...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, February 5, 2010

Bursa Malaysia untung RM177j selepas lupus kepentingan

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih RM177.6 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember lalu mewakili peningkatan 70 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kenaikan itu adalah hasil pelupusan 25 peratus ekuiti kepentingan dalam Bursa Malaysia Derivatives Bhd. kepada CME Group Strategic Investments LLC bernilai RM76 juta berdasarkan Perjanjian Pembelian Saham yang dipersetujui pada 30 November tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff  berkata, keuntungan operasi kumpulan tanpa mengira hasil pelupusan 25 peratus ekuiti kepentingan itu adalah RM101.6 juta, penyusutan tiga peratus berbanding tahun sebelumnya.
"Kita berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang tahun lalu di samping pelaksanaan pelbagai perkara membabitkan pengurusan operasi, ketelusan kewangan dan lain-lain bagi memastikan kami memberi nilai kepada pemegang saham," kata beliau selepas mengumumkan laporan penuh kewangan tahunan Bursa Malaysia yang berakhir 31 Disember lalu.
Pada tahun kewangan lalu, Bursa Malaysia mencatatkan bilangan tawaran awam permulaan berjumlah 14 berbanding 23 pada tahun 2008 manakala bilangan dana yang diraih bertambah daripada RM5.9 bilion kepada RM27.8 bilion.
Sementara itu, modal pasaran sehingga penghujung tahun lalu adalah sebanyak RM999 bilion berbanding RM644 bilion pada tahun sebelumnya dengan nilai purata dagangan harian menyusut daripada RM1.278 bilion kepada RM1.221 bilion.
Menurut Yusli, pada tahun lalu Bursa Malaysia mencatatkan 14 penyenaraian baru dengan jumlah dana yang diraih sebanyak RM12.04 bilion berbanding RM1.3 bilion pada tahun sebelumnya. Peningkatan juga turut dicatatkan pada tawaran kedua (secondary offering) iaitu RM15.71 bilion berbanding RM4.6 bilion berikutan perubahan pada garis panduan penyenaraian bersama pengenalan perubahan waran berstruktur. Ia melibatkan peningkatan 124 waran berstruktur berbanding 81 pada tahun sebelumnya. Yusli menambah, Lembaga Pengarah akan mendapatkan persetujuan para pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan 29 Mac ini bagi mengumumkan pembayaran dividen akhir sembilan sen sesaham di bawah sistem peringkat pertama. Sementara itu, beliau menjangkakan tinjauan pasaran pada tahun ini menggalakkan selain meramalkan perolehan keseluruhan meningkat berbanding tahun lalu. Yusli berkata, pihaknya juga tidak meletakkan sebarang sasaran IPO baru tetapi sehingga kini terdapat 20 syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia. "Dijangkakan pada bulan ini dua buah syarikat akan disenaraikan manakala yang lainnya masih lagi menanti kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti," katanya. Yusli berkata, Bursa Malaysia membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin disenaraikan di sini walaupun kebanyakan yang disenaraikan adalah syarikat dari China. Katanya, pihaknya terus menerima permohonan dari syarikat-syarikat China untuk disenaraikan dan bersedia menerimanya asalkan memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Malaysia. Beliau menambah, Bursa Malaysia akan meneruskan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pasaran Islam sebagai yang diiktiraf antara tempat penyenaraian terbaik global untuk Sukuk pada tahun lalu.
(Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment