...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, December 1, 2010

Jualan saham mewah Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 30 Nov - Harga-harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan pada paras lebih rendah hari ini ekoran tekanan jualan di kaunter-kaunter mewah terpilih termasuk Maybank, Sime Darby dan Genting, kata peniaga.
Pengukur pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia turun 10.72 mata, atau 0.7 peratus kepada 1,485.23.
Ia dibuka 1.17 mata lebih rendah pada 1,494.78 pagi tadi.Sepanjang hari ini, indeks utama itu bergerak di antara 1,485.23 dengan 1,497.50.
Seorang peniaga berkata meskipun muncul kegiatan mengambil untung, namun tiada jualan panik kerana pelabur institusi mencari nilai dalam saham-saham mewah yang mengalami kejatuhan baru-baru ini.
Indeks Kewangan susut 113.80 mata kepada 13,510.08 dan Indeks Perusahaan turun 25.57 mata kepada 2,833.23.
Indeks Perladangan, bagaimanapun, meningkat 16.95 mata kepada 7,665.22.
Indeks FBM Emas merosot 56.12 mata kepada 10,073.34 dan Indeks FBM Ace turun 61.39 mata kepada 4,214.90.Indeks FBM 70 naik 1.24 mata kepada 10,405.49.
Jumlah dagangan keseluruhan mengecil kepada 1.02 bilion saham bernilai RM2.06 bilion daripada 1.05 bilion saham bernilai RM1.93 bilion.
Saham turun mengatasi saham naik dengan jumlah 465 berbanding 299 manakala 259 kaunter tidak berubah.
Antara kaunter cergas, Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM5.35 dan KNM Group hilang sesen kepada 53 sen.SAAG Consolidated menokok setengah sen kepada 7.5 sen.
Jumlah waran yang diurus niaga susut kepada 50.87 juta unit bernilai RM9.37 juta daripada 61.96 juta unit bernilai RM9.77 juta sebelumnya.
Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 89.18 juta saham bernilai RM25.91 juta daripada 53.97 juta saham bernilai RM23.3 juta semalam.
Barangan pengguna menguasai 52.49 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 228.03 juta, pembinaan 48.89 juta, perdagangan dan perkhidmatan 322.93 juta, teknologi 13.56 juta, prasarana 14.14 juta, kewangan 56.72 juta, hotel 994,100, harta 96.26 juta, perladangan 29.51 juta, perlombongan 957,600, REIT 8.97 juta dan dana tertutup 188,000.
- Bernama

No comments:

Post a Comment