...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, February 10, 2010

Bursa Malaysia terus lemah

KUALA LUMPUR 9 Feb - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan tekanan jualan berterusan ke atas saham-saham mewah dan saham berharga rendah, kata para peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) merosot 1.36 mata atau 0.11 peratus kepada 1,233.86 selepas dibuka 6.48 mata lebih rendah pada 1,228.74 pagi ini. Para peniaga berkata kemerosotan di Wall Street semalaman memberi tekanan kepada bursa tempatan. Purata Perindustrian Dow Jones menjunam 1.04 peratus atau 103.84 mata kepada 9.908.39, Indeks S&P 500 berkurangan 0.89 peratus atau 9.45 mata kepada 1,056.74 dan Nasdaq susut 0.70 peratus atau 15.07 mata kepada 2,126.05. Indeks Kewangan merosot 34.859 mata kepada 10,740.70, Indeks Perusahaan menokok 4.69 mata kepada 2,565.87 dan Indeks Perladangan turun 12.62 mata kepada 6,117.5. Indeks FBM Emas lebih rendah 16.3 mata kepada 8,303.32, Indeks FBM70 berkurangan 50.05 mata kepada 8,130.73 tetapi Indeks FBM Ace menambah 18.1 mata kepada 4,281.95.
Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 345 berbalas 293 sementara 269 kaunter tidak berubah, 420 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung. Jumlah dagangan menokok kepada 773.396 juta saham bernilai RM1.516 bilion daripada 769.125 juta saham bernilai RM1.316 bilion semalam. Di kalangan yang berwajaran tinggi, Sime Darby naik satu sen kepada RM8.32, Maybank dan CIMB, masing-masing kekal pada RM6.72 dan RM12.22 sementara Maxis menokok enam sen kepada RM5.39. Saham-saham aktif pula, KNM Group menambah dua sen kepada 80.5 sen, Malaysian Res Corp susut setengah sen kepada 12.5 sen, Talam Corporation meningkat setengah sen kepada 12 sen dan Genting kerugian sembilan sen kepada RM6.63 sen. Perolehan dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 666.827 juta saham bernilai RM1.493 bilion daripada 643.208 juta saham bernilai RM1.286 bilion semalam. Jumlah dagangan di pasaran Ace merosot kepada 55.353 juta unit bernilai RM11.209 juta daripada 65.579 juta unit sebelumnya.Waran-waran berkurangan kepada 36.102 juta unit bernilai RM6.861 juta daripada 38.195 juta bernilai RM6.88 juta sebelumnya. Produk pengguna menguasai 25.365 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 165.931 juta, pembinaan 72.319 juta, urus niaga dan perkhidmatan 201.124 juta, teknologi 27.176 juta, infrastruktur 9.594 juta, kewangan 65.196 juta, perhotelan 425,700, hartanah 70.597 juta, perladangan 27.586 juta, perlombongan 10,000, REIT 1.459 juta dan dana tertutup 43,800.
- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment