277 juta, dan dana tertutup 24,000.

Monday, February 8, 2010

Harga-harga dijangka lebih tinggi

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka lebih tinggi minggu depan berikutan perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjadi pemangkin kepada pasaran, kata peniaga.
Bagaimanapun, sentimen berhati-hati akan berterusan dengan minat terhad kepada saham yang lebih murah, kata Ketua OSK Research, Chris Eng.
Penganalisa berkata, keraguan mengenai pemulihan ekonomi akan terus menghantui pelabur berikutan beberapa data ekonomi global yang membimbangkan.
Mereka berkata, data pengangguran yang kian meningkat di Amerika Syarikat dan peningkatan masalah hutang kerajaan di Eropah menyebabkan pelabur menjauhi pelaburan yang berisiko.
"Bagi Malaysia, sentimen juga harus berhati-hati terutama di tengah-tengah perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, perkembangan politik harus diberi perhatian," kata seorang penganalisa dari sebuah syarikat saham tempatan.
Pada minggu baru berakhir, saham-saham Bursa memulakan minggu dengan catatan tinggi apabila keuntungan pada Wall Street dan berita ekonomi yang positif di AS membantu meningkatkan sentimen pasaran.
Bagaimanapun, harga saham menyusut pada Khamis selepas keuntungan dua hari apabila kelemahan pada Wall Street dan bursa serantau menjatuhkan sentimen.
Kebimbangan global mengenai kemungkinan pemulihan ekonomi akan terjejas berikutan penjualan runcit Australia yang menguncup tanpa dijangka dan angka pengangguran yang tinggi di New Zealand juga menggoncang pasaran.
Pada Jumaat, harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri minggu lebih rendah dengan penanda aras penting menyusut ke tahap paling rendah semenjak Nov 4 tahun lepas, akibat kerugian pada saham berwajaran tinggi dengan sentimen yang dipengaruhi kerugian pada Wall Street dan bursa serantau.
Bagi minggu baru berakhir, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur( FBM KLCI) susut 11.2 mata kepada 1,247.9 daripada 1,259.16 Jumaat lepas.
Minggu ini, Indeks Kewangan susut 136.06 mata kepada 10,942.73 daripada 11,078.79 Jumaat lepas.
Indeks Perladangan jatuh 39.08 mata kepada 6,149.05 daripada 6,188.13 Jumaat lepas sementara Indeks Perusahaan susut 10.36 mata kepada 2,575.68 berbanding 2,586.04 Jumaat lepas.
Indeks FBM Emas menyusut 78.47 mata kepada 8,405.53 daripada 8,484 Jumaat lepas.
FBM Top 100 merosot 76.01 mata kepada 8,173.31 daripada 8,249.32 Jumaat lepas sementara Indeks FBM ACE susut 67.2 mata kepada 4,314.63 daripada 4,381.83 sebelumnya.
Jumlah dagangan merosot 3.332 bilion saham bernilai RM4.99 bilion daripada 5.23 bilion saham bernilai RM7.66 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan pada Pasaran Utama menyusut kepada 2.781 bilion saham bernilai RM4.896 bilion daripada 4.14 bilion saham bernilai RM7.5 bilion Jumaat lepas.
Jumlah waran menyusut kepada 137.595 juta unit bernilai RM22.408 juta daripada 193.12 juta unit bernilai RM37.04 juta minggu lepas.
Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 336.747 juta saham bernilai RM49.165 juta daripada 558.8 juta saham bernilai RM93.18 juta minggu lepas. - Bernama (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Trouble in Europe. The FBM KLCI lost 2 points to 1265 points yesterday, weighed down by Hong Leong Bank, AMMB, CIMB, MISC and Genting. Regional bourses were weaker, with the Hang Seng Index falling by 1.8% while European bourses lost 2%-3% on concerns over the sovereign debt of a few EU nations. The Dow suffered a 268-point decline and is now at the 10,000-point mark. Today's news headlines: Kwantas buys 1,360 hectares of oil palm estate in Sabah for RM83.8m, KNM's MD in collaboration with 2 other parties offers to buy up the entire business and undertakings of the company at RM0.90 per share, MISC forms a  JV company with Al-Hilal Shipping Agency to act as its exclusive shipping agent in the UAE, Zecon enters a JV to undertake oil&gas services and supplies business, while Mudajaya wins a RM241.3m job to design and construct Boulevard Plaza in Putrajaya. We expect the FBM KLCI to retest the critical support at 1256pts.

Friday, February 5, 2010

Perubahan Jadual Seminar Jutawan Saham

Atas sebab-sebab teknikal tarikh seminar Jutawan Saham ditangguhkan seperti berikut :

Jadual asal - Swiss Inn Sg.Petani 06hb Februari 2010
                    Corus Hotel Kuala Lumpur 07 Februari 2010

Jadual baru - Swiss Inn Sg.Petani 27hb Februari 2010
                     Corus Hotel Kuala Lumpur 28hb Februari 2010

Para peserta yang telah membuat pembayaran mempunyai 2 pilihan iaitu samada boleh menyertai jadual seminar yang baru atau sila sms no akaun bank untuk dikembalikan yuran ke akaun bank masing-masing. Segala kesulitan AMAT dikesali. HARAP MAAF...

Harap maklum diatas segala perubahan tarikh.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 017-6627107

Bursa Malaysia untung RM177j selepas lupus kepentingan

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih RM177.6 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember lalu mewakili peningkatan 70 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kenaikan itu adalah hasil pelupusan 25 peratus ekuiti kepentingan dalam Bursa Malaysia Derivatives Bhd. kepada CME Group Strategic Investments LLC bernilai RM76 juta berdasarkan Perjanjian Pembelian Saham yang dipersetujui pada 30 November tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff  berkata, keuntungan operasi kumpulan tanpa mengira hasil pelupusan 25 peratus ekuiti kepentingan itu adalah RM101.6 juta, penyusutan tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Kita berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tahun lalu di samping pelaksanaan pelbagai perkara membabitkan pengurusan operasi, ketelusan kewangan dan lain-lain bagi memastikan kami memberi nilai kepada pemegang saham," kata beliau selepas mengumumkan laporan penuh kewangan tahunan Bursa Malaysia yang berakhir 31 Disember lalu.
Pada tahun kewangan lalu, Bursa Malaysia mencatatkan bilangan tawaran awam permulaan berjumlah 14 berbanding 23 pada tahun 2008 manakala bilangan dana yang diraih bertambah daripada RM5.9 bilion kepada RM27.8 bilion.
Sementara itu, modal pasaran sehingga penghujung tahun lalu adalah sebanyak RM999 bilion berbanding RM644 bilion pada tahun sebelumnya dengan nilai purata dagangan harian menyusut daripada RM1.278 bilion kepada RM1.221 bilion.
Menurut Yusli, pada tahun lalu Bursa Malaysia mencatatkan 14 penyenaraian baru dengan jumlah dana yang diraih sebanyak RM12.04 bilion berbanding RM1.3 bilion pada tahun sebelumnya. Peningkatan juga turut dicatatkan pada tawaran kedua (secondary offering) iaitu RM15.71 bilion berbanding RM4.6 bilion berikutan perubahan pada garis panduan penyenaraian bersama pengenalan perubahan waran berstruktur. Ia melibatkan peningkatan 124 waran berstruktur berbanding 81 pada tahun sebelumnya. Yusli menambah, Lembaga Pengarah akan mendapatkan persetujuan para pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan 29 Mac ini bagi mengumumkan pembayaran dividen akhir sembilan sen sesaham di bawah sistem peringkat pertama. Sementara itu, beliau menjangkakan tinjauan pasaran pada tahun ini menggalakkan selain meramalkan perolehan keseluruhan meningkat berbanding tahun lalu. Yusli berkata, pihaknya juga tidak meletakkan sebarang sasaran IPO baru tetapi sehingga kini terdapat 20 syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia. "Dijangkakan pada bulan ini dua buah syarikat akan disenaraikan manakala yang lainnya masih lagi menanti kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti," katanya. Yusli berkata, Bursa Malaysia membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin disenaraikan di sini walaupun kebanyakan yang disenaraikan adalah syarikat dari China. Katanya, pihaknya terus menerima permohonan dari syarikat-syarikat China untuk disenaraikan dan bersedia menerimanya asalkan memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Beliau menambah, Bursa Malaysia akan meneruskan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pasaran Islam sebagai yang diiktiraf antara tempat penyenaraian terbaik global untuk Sukuk pada tahun lalu.
(Dipetik dari Utusan Malaysia)

Market Review

Trouble in Europe. The FBM KLCI lost 2 points to 1265 points yesterday, weighed down by Hong Leong Bank, AMMB, CIMB, MISC and Genting. Regional bourses were weaker, with the Hang Seng Index falling by 1.8% while European bourses lost 2%-3%
on concerns over the sovereign debt of a few EU nations. The Dow suffered a 268-point decline and is now at the 10,000-point mark. Today’s news headlines: Kwantas buys 1,360 hectares of oil palm estate in Sabah for RM83.8m, KNM’s MD in collaboration with 2 other parties offers to buy up the entire business and undertakings of the company at RM0.90 per share, MISC forms a JV company with Al-Hilal Shipping Agency to act as its exclusive shipping agent in the UAE, Zecon enters a JV to undertake oil & gas services and supplies business, while Mudajaya wins a RM241.3m job to design and construct Boulevard Plaza in Putrajaya. We expect the FBM KLCI to retest the critical support at 1256pts.

Wednesday, February 3, 2010

Bursa kukuh sejajar keuntungan di Wall Street

KUALA LUMPUR 2 Feb - Harga saham ditutup tinggi di Bursa Malaysia sejajar dengan keuntungan semalaman di Wall Street dan berita ekonomi yang positif dari Amerika Syarikat membantu mendorong sentimen pasaran, kata peniaga.
Pasaran melihat dagangan aktif di kalangan kaunter berharga rendah tetapi kegiatan mengambil untung di kalangan saham berwajaran tinggi, pada sesi petang, mengurangkan pendapatan keseluruhan.
Kadar asas Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 4.6 mata lebih tinggi pada 1,263.76 selepas dibuka 6.61 mata lebih tinggi pada 1,265.77.
Indeks Kewangan meningkat 61.25 mata kepada 11,140.04, Indeks Perusahaan meningkat 1.95 mata kepada 2,587.99 dan Indeks Perladangan meningkat 15.61 mata kepada 6,203.74. Indeks FBM Emas meningkat 24.76 mata kepada 8,508.76 dan Indeks FBM70 meningkat 23.181 mata kepada 8,349.4. Indeks FBM Ace bagaimanapun menyusut 41.19 mata kepada 4,340.64 mata.
Kaunter untung mengatasi kaunder rugi dengan 359 berbanding 347 sementara 251 kaunter tidak berubah dan 360 yang lain tidak didagangkan.
Jumlah dagangan ditutup lebih rendah pada 928.064 juta saham bernilai RM1.345 bilion, daripada 973.251 juta saham bernilai RM1.623 bilion Jumaat lepas.
Di kalangan saham berwajaran tinggi, Sime Darby menyusut lima sen kepada RM8.48, CIMB Group naik 10 sen kepada RM12.76 sementara Maybank dan Maxis masing-masing naik satu sen kepada RM6.80 dan RM5.39, setiap satu.
Di kalangan saham aktif, Linear Corporation meningkat 5.5 sen kepada 59.5 sen.
Perolehan dagangan di pasaran utama susut kepada 762.784 juta saham bernilai RM1.319 bilion daripada 834.42 juta saham, bernilai RM1.59 bilion, Jumaat lepas.
Bagi pasaran Ace, jumlah dagangan meningkat kepada 105 juta saham bernilai RM13.847 juta berbanding 98.6 juta saham bernilai RM14.06 juta Jumaat lepas.
Waran meningkat kepada 28.210 juta unit bernilai RM4.983 juta daripasa 26.51 juta unit bernilai RM4.73 juta Jumaat lepas.
Barangan pengguna mewakili 38.545 juta saham yang didagangkan di Psaran Utama, produk perusahaan 193.649 juta pembinaan 44.746 juta, dagangan dan perkhidmatan 241.099 juta, teknologi 26.664 juta, prasarana 13.991 juta, kewangan 66.09 juta, hotel 3.20 juta, harta 111.174 juta, perladangan 21.39 juta, perlombongan tiada, REIT 2.2 juta dan dana tertutup 20,800. - Bernama (Dipetik Dari Utusan malaysia)

Tuesday, February 2, 2010

Market Review

A cautious start? Asean markets opened on a weaker note yesterday as protracted concerns over the US economy and sovereign debts in Europe gave investors more reasons to sell down, with the Hang Seng index leading the decline. The top corporate news over the long weekend and today are: (i) MITI looking to India and China for FDI investments, (ii) AirAsia temporary shelving flights to Abu Dhabi, and (iii) QSR to open 5 more KFC outlets and 1 Pizza Hut store in Cambodia this year. We expect the local market to start the week on a coutious note, with sentiment very much a function of external developments. In addition to the upcoming releases of the US' Institute of Supply Management indicators this week, investors will also be monitoring the earnings out of the US to gauge more meaningful signs of a sustained turnaround in the US economy, which grew 5.7% in 4Q09. On the local front, the earnings season is set to commence in earnest with few companies within the banking, rubber gloves and telecom sectors scheduled to report this week. The immediate resistance for the KLCI is at 1276 while support is at 1255pts.