KUALA LUMPUR 30 Jun - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih
rendah hari ini, sambil menjejaki prestasi global yang lesu, kata para
peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) telah mengurangkan
kerugian pada awal sesi, dengan merosot 5.82 mata kepada 1,314.02,
selepas dibuka merosot 10.66 mata kepada 1,309.18. Semasa sesi dagangan hari ini, indeks utama mencatatkan paras
terendah harian 1,306 mata dan ketinggian harian 1,316.36.Indeks
Perladangan turun 25.08 mata kepada 6,224.39. Indeks Kewangan turun 37.37 mata kepada 11,868.47, Indeks Perusahaan
turun 12.63 mata kepada 2,627.45, Indeks FBM Emas juga turun 30.99 mata
kepada 8,863.39 dan FBM70 rugi 24.01 mata kepada 8,861.16 Indeks FBM Ace
menokok 18.16 mata kepada 3,801.36. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 343 kepada 267
manakala 259 kaunter tidak berubah, 495 tidak diniagakan dan 26 yang
lain digantung. Jumlah dagangan keseluruhan ialah 563.544 juta saham bernilai
RM987.655 juta, yang turun 741.319 juta saham bernilai RM1.059 bilion
semelam. Dagangan tertinggi diterajui Sinotop-OR turun 2.0 sen kepada 10 sen,
Green Packet-Waran turun 0.5 sen kepada 44.5 sen manakala Kumpulan
Europlus menokok 7.0 sen kepada 97.5 sen. Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun 3.0 sen kepada RM7.56
manakala CIMB dan Maxis turun 4.0 sen setiap satu masing-masing kepada
RM7.00 dan RM5.28. Perolehan di Pasaran Utama merosot kepada 510.488 juta saham bernilai
RM978.305 juta daripada 669.924 juta saham bernilai RM1.047 bilion
semalam. Waran merosot kepada 20.662 juta unit bernilai RM2.393 juta daripada
33.678 juta unit bernilai RM4.442 juta yang dicatat semalam.Pasaran ACE
turun kepada 27.765 juta saham bernilai RM3.853 juta daripada 32.957
juta saham bernilai RM4.979 juta sebelum ini. Produk pengguna mencatatkan 92.219 juta saham diniagakan di Pasaran
Utama, produk perusahaan 60.959 juta, pembinaan 60.772 juta, dagang dan
perkhidmatan 159.085 juta, teknologi 45.506 juta, prasarana 7.832 juta,
kewangan 40.137 juta, hotel 1.040 juta, hartanah 29.725 juta,
perladangan 11.170 juta, perlombongan 10,000, REIT 1.968 juta dan dana
tertutup 60,600.
- Bernama
No comments:
Post a Comment