...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Tuesday, February 23, 2010

Pembelian saham mewah Bursa ditutup kukuh

KUALA LUMPUR 22 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan paras penutupan yang lebih teguh hari ini, apabila pelabur kembali selepas bercuti panjang dan membeli saham-saham di kaunter-kaunter mewah serta yang berharga lebih rendah, kata peniaga.
Pada akhir dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 8.77 mata kepada 1,266.44, setelah dibuka 2.84 mata lebih tinggi pada 1,260.51. Penganalisis TA Securities, Stephen Soo, menjangka indeks utama itu diniagakan dalam lingkungan paras halangan dan sokongan 1,272 hingga 1,282 minggu ini. Indeks Kewangan meningkat 80.22 mata kepada 11,082.16, Indeks Perusahaan mengukuh 18.1 mata kepada 2,619.11 dan Indeks Perladangan 34.12 mata lebih teguh pada 6,311.23. Indeks FBM Emas naik 65.92 mata kepada 8,519.79, FBM70 melonjak 73.6 mata kepada 8,337.86 dan Indeks FBM Ace mengukuh 25.57 mata kepada 4,352.85. Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 469 berbanding 196 manakala 254 kaunter tidak berubah, 409 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung urus niaga. Bagaimanapun, jumlah dagangan susut kepada 600.145 saham bernilai RM1.02 bilion daripada 623.157 juta saham bernilai RM1.159 bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 519.965 juta saham bernilai RM1.006 bilion daripada 540.66 juta saham bernilai RM1.14 bilion Jumaat lepas. Pasaran Ace mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 52.5 juta unit bernilai RM10.253 juta daripada 38.712 juta unit bernilai RM8.377 juta sebelumnya. Waran berkurangan kepada 21.54 juta unit bernilai RM3.06 juta berbanding 35.194 juta unit bernilai RM4.119 juta sebelumnya. Saham cergas termasuklah Malaysian Airline System-Ord Rights yang naik 2.5 sen kepada sembilan sen, Frontken Corp Bhd-Ord Rights menokok 1.5 sen kepada 7.5 sen dan KNM Group bertambah setengah sen kepada 80.5 sen. Antara saham-saham berwajaran tinggi, Sime Darby menambah enam sen kepada RM8.58, Maybank naik tujuh sen kepada RM6.96, CIMB Group mengukuh empat sen kepada RM12.60 dan Maxis meningkat tiga sen kepada RM5.40. Barangan pengguna menguasai 23.21 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 113.01 juta, pembinaan 19.55 juta, perdagangan dan perkhidmatan 234.01 juta, teknologi 10.96 juta, prasarana 11.82 juta, kewangan 54.59 juta, hotel 5.38 juta, harta 34.29 juta, perladangan 12.31 juta, perlombongan 49,000, REIT 688,700 dan dana tertutup 45,500. - Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment