...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Tuesday, January 4, 2011

Bursa, ringgit catat rekod

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Bursa Malaysia memasuki tahun baharu dengan penuh gaya apabila melonjak ke paras tertinggi dalam sejarahnya sambil disokong oleh nilai ringgit yang mencatat nilai paling kukuh sejak 13 tahun lalu.
Bursa saham tempatan dan ringgit juga digalakkan oleh sentimen positif yang ditunjukkan pasaran serantau dan juga prospek pertumbuhan yang baik.
Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 14.51 mata kepada 1,533.42 manakala nilai mata wang tempatan diniagakan pada RM3.06 berbanding sedolar Amerika Syarikat (AS)
FBM KLCI pada sesi tengah hari telah berjaya mencatat paras tertinggi terbaharu iaitu 1,535.02 mata sebelum ditutup pada paras semasa untuk mengatasi paras tertinggi pada November tahun lalu iaitu 1,528.01 mata.
Para penganalisis tempatan berkata, peningkatan pasaran saham tempatan itu juga didorong oleh aliran dana asing ke dalam pasaran dan para peniaga juga menjangka ia berterusan.
‘‘Kita bakal menyaksikan permulaan peningkatan yang digalakkan oleh kecairan,’’ katanya dan menjangkakan paras pasaran boleh mencecah 1,550 mata dalam masa terdekat.
OSK Research, sebuah firma penyelidikan tempatan berkata, prospek separuh pertama tahun ini adalah menggalakkan dengan penanda aras bakal mencecah 1,648 mata.
Katanya, risiko seperti tekanan politik dan inflasi dijangka mungkin memberi kesan minimum kepada bursa saham tempatan pada separuh pertama ini.
Menurut Pengarah Eksekutif Urusniaga Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, lonjakan indeks pasaran modal tempatan sering berlaku pada permulaan tahun baru ekoran kegiatan para pengurus dana sedang menyusun semula portfolio pelaburan mereka.
‘‘Pada kebiasaannya, pengurus-pengurus dana ini mula memasuki pasaran dan membeli saham-saham yang berpotensi di awal tahun baru. Disebabkan aktiviti tersebut telah merancakkan keadaan pasaran pada hari ini.
‘‘Selain itu, keadaan pemulihan ekonomi yang dijangka berterusan terutama di Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini juga merupakan faktor penyumbang kepada keadaan pasaran saham tempatan. Sebarang kesan positif yang berlaku di sana akan meninggalkan kesan kepada pasaran saham rantau dan Malaysia,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambah Nazzary, keadaan itu akan berlanjutan untuk minggu ini kerana aktiviti penyusunan semula portfolio pelaburan baru bermula dan ia akan memakan masa.
‘‘Minggu hadapan ia akan kembali stabil apabila pelabur jangka pendek akan mula menjual saham mereka bagi mendapatkan keuntungan berikutan pasaran positif ini,’’ jelasnya.
Sementara itu, pasaran saham tempatan juga mendapat faedah daripada prospek menggalakkan bursa-bursa utama di Asia yang yakin bahawa pemulihan ekonomi global akan berterusan pada tahun ini.
Ini kerana pada separuh pertama tahun ini, bursa saham AS akan terus berada dalam keadaan baik ekoran pemulihan ekonomi di negara berkenaan sekali gus memberikan tempiasnya kepada Asia.
Di pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 1.74 peratus, Indeks Kospi , South Korea bertambah 0.93 peratus lebih tinggi dan Indeks Straits Times, Singapura menambah 1.20 peratus.
Bagaimanapun, pasaran saham Australia, Jepun, New Zealand, Thailand dan Vietnam pula ditutup sempena kelepasan am.

No comments:

Post a Comment