...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, February 12, 2010

Dagangan Bursa bercampur-campur

KUALA LUMPUR 11 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini apabila sesetengah pelabur tidak memasuki pasaran berikutan penurunan di Wall Street semalaman, kata para peniaga. Bagaimanapun, aktiviti membeli saham murah terpilih yang sederhana berjaya melonjakkan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) 3.25 mata atau 0.26 peratus lebih tinggi kepada 1,249.42 selepas ia dibuka pada 1,247.53. Indeks Petunjuk pasaran itu bergerak antara paras 1,244.86 dan 1,249.42 apabila minat tertumpu kepada saham wajaran tinggi dan saham jajaran rendah. Indeks Kewangan meningkat 14.32 mata kepada 10,883.99, Indeks Perusahaan turun 0.18 mata kepada 2,576.44 manakala Indeks Perusahaan menokok 14.02 mata kepada 6,187.15.
Indeks FBM Emas naik 19.979 mata kepada 8,397.59, Indeks FBM70 menambah 21.729 mata kepada 8,227.93 manakala Indeks FBM Ace susut 63.07 mata kepada 4,257.21. Suasana pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 313 berbanding 276 manakala 255 kaunter tidak berubah, 485 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 646.353 juta saham bernilai RM881.907 juta daripada 615.42 juta saham bernilai RM1.16 bilion semalam. Di kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby dan Maybank turun satu sen setiap satu masing-masing kepada RM8.38 dan RM6.83 manakala CIMB tidak berubah pada RM12.36, Maxis naik tiga sen kepada RM5.40 dan IOI Corporation menambah satu sen kepada RM5.21. Perolehan dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 555.257 juta saham bernilai RM866.543 juta daripada 522.434 juta saham bernilai RM1.142 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran Ace berkurangan kepada 19.776 juta unit bernilai RM3.997 juta daripada 48.462 juta unit bernilai RM8.825 juta. Waran menokok kepada 32.099 juta unit bernilai RM5.763 juta daripada 24.094 juta unit bernilai RM4.2 juta.
Barangan pengguna menyumbang 21.002 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 97.872 juta, pembinaan 24.745 juta, perdagangan dan perkhidmatan 295.601 juta, teknologi 11.426 juta, prasarana 9.176 juta, kewangan 26.757 juta, hotel 2.619 juta, harta 50.509 juta, perladangan 14.642 juta, perlombongan 5,000, REITs 858,400, dan dana tertutup 43,200.
- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment