...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, February 24, 2010

Dagangan Bursa bercampu-campur.

KUALA LUMPUR 23 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini setelah pelabur beralih kepada kegiatan pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih selepas mengalami keuntungan sebelumnya, kata para peniaga. Bagaimanapun, keuntungan dalam saham mewah lain dan saham berharga rendah berjaya menyekat kerugian, kata mereka.Semasa ditutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 0.01 mata kepada 1,266.43 selepas dibuka 1.29 mata lebih tinggi pada 1,265.15 pada sebelah pagi. Seorang penganalisis berkata pasaran mengalami lantunan teknikal walaupun bahagian atasnya terhad pada paras 1,279 mata. Semasa ditutup, Indeks Kewangan naik 19.24 mata kepada 11,101.4 dan Indeks Perusahaan menokok 12.88 mata kepada 2,631.99 tetapi Indeks Perladangan susut 6.39 mata pada 6,304.84. Indeks FBM Emas melonjak 15.1 mata kepada 8,534.89, FBM70 menokok 38.77 mata kepada 8,376.63 dan Indeks FBM Ace menambah 11.99 mata kepada 4,364.84. Saham untung mengatasi rugi pada 383 berbanding 267 manakala 262 kaunter tidak berubah, 419 tidak didagangkan dan 25 kaunter lagi digantung.Jumlah dagangan tinggi sedikit pada 664.53 juta saham bernilai RM1.14 bilion berbanding dengan 600.145 saham bernilai RM1.02 bilion semalam. Di Pasaran Utama, jumlah dagangan naik kepada 583.3 juta saham bernilai RM1.12 bilion daripada semalam pada 519.965 juta saham bernilai RM1.006 bilion. Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 42.36 juta saham bernilai RM9.1 juta daripada 52.5 juta saham bernilai RM10.253 juta sebelumnya. Waran meningkat kepada 30.96 juta unit bernilai RM4.31 juta daripada 21.54 juta unit bernilai RM3.06 juta semalam. Antara saham aktif, Compugates dan Astral kedua-duanya tidak berubah masing-masing pada 6.5 sen dan 28 sen manakala Talam dan SAAG Consolidated menokok setengah sen setiap satu masing-masing kepada 12.5 sen dan 15.5 sen. Barangan pengguna menguasai 22.05 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 137.43 juta, pembinaan 27.18 juta, dagangan dan perkhidmatan 220.35 juta, teknologi 18.43 juta, infrastruktur 20.93 juta, kewangan 50.002 juta, hotel 244,300, hartanah 73.13 juta, perladangan 12.25 juta, perlombongan 4,800, REIT 1.23 juta, dan tertutup 28,000.
- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment