KUALA LUMPUR 25 Julai - Harga saham di Bursa
Malaysia dijangka meningkat minggu depan menguji paras 1,350 mata dengan
pelabur runcit sebagai peserta utama dalam pasaran, kata para peniaga. Pong Teng Siew daripada Jupiter Securities Sdn. Bhd. berkata, harga
komoditi tinggi, seperti minyak sawit, akan menyokong kaunter berkaitan
perladangan dan memberikan rangsangan kepada pasaran.Menurutnya, antara kaunter yang dijangka mendapat perhatian minggu
depan ialah Sime Darby, IOI Corp dan Kuala Lumpur Kepong. Kenaikan itu juga akan disokong oleh saham bank, yang baru-baru ini
menyaksikan kekurangan minat meskipun Public Bank mencatatkan keuntungan
sebelum cukai tinggi sebanyak RM981.98 juta dalam suku keduanya di atas
pendapatan RM2.679 bilion, katanya. Saham perbankan lain seperti CIMB dan Hong Leong dijangka kekal
menjadi antara saham pilihan berikutan jangkaan pertumbuhan suku kedua
kukuh dalam industri tersebut, kata Teng Siew.Keputusan kewangan menggalakkan yang dicatatkan oleh DiGi juga merangsang beberapa minat belian dalam kaunter tersebut pada minggu ini.Seorang penganalisis lain berkata faktor-faktor luar seperti prestasi
di Wall Street dan pasaran saham serantau juga perlu diambil kira
kerana ia juga boleh menyediakan hala tuju kepada bursa tempatan. Pada Jumaat, bursa tempatan melantun semula sebagai memberi reaksi
kepada aliran meningkat di Wall Street, selepas para pelabur agak
berhati-hati pada Khamis terhadap kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan
AS Ben Bernanke bahawa ekonomi AS berdepan dengan prospek "tidak menentu
yang luar biasa". "Pasaran tempatan berada dalam sentimen neutral dan bergerak menghala ke arah positif. Sebarang pengunduran dijangka terhad
dengan sokongan indeks utama dilihat pada paras 1,340 mata dan paras
ketahanan pada 1,350 mata," kata penganalisis itu. Bagi minggu yang baru berakhir ini, FBM KLCI utama meningkat sebanyak
9.63 mata kepada 1,345.68. Menurut para peniaga, ia merupakan minggu
yang baik bagi penyenaraian baharu. EA Holdings Bhd, syarikat pegangan pelaburan, pengurusan dan
perkhidmatan perundingan memulakan dagangan sulungnya pada 20 Julai pada
45 sen, di mana premium 20 sen mengatasi harga tawarannya pada 25 sen.
Saham tersebut ditutup tinggi minggu ini pada 70 sen. Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 9.03 mata kepada
1,345.68 daripada 1,336.65 sebelumnya. Indeks FBM Emas naik 78.14 mata kepada 9,126.57, FBM70 meningkat
77.44 mata kepada 9,162.94 dan Indeks FBM Ace menokok 51.40 mata kepada
3,816.01. Indeks Kewangan menambah 86.51 mata kepada 12,187.12, Indeks
Perladangan menokok 90.59 mata kepada 6,380.09 dan Indeks Perusahaan
naik 12.69 mata kepada 2,667.72. Jumlah dagangan bagi minggu ini naik kepada 4.175 bilion saham
bernilai RM6.527 bilion daripada 3.4 bilion saham bernilai RM5.937
bilion minggu sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.237 bilion saham
bernilai RM6.384 bilion daripada 3.101 bilion saham bernilai RM5.879
bilion sebelumnya. Jumlah dagangan Pasaran Ace menokok kepada 273.18 juta saham bernilai
RM216.745 juta daripada 143.064 juta saham bernilai RM19.081 juta pada minggu sebelumnya. Waran naik kepada 176.124 juta unit bernilai RM29.516 juta daripada
131.56 juta unit bernilai RM21.985 juta sebelumnya. - BERNAMA
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Monday, July 26, 2010
Monday, July 26, 2010
Harga saham uji paras 1,350 mata
KUALA LUMPUR 25 Julai - Harga saham di Bursa
Malaysia dijangka meningkat minggu depan menguji paras 1,350 mata dengan
pelabur runcit sebagai peserta utama dalam pasaran, kata para peniaga. Pong Teng Siew daripada Jupiter Securities Sdn. Bhd. berkata, harga
komoditi tinggi, seperti minyak sawit, akan menyokong kaunter berkaitan
perladangan dan memberikan rangsangan kepada pasaran.Menurutnya, antara kaunter yang dijangka mendapat perhatian minggu
depan ialah Sime Darby, IOI Corp dan Kuala Lumpur Kepong. Kenaikan itu juga akan disokong oleh saham bank, yang baru-baru ini
menyaksikan kekurangan minat meskipun Public Bank mencatatkan keuntungan
sebelum cukai tinggi sebanyak RM981.98 juta dalam suku keduanya di atas
pendapatan RM2.679 bilion, katanya. Saham perbankan lain seperti CIMB dan Hong Leong dijangka kekal
menjadi antara saham pilihan berikutan jangkaan pertumbuhan suku kedua
kukuh dalam industri tersebut, kata Teng Siew.Keputusan kewangan menggalakkan yang dicatatkan oleh DiGi juga merangsang beberapa minat belian dalam kaunter tersebut pada minggu ini.Seorang penganalisis lain berkata faktor-faktor luar seperti prestasi
di Wall Street dan pasaran saham serantau juga perlu diambil kira
kerana ia juga boleh menyediakan hala tuju kepada bursa tempatan. Pada Jumaat, bursa tempatan melantun semula sebagai memberi reaksi
kepada aliran meningkat di Wall Street, selepas para pelabur agak
berhati-hati pada Khamis terhadap kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan
AS Ben Bernanke bahawa ekonomi AS berdepan dengan prospek "tidak menentu
yang luar biasa". "Pasaran tempatan berada dalam sentimen neutral dan bergerak menghala ke arah positif. Sebarang pengunduran dijangka terhad
dengan sokongan indeks utama dilihat pada paras 1,340 mata dan paras
ketahanan pada 1,350 mata," kata penganalisis itu. Bagi minggu yang baru berakhir ini, FBM KLCI utama meningkat sebanyak
9.63 mata kepada 1,345.68. Menurut para peniaga, ia merupakan minggu
yang baik bagi penyenaraian baharu. EA Holdings Bhd, syarikat pegangan pelaburan, pengurusan dan
perkhidmatan perundingan memulakan dagangan sulungnya pada 20 Julai pada
45 sen, di mana premium 20 sen mengatasi harga tawarannya pada 25 sen.
Saham tersebut ditutup tinggi minggu ini pada 70 sen. Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 9.03 mata kepada
1,345.68 daripada 1,336.65 sebelumnya. Indeks FBM Emas naik 78.14 mata kepada 9,126.57, FBM70 meningkat
77.44 mata kepada 9,162.94 dan Indeks FBM Ace menokok 51.40 mata kepada
3,816.01. Indeks Kewangan menambah 86.51 mata kepada 12,187.12, Indeks
Perladangan menokok 90.59 mata kepada 6,380.09 dan Indeks Perusahaan
naik 12.69 mata kepada 2,667.72. Jumlah dagangan bagi minggu ini naik kepada 4.175 bilion saham
bernilai RM6.527 bilion daripada 3.4 bilion saham bernilai RM5.937
bilion minggu sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.237 bilion saham
bernilai RM6.384 bilion daripada 3.101 bilion saham bernilai RM5.879
bilion sebelumnya. Jumlah dagangan Pasaran Ace menokok kepada 273.18 juta saham bernilai
RM216.745 juta daripada 143.064 juta saham bernilai RM19.081 juta pada minggu sebelumnya. Waran naik kepada 176.124 juta unit bernilai RM29.516 juta daripada
131.56 juta unit bernilai RM21.985 juta sebelumnya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment