...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, May 24, 2010

Harga saham dijangka alami pembetulan

KUALA LUMPUR 23 Mei - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka menjalani lebih banyak pembetulan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, di celah-celah ketidaktentuan pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat dan krisis hutang zon euro, kata para peniaga. "Unjuran tidak menentu dan kita mungkin melihat satu lagi pusingan pembetulan," kata Ketua Inter-Pacific Research, Anthony Dass. "Kebimbangan utama ialah krisis Eropah dengan pelabur berwaspada bahawa kadar pemulihan ekonomi akan perlahan apabila kerajaan bertindak balas terhadap krisis hutang itu dengan pemotongan perbelanjaan," katanya. Selain Eropah, data pengangguran AS yang lebih tinggi dan indeks petunjuk ekonomi yang menganggarkan pertumbuhan ekonomi negara itu di masa depan, yang lebih rendah dari jangkaan, telah mengakibatkan kebimbangan dalam pasaran tempatan, kata Anthony."Berdasarkan kelemahan sekarang, aliran itu akan berterusan buat sementara waktu, tetapi saya percaya pasaran akan pulih selepas itu," katanya.
Menurut para peniaga, bursa tempatan akan melihat sedikit pemulihan teknikal minggu depan selepas berada dalam zon negatif selama enam hari berturut-turut. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI), mengakhiri minggu lebih rendah, hampir mencecah paras paling rendah lima bulan, selaras dengan kelemahan pada pasaran serantau, yang menyaksikan Indeks MSCI Asia Pacific jatuh kepada tahap paling rendah sembilan bulan pada Jumaat. "Sementara sentimen pelabur tempatan akan didorong oleh trend luar, apa-apa perubahan dalam bursa tempatan dijangka kurang daripada bursa lain di rantau ini," kata Anthony sambil menambah asas-asas pasaran tempatan masih positif dan akan membantu menampung kerugian lanjut. Aktiviti mencari untung, terutamanya pada saham modal kecil dan sederhana, akan terus menyokong pasaran, katanya. Apa-apa laporan terbaharu mengenai cadangan gabungan dan aktiviti pengambilalihan akan memberi petunjuk lanjut kepada bursa, kata para peniaga. Sementara itu, Lembaga Pengarah EON Capital Bhd (EONCap) telah bersetuju untuk membentangkan cadangan pengambilan alih oleh Hong Leong Bank Bhd. (HLBank) bagi aset dan liabilitinya untuk pertimbangan pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan tidak lama lagi. EONCap berkata, tawaran RM5.06 bilion (HLBank) itu adalah untuk kepentingan syarikat. Ia mencapai keputusan itu selepas mempertimbangkan surat pendapat daripada Credit Suisse dan nasihat daripada penasihat kewangan antarabangsanya Goldman Sachs (Singapore) Pte. Ltd. dan semua aspek berkaitan cadangan penjualan itu. KLCI minggu depan dijangka melihat paras rintangan pada 1,285 mata dan sokongan pada 1,200 mata. Pada minggu baru berakhir, pasaran menyaksikan penyenaraian Masterskill Education Group Bhd. pada 18 Mei. Saham kolej kejururawatan swasta terbesar negara itu mengakhiri minggu satu sen lebih rendah pada RM3.82 dengan 3.677 juta saham diniagakan. Pada asas Jumaat ke Jumaat, indeks penanda aras FBM KLCI susut 53.57 mata kepada 1,285.73 daripada 1,339.3. Indeks Kewangan susut 520.17 mata kepada 11,590.88, Indeks Perusahaan merosot 88.07 mata kepada 2,612.63 dan Indeks Perladangan 335.74 mata lebih rendah pada 6,089.73. Indeks FBM Emas jatuh 390.07 mata kepada 8,625.67, Indeks FBM100 susut 370.11 mata kepada 8,407.18, FBM70 jatuh 447.86 mata kepada 8,423.03 dan FBM ACE merosot 177.38 mata kepada 3,836.73. Jumlah dagangan mingguan merosot sedikit kepada 3.757 bilion saham bernilai RM6.735 bilion daripada 3.842 bilion saham bernilai RM5.712 bilion minggu depan. Jumlah dagangan pada Pasaran Utama, bagaimanapun, meningkat kepada 3.145 bilion saham bernilai RM6.605 bilion daripada 2.987 bilion saham bernilai RM5.505 bilion sebelum ini. Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 338.709 juta saham bernilai RM45.906 juta daripada 415.975 juta saham bernilai RM76.978 juta minggu lepas. Jumlah dagangan waran jualan merosot kepada 214.356 juta unit bernilai RM31.875 juta daripada 371.157 juta unit bernilai RM61.021 juta sebelumnya. - Bernama

No comments:

Post a Comment