...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, May 14, 2010

Pertumbuhan ekonomi kukuh saham ditutup teguh

KUALA LUMPUR 13 Mei - Harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan pada paras lebih teguh apabila pelabur menambah pegangan masing-masing berikutan laporan tentang data-data pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh pada 10.1 peratus bagi suku pertama, kata peniaga. Pada akhir dagangan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 2.82 mata kepada 1,346.92, sebahagian besarnya didorong oleh kenaikan di kaunter Maybank.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata hari ini pertumbuhan 10.1 peratus itu menandakan prestasi suku pertama tertinggi sejak 2000 yang mencapai paras 11.7 peratus ketika itu. Ekoran itu, keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun ini telah disemak naik kepada enam peratus, katanya. Pada penutupan dagangan, Indeks Kewangan naik 68.83 mata kepada 12,121.35 dan Indeks perusahaan menokok 0.89 mata kepada 2,743.82 manakala Indeks Perladangan susut 17.88 mata kepada 6,417.73. Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 396 berbanding 253 manakala 285 kaunter tidak berubah, 443 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan bertambah kepada 905.772 juta saham bernilai RM1.04 bilion daripada 666.761 juta saham bernilai RM934.413 juta semalam.Di Bursa Malaysia, kaunter yang mencatat kenaikan terbesar, DFZ Capital dan Fraser & Neave Holdings, meningkat 22 sen setiap satu, masing-masing kepada RM4.20 dan RM11.30, manakala United Malacca mengukuh 20 sen kepada RM8.02. Antara saham cergas, Advance Information turun 6.5 sen kepada 16 sen, Transmile Group naik 14 sen kepada 50 sen dan Maxbiz Corp susut dua sen kepada 23.5 sen. Jumlah dagangan bertambah kepada 654.607 juta saham bernilai RM969.554 juta daripada 506.282 juta saham bernilai RM905.493 juta semalam. Pasaran ACE menyaksikan peningkatan jumlah dagangan kepada 145.322 juta saham bernilai RM25.387 juta daripada 62.07 juta saham bernilai RM14.218 juta sebelumnya. Bagaimanapun, waran susut kepada 79.484 juta unit bernilai RM14.857 juta daripada 94.802 juta unit bernilai RM14.057 juta. Barangan pengguna menguasai 66.497 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 90.552 juta, pembinaan 35.493 juta, perdagangan dan perkhidmatan 298.105 juta, teknologi 22.921 juta, prasarana 8.247 juta, kewangan 49.859 juta, hotel 8.974 juta, harta 66.986 juta, perladangan 6.039 juta, perlombongan 5,000, REIT 890,400, dan dana tertutup 38,900. - Bernama

No comments:

Post a Comment