...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Thursday, October 14, 2010

Perladangan ransang Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 13 Okt - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didahului oleh keuntungan dalam saham-saham berkaitan perladangan d celah-celah harga minyak sawit mentah yang tinggi, kata para peniaga.
Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur naik 10.40 mata atau 0.70 peratus kepada 1,496.97. Ia dibuka lebih tinggi sebanyak 2.99 mata kepada 1,489.56.
Para peniaga berkata penutup yang positif di Wall Street semalaman, berserta dengan pasaran serantau utama yang kukuh telah berjaya merangsangkan minat belian di pasaran tempatan.
Indeks Perladangan melonjak 153.46 mata kepada 7,261.06, Indeks Kewangan menambah 58.47 mata kepada 13,520.22 dan Indeks Perusahaan lebih tinggi 16.98 mata kepada 2,869.06.Indeks FBM Emas menambah 81.19 mata kepada 10,069.28, Indeks FBM70 mengukuh 103.45 mata kepada 10,081.31 dan Indeks FBM Ace mengembang 68.40 mata kepada 4,155.61.
Jumlah dagangan lebih tinggi kepada 1.20 bilion saham bernilai RM2.03 bilion daripada 1.17 bilion saham bernilai RM1.90 bilion semalam.
Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 577 berbalas 235 sementara 256 kaunter tidak berubah dan 27 yang lain digantung urus niaga.
Mendahului saham paling aktif ialah JCY International yang meningkat 15 sen kepada RM1.10, diikuti dengan Malton yang naik lima sen kepada 69 sen dan Ho Wah Genting yang menokok dua sen kepada 28.5 sen.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 976.41 juta saham bernilai RM1.98 bilion daripada 917.78 juta saham bernilai RM1.84 bilion semalam.
Perolehan dagangan di Pasaran Ace, bagaimanapun, berkurangan kepada 77.95 juta saham bernilai RM22.02 juta daripada 95.79 juta saham bernilai RM26.12 juta.
Jumlah dagangan waran juga lebih rendah kepada 137.49 juta saham bernilai RM25.73 juta berbanding 145.58 juta unit bernilai RM26.95 juta semalam.
Produk pengguna menguasai 49.16 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 158.52 juta, pembinaan 89.17 juta, urus niaga dan perkhidmatan 239.56 juta, teknologi 68.12 juta, infrastruktur 14.77 juta, kewangan 95.14 juta, perhotelan 1.10 juta, hartanah 195.86 juta, perladangan 58.06 juta, perlombongan 55,000, REIT 6.86 juta dan dana tertutup 24,500. - Bernama

No comments:

Post a Comment