...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, November 22, 2010

Harga saham diramal meningkat

KUALA LUMPUR, 21 Nov. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan berdasarkan petunjuk positif bahawa ekuiti Asia kini kembali stabil apabila kebimbangan bahawa China akan menaikkan kadar faedah semakin pudar.
Krisis hutang Eropah juga dibendung dengan berkesan oleh pembuat dasar di Eropah, kata seorang penganalisis, yang menambah ia bagaimanapun akan mengambil masa sebelum keyakinan pelabur dan aliran dana kembali ke benua itu.
Ketua Bahagian Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan dalam e-mel kepada Bernama berkata, FBM KLCI dijangka stabil dalam lingkungan 1,500 dan 1,520 mata minggu depan berikutan sentimen yang semakin meningkat terhadap pasaran tempatan dan serantau.
Beliau berkata, kebanyakan pengurus dana mendapat rangsangan menerusi data ekonomi terbaharu, namun enggan memasuki pasaran sementara menunggu impak tindakan Amerika Syarikat yang mengurangkan langkah-langkah kuantitatifnya.
Dr Nazri juga berkata, empat pemangkin utama yang dijangka menggerakkan pasaran tempatan, dalam tempoh terdekat, dengan kemasukan dana asing yang semakin meningkat, berita mengenai kemungkinan penggabungan MRCB-IJML, UEMLand-Sunrise dan Maybank-OSK selain tawaran awam permulaan Petronas Chemicals Group.
"Berdasarkan carta, kami mendapati kedudukan teknikal FMKLCI semakin meningkat dengan sasaran serta-merta yang berikut ditambat pada 1,520 mata," katanya.
Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran bergerak dalam jajaran kecil namun ditutup tinggi pada Jumaat dengan sentimen meningkat susulan rali di Wall Street serta minat belian yang kukuh saham-saham mewah.
Pasaran ditutup pada Rabu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Mengikut perbandingan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI ditutup 6.24 mata lebih tinggi pada 1,506.05 berbanding 1,499.81 sebelumnya.
Indeks Kewangan susut 60.13 mata kepada 13,756.48, Indeks Perladangan susut 13.02 mata kepada 7,758.74 namun Indeks Perusahaan menokok 15.94 mata kepada 2,875.52.
Indeks FMB Emas meningkat 34.57 mata kepada 10,212.41, FBM 70 menokok 69.28 mata kepada 10,469.59 namun Indeks FBM Ace berkurangan 70.43 mata kepada 4,584.41.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 4.56 bilion saham bernilai RM6.166 bilion, berbanding 8.204 bilion saham bernilai RM11.334 bilion, yang diurusniagakan minggu lepas.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 3.932 bilion unit, bernilai RM6.006 bilion, berbanding 7.067 bilion unit bernilai RM11.048 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 330.090 juta saham, bernilai RM104.408 juta, berbanding 566.774 juta saham, bernilai RM150.52 juta direkodkan minggu lepas.
Waran berkurangan kepada 280.945 juta unit bernilai RM50.685 juta berbanding 577.634 juta unit, bernilai RM117.75 juta yang direkodkan sebelumnya.
- Bernama

No comments:

Post a Comment