KUALA LUMPUR 23 Nov - Harga-harga saham ditutup rendah di Bursa
Malaysia Sekuriti dengan sentimen dirangsang oleh faktor luaran seperti
masalah hutang Ireland serta konflik antara Korea Utara dan Selatan.
"Banyak pelabur berhati-hati terhadap pasaran, menunggu arah tuju
pasti, selain hakikat bahawa angka keluaran dalam negara kasar suku
ketiga yang tidak memihak kepada pasaran.
Pada penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur susut
15.67 mata untuk ditutup pada 1,487.53, selepas dibuka 3.64 mata lebih
tinggi pada 1,506.84.
Indeks Perladangan susut 108.19 mata kepada 7,630.68, Indeks Kewangan
turun ketara sebanyak 156.53 mata kepada 13,622.97 dan Indeks
Perusahaan susut 33 mata kepada 2,836.97.
Indeks FBM Emas susut 128.63 mata kepada 10,068.71, FBM70 turun
154.11 mata kepada 10,313.04 dan Indeks FBM Ace susut 176 mata kepada
4,302.4.
Jumlah dagangan meningkat kepada 1.175 bilion saham bernilai RM2.009
bilion berbanding 968.588 juta saham bernilai RM1.165 bilion yang
direkodkan semalam.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 785 berbanding 96
manakala 195 kaunter tidak berubah, 338 kaunter tidak diniagakan dan 76
yang lain digantung.
Mengetuai senarai saham aktif ialah Karambunai yang susut satu sen
kepada 19 sen, diikuti Axiata dan Jo tech yang masing-masing susut satu
sen kepada RM4.48 dan 10.5 sen.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 996.689 juta saham
bernilai RM1.96 bilion berbanding 858.210 juta saham bernilai RM1.130
bilion yang direkodkan semalam.
Perolehan dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 95.046 juta saham
bernilai RM33.672 juta berbanding 61.155 juta saham bernilai RM25.816
juta pada Isnin.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 77.137 juta saham bernilai
RM12.378 juta berbanding 42.124 juta unit bernilai RM7.817 juta
transaksi semalam.
Barangan pengguna menyumbang sejumlah 58.233 juta saham yang
didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 217.122 juta,
pembinaan 25.938 juta, perdagangan dan perkhidmatan 324.870 juta,
teknologi 21.422 juta, infrastruktur 14.77 juta, kewangan 86.200 juta,
hotel 1.501 juta, hartanah 165.323 juta, perladangan 35.555 juta,
perlombongan 2.511 juta, REIT 2.798 juta dan dana tertutup 23,400.
- Bernama
No comments:
Post a Comment