...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Thursday, February 25, 2010

Dagangan Bursa Bercampur-campur

KUALA LUMPUR 24 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung saham wajaran tinggi terpilih dan kaunter berharga rendah, kata para peniaga. Bagaimanapun, kenaikan saham mewah lain seperti CIMB Group, DiGi dan British American Tobacco berjaya mengehadkan penurunan, kata mereka. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 4.35 mata untuk ditutup kepada 1,270.78 selepas dibuka 1.87 mata lebih tinggi pada 1,268.3 dalam sesi pagi. Indeks Kewangan naik 38.18 mata kepada 11,139.58, Indeks Perusahaan susut 22.97 mata kepada 2,609.92 manakala Indeks Perladangan menokok 24.23 mata kepada 6,329.07. Indeks FBM Emas menambah 24.27 mata kepada 8,559.16, FBM70 naik 26.31 mata kepada 8,402.94 manakala Indeks FBM Ace turun 14.2 mata kepada 4,350.64. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 350 berbanding 303 manakala 264 kaunter tidak berubah, 414 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.Jumlah dagangan di tahap sederhana pada 650.02 juta saham bernilai RM1.16 bilion, turun sedikit berbanding 664.53 juta saham bernilai RM1.14 bilion sebelumnya.
Perolehan dagangan di Pasaran Utama turun sedikit kepada 568.55 juta saham bernilai RM1.15 bilion daripada 583.3 juta saham bernilai RM1.12 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 50.73 juta saham bernilai RM12.55 juta daripada 42.36 juta saham bernilai RM9.1 juta sebelumnya.Waran susut kepada 27.87 juta unit bernilai RM3.89 juta daripada 30.96 juta unit bernilai RM4.31 juta semalam. Di kalangan kaunter cergas Transmile Group jatuh 45.5 sen kepada 45.5 sen, Compugates tidak berubah pada 6.5 sen dan AE Multi turun 18.5 sen kepada 80 sen. Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Sime Darby dan Maxis kedua-duanya tidak berubah masing-masing pada RM8.58 dan RM5.49.Maybank turun satu sen kepada RM6.97, CIMB Group naik 34 sen kepada RM13.00 manakala MISC berkurangan 30 sen kepada RM7.95. Barangan pengguna menyumbang 30.38 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 136.03 juta, pembinaan 23.86 juta, perdagangan dan perkhidmatan 225.72 juta, teknologi 18.0 juta, prasarana 11.18 juta, kewangan 47.62 juta, hotel 8.24 juta, harta 50.32 juta, perladangan 15.87 juta, perlombongan 34,000, REITs 1.21 juta, dan dana tertutup 43,800. - Bernama - (Dipetik Dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment