KUALA LUMPUR 22 Julai - Jualan besar-besaran saham kewangan dan
perladangan di kaunter saham berwajaran tinggi, menyaksikan harga saham
di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini. Pelabur bimbang dan bersikap berhati-hati terhadap kenyataan
Pengerusi Rizab Persekutuan Ben Bernanke bahawa ekonomi Amerika Syarikat
(US) berhadapan dengan prospek "luar biasa tidak menentu". Ulasan
beliau dibuat semasa pelabur sudah sibuk dengan pemulihan ekonomi US
yang tertangguh, selain penyiaran keputusan "ujian stres" ke atas 91
bank Eropah, esok," kata seorang peniaga. Pada 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI)
ditutup 4.97 mata lebih rendah kepada 1,336.05, selepas dibuka dalam
jajaran kecil antara 1,332.92 dan 1,339.98 mata. Indeks FBM Emas turun 29.36 mata kepada 9,066.55, Indeks FBM Ace
turun 6.77 mata kepada 3,796.74 manakala Indeks FBM70 susut 18.98 mata
kepada 9,126.46.Indeks Kewangan turun 34.49 mata kepada 12,126.62,
Indeks Perusahaan susut 17.91 mata kepada 2,657.56 dan Indeks
Perladangan turun 9.24 mata kepada 6,336.61. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 388 berbanding 318
manakala 251 kaunter tidak berubah, 410 tidak diniagakan dan 27 lagi
digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 872.860 juta saham bernilai
RM1.145 bilion berbanding 874.875 juta saham bernilai RM1.268 bilion
semalam. Antara kaunter aktif, Kenmark meningkat 3.5 sen kepada 10 sen, Tatt
Giat yang baru disenaraikan menokok tiga sen kepada 61 sen manakala Ho
Wah menambah setengah sen kepada 16 sen. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 781.394 juta saham
bernilai RM1.128 bilion berbanding 770.316 juta saham bernilai RM1.243
bilion semalam. Perolehan jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 58.147 juta
saham bernilai RM11.421 juta berbanding 57.443 juta unit bernilai
RM16.664 juta yang direkodkan pada Rabu.Waran berkurangan kepada 30.759
juta saham bernilai RM4.573 juta berbanding 42.123 juta saham bernilai
RM6.675 juta semalam. Barangan pengguna menyumbang sejumlah 168.942 juta saham yang
diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 203.507 juta, pembinaan
64.362 juta, perdagangan dan perkhidmatan 180.691 juta, teknologi
30.012 juta, infrastruktur 15.064 juta, kewangan 28.215 juta, hotel
709,500, hartanah 69.579 juta, perladangan 10.981 juta, perlombongan
tiada, REIT 9.190 juta dan dana tertutup 136,300. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Friday, July 23, 2010
Friday, July 23, 2010
Jualan besar-besaran Bursa lemah
KUALA LUMPUR 22 Julai - Jualan besar-besaran saham kewangan dan
perladangan di kaunter saham berwajaran tinggi, menyaksikan harga saham
di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini. Pelabur bimbang dan bersikap berhati-hati terhadap kenyataan
Pengerusi Rizab Persekutuan Ben Bernanke bahawa ekonomi Amerika Syarikat
(US) berhadapan dengan prospek "luar biasa tidak menentu". Ulasan
beliau dibuat semasa pelabur sudah sibuk dengan pemulihan ekonomi US
yang tertangguh, selain penyiaran keputusan "ujian stres" ke atas 91
bank Eropah, esok," kata seorang peniaga. Pada 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI)
ditutup 4.97 mata lebih rendah kepada 1,336.05, selepas dibuka dalam
jajaran kecil antara 1,332.92 dan 1,339.98 mata. Indeks FBM Emas turun 29.36 mata kepada 9,066.55, Indeks FBM Ace
turun 6.77 mata kepada 3,796.74 manakala Indeks FBM70 susut 18.98 mata
kepada 9,126.46.Indeks Kewangan turun 34.49 mata kepada 12,126.62,
Indeks Perusahaan susut 17.91 mata kepada 2,657.56 dan Indeks
Perladangan turun 9.24 mata kepada 6,336.61. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 388 berbanding 318
manakala 251 kaunter tidak berubah, 410 tidak diniagakan dan 27 lagi
digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 872.860 juta saham bernilai
RM1.145 bilion berbanding 874.875 juta saham bernilai RM1.268 bilion
semalam. Antara kaunter aktif, Kenmark meningkat 3.5 sen kepada 10 sen, Tatt
Giat yang baru disenaraikan menokok tiga sen kepada 61 sen manakala Ho
Wah menambah setengah sen kepada 16 sen. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 781.394 juta saham
bernilai RM1.128 bilion berbanding 770.316 juta saham bernilai RM1.243
bilion semalam. Perolehan jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 58.147 juta
saham bernilai RM11.421 juta berbanding 57.443 juta unit bernilai
RM16.664 juta yang direkodkan pada Rabu.Waran berkurangan kepada 30.759
juta saham bernilai RM4.573 juta berbanding 42.123 juta saham bernilai
RM6.675 juta semalam. Barangan pengguna menyumbang sejumlah 168.942 juta saham yang
diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 203.507 juta, pembinaan
64.362 juta, perdagangan dan perkhidmatan 180.691 juta, teknologi
30.012 juta, infrastruktur 15.064 juta, kewangan 28.215 juta, hotel
709,500, hartanah 69.579 juta, perladangan 10.981 juta, perlombongan
tiada, REIT 9.190 juta dan dana tertutup 136,300. - Bernama
No comments:
Post a Comment