...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, January 7, 2011

Bursa Malaysia terus catat rekod

KUALA LUMPUR 9 Jan - FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berjaya mencapai paras yang lebih tinggi pada saat-saat akhir dagangan, sekaligus mempertahan arah aliran meningkatnya bagi hari keempat berturut-turut apabila kejatuhan yang disebabkan oleh pengambilan untung diserap dengan baik.
Pada pukul 5 petang, FBM KLCI mencatatkan kenaikan 2.2 kepada 1,568.37 daripada 1,566.17 pada akhir dagangan semalamIndeks Kewangan menokok 21.57 mata kepada 14,425.19, Indeks Perusahaan menambah 0.87 mata kepada 2,927.43 dan Indeks Perladangan meningkat 27.75 mata kepada 8,301.71. Indeks FBM Emas mengukuh 47.9 mata kepada 10,755.98, Indeks FBM Ace menokok 4.35 mata kepada 4,427.14 dan Indeks FBM70 melonjak 152.07 mata kepada 11,431.74.
Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 507 berbanding 295 manakala 284 kaunter tidak berubah, 239 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung urus niaga.
Saham-saham diurus niaga berjumlah 2.204 bilion bernilai RM3.141 bilion, susut daripada 2.346 bilion bernilai RM3.69 bilion yang dicatatkan semalam.
Maybank, yang urus niaga sahamnya digantung pagi tadi, mengumumkan bahawa ia akan membeli 44.6 peratus kepentingan dalam firma broker saham yang berpangkalan di Singapura, Kim Eng Holdings Ltd, dengan harga RM1.9 bilion (S$798 juta).
Saham-saham Maybank akan diniagakan semula urus niaga esok pada pukul 9.00 pagi, setelah disebutharga kali terakhir pada RM9.01.
Kemunculan sulung Maxwell International dalam pasaran utama hari ini menyaksikan kaunter itu mengungguli saham-saham paling cergas hari ini. Ia naik 2.5 sen kepada 56.5 sen setelah dibuka bagi premium dua sen pada 56 sen.
Bagi saham-saham cergas yang lain, SAAG Consolidated menokok setengah sen kepada sembilan sen, Ramunia naik 1.5 sen kepada 59.5 sen, Pan Malaysia menambah 1.5 sen kepada 13.5 sen dan Scomi mengukuh 1.5 sen kepada 39.5 sen.
Dalam Pasaran Utama, jumlah dagangan bertambah kepada 1.816 bilion saham bernilai RM3.051 bilion, daripada 1.768 bilion unit bernilai RM3.549 bilion pada penutupan semalam.
Waran susut kepada 268.861 juta saham, bernilai RM63.991 juta, daripada 474.062 juta unit, bernilai RM117.192 juta.
Pasaran ACE mencatatkan lonjakan jumlah dagangan kepada 100.726 juta saham bernilai RM15.693 juta, daripada 88.934 juta unit bernilai RM16.241 juta. - Bernama

No comments:

Post a Comment