KUALA LUMPUR 4 Julai - Harga saham di Bursa
Malaysia kemungkinan diniagakan di dalam jajaran yang sempit pada minggu
depan dengan para pelabur dijangka terus berada di luar pasaran
berikutan kemunculan banyak berita negatif di dalam ekonomi global, kata
para peniaga. Dagangan kemungkinan kecil pada minggu depan berikutan wujud
kebimbangan mengenai keadaan ekonomi global, kata seorang peniaga. "Tidak terdapat berita positif pada masa ini dan ini akan berterusan
untuk melembapkan sentimen para pelabur. "Dengan meningkatnya kebimbangan mengenai keadaan ekonomi global,
laporan pekerjaan AS akan diawasi dengan teliti bagi melihat sama ada
wujud petunjuk baharu pada kekukuhan pemulihan ekonomi AS," kata peniaga
itu. Peniaga itu berkata, para pelabur turut bimbang mengenai ekonomi
China selepas rentak pertumbuhan pengeluaran China bertukar perlahan
pada Jun. Bagaimana pun, seorang peniaga lain berkata kerugian di Bursa
tempatan dapat disekat oleh pembelian berterusan oleh dana tempatan. "Para pelabur runcit dan dana asing akan terus mengurangkan pegangan
masing-masing tetapi kerugian akan terhad kepada sekongan dari dana
tempatan. Peniaga itu menjangka Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala
Lumpur (FBM KLCI) akan kekal pada paras 1,300 mata pada minggu depan di
tengah-tengah minat terhadap kaunter berkaitan penggunaan domestik. Saham yang diberi fokus ialah yang berkaitan pengguna, penjagaan kesihatan dan alat ganti auto yang berkaitan pengguna domestik," kata
peniaga itu. "Tahap sokongan dijangka pada paras 1,300 mata manakala halangan pada
paras 1,250. Para peniaga sepatutnya membuat jualan singkat indeks
hadapan, kumpul dengan memberikan kedudukan opsyen dan pegang
sekurang-kurangnya tiga bulan," kata peniaga itu. Bagi minggu yang baharu berakhir, FBM KLCI ditutup turun 1.32 mata
kepada 1,307.44. Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 19.01 mata kepada
1,307.44 berbanding dengan 1,326.45 sebelum ini. Indeks FBM Emas turun 133.98 mata kepada 8,822.07 daripada 8,956.05,
FBM70 turun 122.65 mata kepada 8,833.05 daripada 8,955.70 manakala
Indeks FBM Ace merosot 82.44 mata kepada 3,784.46 daripada 3,866.90. Indeks Kewangan rugi 74.16 mata kepada 11,872.23 daripada 11,946.39,
Indeks perladangan turun 113.37 mata kepada 6,183.28 daripada 6,296.65
manakala Indeks Perusahaan rugi 62.5 mata kepada 2,594.27 daripada
2,656.77. Sejumlah 3.024 bilion saham bernilai RM4.822 bilion diniagakan pada
minggu ini, yang turun daripada 3.596 bilion saham bernilai RM5.733
bilion sebelum ini. Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 2.698 bilion saham
bernilai RM4.763 bilion daripada 3.184 bilion saham bernilai RM5.643
bilion sebelum ini. Jumlah dagangan Pasaran ACE juga dicatatkan rendah kepada 161.644
juta saham bernilai RM22.126 juta daripada 240.092 juta saham bernilai
at RM40.142 juta. Waran panggilan meningkat kepada 135.217 juta unit bernilai RM16.527
juta daripada 131.467 juta unit bernilai RM21.059 juta sebelum ini. -
Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Monday, July 5, 2010
Monday, July 5, 2010
Harga saham dijangka dalam jajaran sempit
KUALA LUMPUR 4 Julai - Harga saham di Bursa
Malaysia kemungkinan diniagakan di dalam jajaran yang sempit pada minggu
depan dengan para pelabur dijangka terus berada di luar pasaran
berikutan kemunculan banyak berita negatif di dalam ekonomi global, kata
para peniaga. Dagangan kemungkinan kecil pada minggu depan berikutan wujud
kebimbangan mengenai keadaan ekonomi global, kata seorang peniaga. "Tidak terdapat berita positif pada masa ini dan ini akan berterusan
untuk melembapkan sentimen para pelabur. "Dengan meningkatnya kebimbangan mengenai keadaan ekonomi global,
laporan pekerjaan AS akan diawasi dengan teliti bagi melihat sama ada
wujud petunjuk baharu pada kekukuhan pemulihan ekonomi AS," kata peniaga
itu. Peniaga itu berkata, para pelabur turut bimbang mengenai ekonomi
China selepas rentak pertumbuhan pengeluaran China bertukar perlahan
pada Jun. Bagaimana pun, seorang peniaga lain berkata kerugian di Bursa
tempatan dapat disekat oleh pembelian berterusan oleh dana tempatan. "Para pelabur runcit dan dana asing akan terus mengurangkan pegangan
masing-masing tetapi kerugian akan terhad kepada sekongan dari dana
tempatan. Peniaga itu menjangka Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala
Lumpur (FBM KLCI) akan kekal pada paras 1,300 mata pada minggu depan di
tengah-tengah minat terhadap kaunter berkaitan penggunaan domestik. Saham yang diberi fokus ialah yang berkaitan pengguna, penjagaan kesihatan dan alat ganti auto yang berkaitan pengguna domestik," kata
peniaga itu. "Tahap sokongan dijangka pada paras 1,300 mata manakala halangan pada
paras 1,250. Para peniaga sepatutnya membuat jualan singkat indeks
hadapan, kumpul dengan memberikan kedudukan opsyen dan pegang
sekurang-kurangnya tiga bulan," kata peniaga itu. Bagi minggu yang baharu berakhir, FBM KLCI ditutup turun 1.32 mata
kepada 1,307.44. Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 19.01 mata kepada
1,307.44 berbanding dengan 1,326.45 sebelum ini. Indeks FBM Emas turun 133.98 mata kepada 8,822.07 daripada 8,956.05,
FBM70 turun 122.65 mata kepada 8,833.05 daripada 8,955.70 manakala
Indeks FBM Ace merosot 82.44 mata kepada 3,784.46 daripada 3,866.90. Indeks Kewangan rugi 74.16 mata kepada 11,872.23 daripada 11,946.39,
Indeks perladangan turun 113.37 mata kepada 6,183.28 daripada 6,296.65
manakala Indeks Perusahaan rugi 62.5 mata kepada 2,594.27 daripada
2,656.77. Sejumlah 3.024 bilion saham bernilai RM4.822 bilion diniagakan pada
minggu ini, yang turun daripada 3.596 bilion saham bernilai RM5.733
bilion sebelum ini. Jumlah dagangan di Papan Utama turun kepada 2.698 bilion saham
bernilai RM4.763 bilion daripada 3.184 bilion saham bernilai RM5.643
bilion sebelum ini. Jumlah dagangan Pasaran ACE juga dicatatkan rendah kepada 161.644
juta saham bernilai RM22.126 juta daripada 240.092 juta saham bernilai
at RM40.142 juta. Waran panggilan meningkat kepada 135.217 juta unit bernilai RM16.527
juta daripada 131.467 juta unit bernilai RM21.059 juta sebelum ini. -
Bernama
No comments:
Post a Comment