...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, December 22, 2010

Belian baru rangsang Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 21 Dis - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih kukuh hari ini, selepas dirangsang oleh pembelian baharu daripada para pelabur berikutan kemunculan berita korporat yang positif, yang termasuk beberapa tawaran pengambilalihan di dalam industri, kata para peniaga.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 9.3 mata kepada 1,505.18, yang ditolak naik oleh kenaikan harga dalam PLUS Expressways berikutan bidaan baharu ke-empat semalam yang melibatkan tawaran pengambilalihan RM26 bilion terhadap pengendali tol itu.
Selain itu, MTD Capital, yang turut menerima bidaan pengambilalihan RM1.1 bilion bagi kesemua sahamnya, adalah antara kaunter yang diminati hari ini.
Sebelum itu, FBM KLCI dibuka meningkat 2.47 mata kepada 1,498.35.Sepanjang hari ini, ia bergerak antara 1,497.81 dan 1,510.24.
Sementara itu, Indeks Kewangan melonjak 51.47 mata kepada 13,821.81, Indeks Perladangan meningkat 11.52 mata kepada 7,868.5 dan Indeks Perusahaan meningkat 9.56 mata kepada 2,798.37.
Indeks FBM Emas melonjak 77.989 mata kepada 10,300.47, Indeks FBM 70 meningkat 110.15 mata kepada 10,875.98, FBMT100 meningkat 70.63 mata kepada 10,040.41 dan Indeks FBM Ace meningkat 66.45 mata kepada 4,310.43.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 539 kepada 256, manakala 284 kaunter tidak berubah, 313 tidak diniaga dan 29 yang lain digantung.
Keseluruhan pasaran dicatatkan positif dengan jumlah dagangan meningkat kepada 1.361 bilion saham bernilai RM1.87 bilion berbanding dengan jumlah dagangan yang ditutup pada Isnin sebanyak 1.05 bilion saham bernilai RM1.6 bilion.
Di Pasaran Utama, jumlah dagangan meningkat kepada 1.094 bilion saham bernilai RM1.801 bilion berbanding 827.86 juta saham bernilai RM1.54 bilion semalam. Perolehan waran turut meningkat kepada 225.748 juta unit bernilai RM55.379 juta daripada 178.61 juta unit bernilai RM45.3 juta sebelum itu.
Perolehan di Pasaran ACE meningkat kepada 39.512 juta unit bernilai RM11.535 juta daripada jumlah dagangan 36.66 juta saham bernilai RM8.78 juta pada Isnin.
Kaunter aktif didahului oleh Hubline di mana sahamnya meningkat 2.5 sen kepada 23 sen manakala Time Dotcom meningkat 8.5 sen kepada 77 sen dan Petra Perdana menokok 13.5 sen kepada RM1.07.
Di kalangan saham berwajaran tinggi, PLUS Expressways meningkat 24 sen kepada RM4.60, Telekom menokok 16 sen kepada RM3.54 dan Genting meningkat 12 sen kepada RM10.46.- Bernama

No comments:

Post a Comment