...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, November 29, 2010

Harga saham dijangka bergerak dalam jajaran kecil

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Harga- harga saham dijangka bergerak dalam julat kecil minggu ini di celah-celah sentimen yang berhati-hati ekoran faktor luaran, terutamanya dasar monetari China, kata seorang peniaga.
Beliau berkata, China mungkin menaikkan Nisbah Rizab Diperlukan (RRR) dan khabar angin dalam lingkungan perkara ini, telah menyebabkan kebimbangan yang berlanjutan di pasaran.
"Kami juga akan meninjau angka-angka ekonomi AS yang akan mencurah-curah masuk minggu depan. Diikuti dengan situasi tidak menentu global seperti konflik Korea dan kebimbangan hutang euro, ia dijangka terus mempengaruhi pasaran," tambah beliau.
Sementara itu, Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan berkata, beliau menjangkakan yang pasaran saham tempatan akan terus bergerak mendatar dalam lingkungan antara 1,490 hingga 1,510 minggu ini, di tengah-tengah urus niaga yang lebih berhati-hati.
"Pada mana-mana hampir di bawah 1,460, kami berpendapat sebarang kelemahan sebagai peluang untuk memasuki semula mendapatkan saham murah memandangkan trend menaik bulanan kekal tidak berubah.
"Pada pandangan kami, komen positif yang dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) dan China, mahukan keamanan bermakna ia boleh menangani kemudahruapan dan campur tangan oleh Bank Of Korea untuk menyuntik lebih banyak mudah tunai, mungkin berjaya mengelak urus niaga panik dan ketegangan yang berlanjutan," kata beliau dalam e-mel kepada Bernama.
Nazri berkata, faktor-faktor penting ini menyediakan pasaran tempatan situasi yang lebih stabil dan perlahan-lahan meningkat minggu ini.
Beliau menambah, terdapat juga tanda-tanda data ekonomi yang telah mendapat momentum dengan keputusan pendapatan yang positif seperti YTL, DRB Hicom dan AirAsia, yang lebih baik daripada dijangkakan.
OSK Research berkata: "Minggu ini, kita akan melihat sama ada indeks boleh benar-benar kekal sehingga paras 1,488 mata dan lambat-laun melantun semula melepas trend menaik.
"Pada paras semasa, walaupun indeks telah kembali melepasi 1,488 mata, ia masih lagi 'rapuh' kepada sebarang kemungkinan penurunan," kata syarikat itu.
Untuk minggu baru berakhir, Indeks FBM KLCI ditutup pada 1,492.05, susut 4.44 mata daripada 1,506.05 Jumaat lepas.
Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, FBM KLCI ditutup pada 1,489.86, naik 8.45 mata daripada 1,481.41 sebelumnya.
Indeks FMB Emas menokok 94.22 mata kepada 10,118.19 tetapi FBM70 merosot 27.86 mata kepada 10,441.73 dan Indeks FBM Ace berkurangan 315.68 mata kepada 4,268.73.
Indeks Kewangan turun 151.16 mata kepada 13,605.32, Indeks Perusahaan kerugian 24.26 mata kepada 2,851.26 dan Indeks Perladangan mengecil 91.51 mata kepada 7,667.23.
Jumlah dagangan mingguan mengukuh kepada 6.179 bilion saham bernilai RM11.315 bilion berbanding 4.56 bilion saham bernilai RM6.166 bilion minggu sebelumnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment