...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, October 20, 2010

Belian saat akhir dagangan Bursa tinggi

KUALA LUMPUR 19 Okt - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan aktiviti giliran di kaunter wajaran tinggi dan kaunter berharga rendah pada saat-saat akhir, meskipun beberapa penurunan sebelumnya, kata seorang peniaga.
Pada sesi penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 7.95 mata kepada 1,488.65, selepas dibuka tinggi sebanyak 3.04 mata pada 1,483.74.OSK Research berkata ketahanan pasaran dilihat pada paras psikologi 1,500 dengan sokongan segera pada 1,439 mata.
Indeks Kewangan meningkat 62.92 mata kepada 13,425.07, Indeks Perusahaan naik 19.01 mata kepada 2,873.55 dan Indeks Perladangan menokok 36.28 mata kepada 7,412.92.
Indeks FBM Emas menambah 49.08 mata kepada 10,039.89, FBM70 naik 47.59 mata kepada 10,142.76 dan Indeks FBM Ace meningkat 18.61 mata kepada 4,184.94.
Jumlah dagangan melonjak kepada 1.499 bilion saham bernilai RM1.819 bilion daripada 1.33 bilion saham bernilai RM1.61 bilion pada Isnin.Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 438 berbanding 369, manakala 276 kaunter tidak berubah, 288 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.
Antara kaunter untung utama, British American Tobacco naik 76 sen kepada RM48.40, Batu Kawan meningkat 36 sen kepada RM15.94 dan Genting menambah 28 sen kepada RM10.38.
Di kalangan saham cergas, Karambunai naik dua sen kepada 25 sen, Jotech ditutup tidak berubah pada sembilan sen dan Hubline meningkat satu sen kepada 17.5 sen.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.294 bilion saham bernilai RM1.768 bilion berbanding dengan 1.149 bilion saham bernilai RM1.56 bilion semalam.
Jumlah dagangan waran turun kepada 82.43 juta unit bernilai RM16.4 juta daripada 95.88 juta unit bernilai RM17.14 juta sebelumnya.
Bagaimanapun, perolehan dagangan di Pasaran ACE, meningkat kepada 104.28 juta saham bernilai RM30.235 juta berbanding 81.638 juta saham bernilai RM29.523 juta pada Isnin.
Barangan pengguna menyumbang 42.871 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 229.540 juta, pembinaan 57.887 juta, perdagangan dan perkhidmatan 311.007 juta, teknologi 21.613 juta, prasarana 30.450 juta, kewangan 60.868 juta, hotel 2.622 juta, hartanah 485.487 juta, perladangan 30.861 juta, perlombongan 1.162 juta, REITs 19.881 juta dan dana tertutup 49,600. - Bernama

No comments:

Post a Comment