...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, February 19, 2010

Dagangan Bursa Malaysia Lemah

KUALA LUMPUR 18 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan yang lebih rendah hari ini apabila pelabur mengambil untung di kaunter-kaunter berwajaran tinggi berikutan kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga. Pada akhir sesi dagangan petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 0.07 mata kepada 1,259.0, diseret turun oleh kejatuhan yang diterajui Genting. Bagaimanapun, kenaikan saham Tenaga berupaya mengehadkan sebahagian daripada kejatuhan itu, kata mereka. FBM KLCI, yang dibuka 2.39 mata lebih tinggi pada 1,261.46 pagi tadi, bergerak di antara 1,258.25 dengan 1,262.2 sepanjang sesi dagangan. Indeks Kewangan mengukuh 8.47 mata kepada 11,004.71, Indeks Perusahaan menambah 0.94 mata kepada 2,604.23 dan Indeks Perladangan meningkat 2.64 mata kepada 6,280.06. Indeks FBM Emas turun 6.03 mata kepada 8,480.1 dan Indeks FBM70 merosot 10.351 mata kepada 8,331.35 manakala Indeks FBM Ace naik 7.99 mata kepada 4,378.4. Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 410 berbanding 232 manakala 238 kaunter tidak berubah, 473 tidak diniagakan dan 51 yang lain digantung urus niaga.
Jumlah dagangan bertambah kepada 598.452 juta saham bernilai RM998.257 juta berbanding 544.99 juta saham bernilai RM1.018 bilion semalam. Dalam nota penyelidikannya, MIMB Investment Bank berkata FBM KLCI mengalami lantunan pembetulan dalam jangka pendek. Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama meningkat kepada 488.791 juta unit bernilai RM971.34 juta daripada 445.876 juta saham bernilai RM991.116 juta pada penutupan semalam.Pasaran Ace mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 75.383 juta saham bernilai RM20.283 juta daripada 64.626 juta unit bernilai RM17.925 juta sebelumnya. Waran juga bertambah kepada 30.3 juta saham bernilai RM4.077 juta daripada 28.808 juta saham bernilai RM5.431 juta semalam.Antara saham cergas, Malaysian Airline System-Ord Rights susut dua sen kepada 12 sen, Frontken Corp Bhd-Ord Rights turun sesen kepada tujuh sen dan KNM Group setengah sen lebih rendah pada 81 sen. Barangan pengguna menguasai 31.514 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 111.152 juta, pembinaan 23.148 juta, perdagangan dan perkhidmatan 191.419 juta, teknologi 27.669 juta, prasarana 7.345 juta, kewangan 39.965 juta, hotel 7.466 juta, harta 32.244 juta, perladangan 16.24 juta, perlombongan tiada, REIT 610,800 dan dana tertutup 18,500.
- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment