...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Tuesday, November 30, 2010

Belian lewat dagangan Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 29 Nov - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi hari ini, ekoran belian lewat di kaunter-kaunter yang jatuh baru-baru ini, sekaligus menebus kejatuhan terdahulu, kata peniaga. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia naik 3.90 mata kepada 1,495.95.
Ia dibuka 3.26 mata lebih rendah pada 1,488.57.Sepanjang hari ini, indeks utama itu bergerak di antara 1,474.02 dengan 1,495.95.Seorang peniaga berkata minat terhadap kaunter-kaunter mewah, termasuk Petronas Chemicals, CIMB, Sime Darby dan Tenaga Nasional, membantu pasarana menebus kejatuhan dalam sesi pagi.
"Kegiatan mencari saham murah dan membeli bagi mencukupkan pegangan menjadi penyumbang kepada pemulihan ini.
Tetapi kenaikan dihadkan oleh pengambilan untung dan kebimbangan tentang zon euro dan Korea Utara," katanya.
Indeks Kewangan meningkat 18.56 mata kepada 13,623.88 dan Indeks Perusahaan mengukuh 7.54 mata kepada 2,858.80. Indeks Perladangan, bagaimanapun, susut 18.96 mata kepada 7,648.27.
Indeks FBM Emas menokok 11.27 mata kepada 10,129.46 dan Indeks FBM Ace meningkat 7.56 mata kepada 4,276.29. Indeks FBM 70 turun 37.48 mata kepada 10,404.25.
Jumlah dagangan susut kepada 1.05 bilion saham bernilai RM1.93 bilion daripada 1.57 bilion saham bernilai RM4.91 bilion Jumaat lepas.
Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 463 berbanding 293 manakala 274 kaunter tidak berubah.
Antara kaunter cergas, Petronas Chemicals naik sembilan sen kepada RM5.40, KNM Group meningkat tiga sen kepada 54 sen dan Karambunai Corp mengukuh dua sen kepada 19 sen.
Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama mengecil kepada 926.26 juta saham bernilai RM1.89 bilion daripada 1.45 bilion saham bernilai RM4.88 bilion Jumaat lepas.
Waran susut jumlahnya kepada 61.96 juta unit bernilai RM9.77 juta daripada 65.9 juta unit bernilai RM11.17 juta sebelumnya.Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 53.97 juta saham bernilai RM23.3 juta daripada 50.42 juta saham bernilai RM13.73 juta.
Barangan pengguna menyumbang 36.54 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 354.23 juta, pembinaan 60.71 juta, perdagangan dan perkhidmatan 221.08 juta, teknologi 27.62 juta, prasarana 18.36 juta, kewangan 60.02 juta, hotel 1.01 juta, harta 121.09 juta, perladangan 20.85 juta, perlombongan 1.16 juta, REIT 3.44 juta dan dana tertutup 167,200. - Bernama

No comments:

Post a Comment