...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Tuesday, May 25, 2010

Bursa Malaysia terus lemah pada penutup

KUALA LUMPUR 24 Mei- Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah bagi tujuh hari dagangan berturut-turut berikutan tekanan jualan, apabila para pelabur terus mengurangkan pegangan mereka di tengah-tengah keadaan tidak menentu dalam pasaran global, kata para peniaga.Pada 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 12.04 mata atau 0.94 peratus untuk ditutup kepada 1,273.69, tinggi sedikit daripada paras rendah harian pada 1,264.11, berikutan jualan berterusan saham mewah utama diterajui Sime Darby.Ia dibuka 2.77 mata lebih rendah pada 1,282.96. Para peniaga berkata spekulasi bahawa krisis hutang Eropah akan mencetuskan satu lagi krisis pasaran kredit global, telah menjejaskan sentimen belian dalam pasaran tempatan. Indeks FBM Emas turun 63.58 mata untuk ditutup kepada 8,562.09, Indeks FBM70 susut 13.23 mata kepada 8,409.80 dan Indeks FBM Ace berkurangan 41.41 mata kepada 3,795.32. Sementara itu Indeks Kewangan jatuh 78.03 mata kepada 11,512.85, Indeks Perusahaan berkurangan 35.75 mata kepada 2,576.88 dan Indeks Perladangan susut 73.12 mata kepada 6,016.61. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 415 berbanding 252 manakala 285 kaunter tidak berubah, 447 tidak diniagakan dan 55 yang lain digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 662.439 juta saham bernilai RM1.287 bilion daripada 886.436 juta saham bernilai RM1.764 bilion yang diniagakan pada Jumaat lepas. Di kalangan kaunter cergas, Talam Corporation tidak berubah pada 14 sen, manakala Kumpulan Europlus naik sembilan sen kepada 62.5 sen.Sime Darby turun 27 sen kepada RM7.81, CIMB Group susut empat sen kepada RM6.82 manakala Berjaya Corporation meningkat enam sen kepada RM1.56. Perolehan dagangan Pasaran ACE turun kepada 54.074 juta saham bernilai RM8.410 juta daripada 77.112 juta unit bernilai RM11.290 juta sebelumnya. Waran juga susut kepada 38.253 juta saham bernilai RM5.542 juta daripada 53.555 juta saham bernilai RM6.440 juta pada Jumaat minggu lepas. Barangan pengguna menyumbang 24.880 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 78.345 juta, pembinaan 39.112 juta, perdagangan dan perkhidmatan 185.347 juta, teknologi 32.164 juta, prasarana 6.479 juta, kewangan 64.707 juta, hotel 3.784 juta, harta 103.242 juta, perladangan 19.221 juta, perlombongan 18,000, REITs 1.420 juta dan dana tertutup 51,000.
- Bernama

No comments:

Post a Comment