KUALA LUMPUR 18 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka
meningkat minggu depan berikutan rasa optimis pelabur terhadap bursa
tempatan, ditambah pula data korporat yang positif serta inisiatif
kerajaan untuk merancakkan ekonomi, kata para peniaga. Ketua Penyelidikan MIMB Investment Bank Bhd. Chan Ken Yew berkata,
pada masa ini, tersebar banyak berita mengenai penswastaan yang
memastikan kadar faedah positif. Katanya, minat pelabur dijangka tertumpu kepada sektor makanan dan
minuman serta sektor peruncitan. "Pada minggu depan, minat dijangka akan terhad kepada kaunter
bermodal kecil dan sederhana. Kita akan turut melihat kepada pelaburan
pusingan," katanya kepada Bernama. Ken Yew berkata, kaunter yang dipacu pengguna kemungkinan menjadi
sumber pertumbuhan. "Malaysia kini menjadi ekonomi yang dipacu penggunaan awam. Kini, ia
mencatatkan kira-kira 33 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.
Kita juga mempunyai penduduk yang masih muda yang kemungkinan menjadi
pengguna," katanya. Mengenai faktor luaran, katanya kesan secara langsung terhadap negara
ini dijangka minimum kerana Bursa Malaysia agak berdaya tahan
berbanding dengan bursa serantau yang lain. Beliau menjangka tahap sokongan pada minggu depan dijangka pada paras
1,300 dan paras halangan pada paras 1,350. Ken Yew berkata, langkah kerajaan mengurangkan subsidi secara
berperingkat-peringkat kemungkinan menambah baik ekonomi negara ini di
masa depan. Pada Khamis, kerajaan telah mengurangkan subsidi petrol, diesel, gas
petroleum cecair dan gula sebagai sebahagian daripada strateginya untuk
menghapuskan subsidi secara berperingkat-peringkat. Bagi minggu baru berakhir, FBM KLCI meningkat 2.57 mata kepada
1,336.65. Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 12.34 mata kepada
1,336.65 berbanding dengan 1,324.31 sebelum ini. Indeks FBM Emas melonjak 117.55 mata kepada 9,048.43, FBM70 menokok
157.23 mata kepada 9,085.5 dan Indeks FBM Ace meningkat 2.88 mata kepada
3,764.61. Indeks Kewangan meningkat 148.94 mata kepada 12,100.61, Indeks
Perladangan meningkat 15.56 mata kepada 6,289.50 dan Indeks Perusahaan
meningkat 21.18 mata kepada 2,655.03. Jumlah dagangan bagi minggu ini meningkat kepada 3.40 bilion saham
bernilai RM5.94 bilion daripada 2.81 bilion saham bernilai RM5.02 bilion
pada minggu lepas. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.10 bilion unit
bernilai RM5.88 bilion daripada 2.50 bilion unit bernilai RM4.96 bilion
sebelum ini. Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 143.06 juta saham bernilai
RM19.08 juta daripada 207.64 juta saham bernilai RM37.02 juta pada
Jumaat lepas. Waran melonjak kepada 131.56 juta unit bernilai RM21.99 juta daripada
83.08 juta unit bernilai RM9.95 juta sebelum ini. -Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Monday, July 19, 2010
Monday, July 19, 2010
Harga Saham Dijangka Tinggi
KUALA LUMPUR 18 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka
meningkat minggu depan berikutan rasa optimis pelabur terhadap bursa
tempatan, ditambah pula data korporat yang positif serta inisiatif
kerajaan untuk merancakkan ekonomi, kata para peniaga. Ketua Penyelidikan MIMB Investment Bank Bhd. Chan Ken Yew berkata,
pada masa ini, tersebar banyak berita mengenai penswastaan yang
memastikan kadar faedah positif. Katanya, minat pelabur dijangka tertumpu kepada sektor makanan dan
minuman serta sektor peruncitan. "Pada minggu depan, minat dijangka akan terhad kepada kaunter
bermodal kecil dan sederhana. Kita akan turut melihat kepada pelaburan
pusingan," katanya kepada Bernama. Ken Yew berkata, kaunter yang dipacu pengguna kemungkinan menjadi
sumber pertumbuhan. "Malaysia kini menjadi ekonomi yang dipacu penggunaan awam. Kini, ia
mencatatkan kira-kira 33 peratus daripada keluaran dalam negara kasar.
Kita juga mempunyai penduduk yang masih muda yang kemungkinan menjadi
pengguna," katanya. Mengenai faktor luaran, katanya kesan secara langsung terhadap negara
ini dijangka minimum kerana Bursa Malaysia agak berdaya tahan
berbanding dengan bursa serantau yang lain. Beliau menjangka tahap sokongan pada minggu depan dijangka pada paras
1,300 dan paras halangan pada paras 1,350. Ken Yew berkata, langkah kerajaan mengurangkan subsidi secara
berperingkat-peringkat kemungkinan menambah baik ekonomi negara ini di
masa depan. Pada Khamis, kerajaan telah mengurangkan subsidi petrol, diesel, gas
petroleum cecair dan gula sebagai sebahagian daripada strateginya untuk
menghapuskan subsidi secara berperingkat-peringkat. Bagi minggu baru berakhir, FBM KLCI meningkat 2.57 mata kepada
1,336.65. Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 12.34 mata kepada
1,336.65 berbanding dengan 1,324.31 sebelum ini. Indeks FBM Emas melonjak 117.55 mata kepada 9,048.43, FBM70 menokok
157.23 mata kepada 9,085.5 dan Indeks FBM Ace meningkat 2.88 mata kepada
3,764.61. Indeks Kewangan meningkat 148.94 mata kepada 12,100.61, Indeks
Perladangan meningkat 15.56 mata kepada 6,289.50 dan Indeks Perusahaan
meningkat 21.18 mata kepada 2,655.03. Jumlah dagangan bagi minggu ini meningkat kepada 3.40 bilion saham
bernilai RM5.94 bilion daripada 2.81 bilion saham bernilai RM5.02 bilion
pada minggu lepas. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.10 bilion unit
bernilai RM5.88 bilion daripada 2.50 bilion unit bernilai RM4.96 bilion
sebelum ini. Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 143.06 juta saham bernilai
RM19.08 juta daripada 207.64 juta saham bernilai RM37.02 juta pada
Jumaat lepas. Waran melonjak kepada 131.56 juta unit bernilai RM21.99 juta daripada
83.08 juta unit bernilai RM9.95 juta sebelum ini. -Bernama
No comments:
Post a Comment