...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Thursday, February 18, 2010

Dagangan Bursa Malaysia kukuh

KUALA LUMPUR 17 Feb - Harga-harga saham di Bursa Malaysia kekal kukuh ketika ditutup hari ini dengan keuntungan kebanyakan dilihat pada kaunter berkaitan perladangan, kata para peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 5.68 mata atau 0.453 peratus lebih tinggi pada 1,259.07, dirangsang oleh kenaikan yang didahului oleh IOI Corporation dan Sime Darby.FBM KLCI, yang meningkat 3.05 mata ketika dibuka pada 1,256.44 pagi ini, bergerak antara 1,256.36 dan 1,264.44 sepanjang hari urus niaga hari ini. Terdapat beberapa belian sederhana untuk saham kewangan yang sekali gus menolak Indeks Kewangan untuk menokok 50.2 mata kepada 10,996.24.Untuk indeks perusahaan, ia meningkat 15.22 mata kepada 2,603.29 sementara Indeks Perladangan melonjak 72.92 mata kepada 6,277.42. Indeks FBM Emas pula menambah 49.8 mata kepada 8,486.13, Indeks FBM70 mengembang 60.19 mata kepada 8,341.7 dan Indeks FBM Ace lebih tinggi 41.44 mata kepada 4,370.41. Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 407 berbalas 204 sementara 208 kaunter tidak berubah, 510 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung urus niaga. Urus niaga agak sederhana hari ini dengan jumlah dagangan berkurangan kepada 544.99 juta saham bernilai RM1.018 bilion berbanding Jumaat lepas iaitu 560.587 juta saham bernilai RM811.432 juta. Jumlah dagangan di Pasaran Utama pula turun kepada 445.876 juta saham bernilai RM991.116 juta daripada 487.869 juta unit bernilai RM790.923 juta sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Ace pula menokok kepada 64.626 juta unit bernilai RM17.925 juta daripada 37.02 juta unit bernilai RM8.206 juta Jumaat lepas. Waran menambah kepada 28.808 juta saham bernilai RM5.431 juta berbanding 22.589 juta unit bernilai RM3.254 juta sebelumnya. Di kalangan saham aktif, Malaysian Airline System-Ord menambah setengah sen kepada 14 sen, Integrated Rubber Corporation lebih tinggi dua sen kepada RM1.18 sementara Axiata Group meningkat empat sen kepada RM3.45. Produk pengguna menguasai 20.038 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 116.773 juta, pembinaan 22.194 juta, urus niaga dan perkhidmatan 154.342 juta, teknologi 22.459 juta, infrastruktur 7.449 juta, kewangan 45.611 juta, perhotelan 1.582 juta, hartanah 39.779 juta, perladangan 15.047 juta, perlombongan sifar, REIT 582,4000 dan dana tertutup 19,700.
- Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment