...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Tuesday, July 6, 2010

Tekanan jualan Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 5 Julai - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini selepas ditarik turun oleh tekanan jualan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, terutama saham kewangan dan perladangan, kata para peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) turun 7.94 mata untuk ditutup kepada 1,299.50. Ia dibuka turun 1.93 mata kepada 1,305.51. Seorang peniaga berkata prestasi lembap di Wall Street pada minggu lepas melembapkan kerancakan pasaran apabila para pelabur  bimbang mengenai kemajuan ekonomi global. Katanya kejatuhan saham perladangan adalah berikutan penurunan harga hadapan minyak sawit. Bagaimana pun, beliau berkata masih terdapat ruang bagi merasa optimis di dalam pasaran. Indeks Perusahaan merosot 31.75 mata kepada 2,562.52, Indeks Kewangan turun 63.65 mata kepada 11,808.58 dan Indeks Perladangan turun 8.06 mata kepada 6,175.22. Indeks FBM Emas turun 53.53 mata kepada 8,768.54, Indeks FBM Ace rugi 37.27 mata kepada 3,747.19 dan FBM70 merosot 59.24 mata kepada 8,773.81. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 425 kepada 182 manakala 270 kaunter kekal tidak berubah, 484 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung. Jumlah dagangan merosot kepada 449.510 juta saham bernilai RM717.915 juta daripada 626.192 juta saham bernilai RM974.284 juta Jumaat lepas. Di kalangan kaunter aktif, Sinotop-OR turun 1.5 sen kepada 3.0 sen,  Talam Corp turun 0.5 sen kepada 11.5 sen, Gamuda-Waran turun 5.5 sen kepada 97.5 sen dan Integrated Rubber Corp rugi 4.5 sen kepada 59.5 sen. Perolehan di Pasaran Utama turun kepada 390.352 juta saham bernilai RM708.012 juta daripada 553.291 juta saham bernilai RM960.760 juta Jumaat lepas. Pasaran ACE meningkat kepada 40.319 juta unit bernilai RM5.645 juta daripada 37.424 juta unit bernilai RM4.701 juta sebelum ini. Perolehan waran merosot kepada 15.030 juta saham bernilai RM1.597 juta daripada 28.022 juta unit bernilai RM3.168 juta. Produk pengguna mencatatkan 70.919 juta saham diniagakan di Pasaran Utama,  produk perusahaan 62.39 juta, pembinaan 49.889 juta, dagangan dan perkhidmatan 106.240 juta, teknologi  14.506 juta, prasarana 6.489 juta, kewangan 27.863 juta, hotel 556,700, hartanah 40.694 juta, perladangan 9.257 juta, perlombongan sifar, REIT 1.438 juta dan dana tertutup 111,500.
- Bernama

No comments:

Post a Comment