...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, May 31, 2010

Pelabur dijangka jauhi pasaran

KUALA LUMPUR 30 Mei - Harga saham dijangka bergerak dalam jajaran kecil minggu ini dengan pelabur kekal berhati-hati berikutan krisis hutang Eropah, kata para peniaga. Mereka berkata, sebilangan pelabur masih menjauhi pasaran di celah-celah ketiadaan petunjuk baharu dan ketidaktentuan di pasaran global. "Unjuran jangka pendek kekal lembap. Faktor-faktor luaran memberi risiko," terang salah seorang peniaga. Menurut seorang lagi peniaga, aktiviti mencari untung akan berterusan minggu ini kerana penjualan agresif baru-baru ini telah memberi peluang kepada pencari untung untuk membeli saham-saham bernilai pada harga yang menarik. "Aktiviti mencari untung, terutamanya pada saham kecil dan sederhana, akan memberi sokongan kepada pasaran," katanya. Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dijangka bergerak antara 1,248 mata dan 1,292 mata minggu depan. Pada minggu baru berakhir, pasaran tempatan bermula lemah dengan indeks utama jatuh ke tahap paling rendah enam bulan. Bagaimanapun, aktiviti mencari untung pada Khamis, membantu melonjakkan indeks untuk mengakhiri minggu dengan lebih tinggi. Pada minggu itu juga, pasaran melihat penyenaraian Sarawak Cable Bhd. di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Harga saham mengakhiri minggu tiga sen lebih tinggi pada 73 sen dengan 42,274 lot didagangkan.
Pasaran ditutup pada Jumaat untuk perayaan Hari Wesak. Pada asas Jumaat ke Khamis, indeks penanda aras FBM KLCI jatuh 16.57 mata kepada 1,269.16 dari 1,285.73. Indeks FBM Emas susut 83.91 mata kepada 8,541.76, FBM ACE jatuh 41.43 mata kepada 3,795.30 dan FBM70 merosot 4.35 mata kepada 8,418.68.
Indeks Kewangan jatuh 169.72 mata kepada 11,421.16, Indeks Perladangan merosot 129.55 mata kepada 5,960.18 dan Indeks Perusahaan jatuh 55.11 mata kepada 2,557.52. Jumlah dagangan jatuh sedikit kepada 3.397 bilion saham bernilai RM6.423 bilion daripada 3.757 bilion saham bernilai RM6.735 bilion Jumaat lepas. Jumlah dagangan Pasaran Utama jatuh kepada 2.928 bilion saham bernilai RM6.331 bilion daripada 3.145 bilion saham bernilai RM6.605 bilion sebelum ini. Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 210.148 juta saham bernilai RM31.283 juta berbanding 338.709 juta saham bernilai RM45.906 juta Jumaat sebelumnya. Waran panggilan lebih rendah pada 213.198 juta saham bernilai RM24.263 juta daripada 214.356 juta unit bernilai RM31.875 juta sebelum ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment