...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, July 9, 2010

Bursa kukuh seiring pasaran Wall Street

KUALA LUMPUR 8 Julai - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini dengan para pelabur mengambil petunjuk daripada trend menaik yang kukuh dalam prestasi semalaman Wall Street, kata para peniaga. Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM) Kuala Lumpur yang dibuka 2.87 mata lebih tinggi pada 1,314.62, naik 4.28 mata kepada 1,316.03 berbanding penutup semalam iaitu 1,311.75.Para peniaga berkata indeks utama dirangsang oleh perolehan yang dicatatkan oleh konglomerat Sime Darby sebanyak lapan sen kepada RM7.72 dan CIMB lima sen kepada RM7.05. Di  pasaran tempatan, terdapat banyak lagi ruang untuk keyakinan pasaran dan paras sokongan untuk indeks utama ialah pada 1,300 dan halangan 1,320, kata peniaga itu. Indeks Perusahaan menokok 12.02 mata kepada 2,601.27, Indeks Perladangan menambah 3.47 mata kepada 6,249.78 dan Indeks Kewangan lebih tinggi 52.2 mata kepada 11,892.76. Indeks FBM Emas menokok 33.12 mata kepada 8,878.09, Indeks FBM70 meningkat 54.98 mata kepada 8,887.03 dan Indeks FBM Ace menambah 12.48 mata kepada 3,769.85. Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 365 berbalas 242 sementara 275 kaunter tidak berubah, 478 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan turun kepada 532.634 juta saham tetapi nilai mengembang kepada RM971.134 juta berbanding 539.611 juta saham bernilai  RM919.148 juta semalam. Antara saham aktif, Sunway REIT kerugian 1.5 sen kepada 88.5 sen, Sinotop OR turun satu sen kepada satu sen, SAAG Consolidated naik setengah sen kepada lapan sen dan PJI Holding  lebih rendah setengah sen kepada 12 sen. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 489.382 juta saham bernilai RM963.515 juta berbanding 478.591 juta saham bernilai RM907.679 juta semalam. Perolehan dagangan di Pasaran ACE, bagaimanapun susut kepada 26.461 juta unit bernilai RM3.996 juta daripada 45.947 juta unit bernilai RM8.967 juta. Waran pula lebih tinggi pada 14.23 juta bernilai RM1.706 juta daripada 12.334 juta bernilai RM1.295 juta. Produk-produk pengguna menguasai 60.245 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 71.833 juta, pembinaan 34.817 juta, urus niaga dan perkhidmatan 145.605 juta, teknologi 18.711 juta, infrastruktur 8.599 juta, kewangan 32.566 juta, perhotelan 525,400, hartanah 26.136 juta, perladangan 16.687 juta, perlombongan 28,000, REIT 73.527 dan dana tertutup 103,700. - Bernama

No comments:

Post a Comment