...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Thursday, December 30, 2010

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 29 Dis - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini apabila para pelabur terus membeli saham berwajaran tinggi terpilih, yang memberi isyarat kemungkinan rali pratahun baru, kata para peniaga.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup meningkat 6.9 mata kepada 1,524.34, Indeks itu bergerak antara paras 1,520.19 dan 1,526.93 selepas dibuka pada paras 1,520.45. Paras paling tinggi dicapai indeks itu ialah 1,528.01, yang dicatatkan pada 10 Nov.
Indeks Kewangan meningkat 38.44 mata kepada 13,878.94, Indeks Perladangan meningkat 43.42 mata kepada 8,076.4 dan Indeks Perusahaan meningkat 20.38 mata kepada 2,844.35.
Indeks FBM Emas meningkat 49.26 mata kepada 10,407.71, Indeks FBM 70 menokok 56.52 mata kepada 10,935.02 dan Indeks FBM Ace menokok 11.59 mata kepada 4,301.49.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 468 kepada 294 manakala 314 kaunter tidak berubah, 316 tidak diniaga dan 33 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 908.416 juta saham bernilai RM1.394 bilion daripada 822.881 juta unit bernilai RM1.22 bilion semalam.
Di Pasaran Utama, jumlah dagangan meningkat kepada 648.265 juta unit bernilai RM1.342 bilion daripada 617.653 juta saham bernilai RM1.178 bilion semasa penutup semalam.
Waran meningkat kepada 171.425 juta unit bernilai RM33.303 juta daripada 95.63 juta unit bernilai RM18.787 juta yang dicatatkan. Perolehan di Pasaran ACE merosot kepada 82.025 juta unit bernilai RM14.296 juta daripada 93.066 juta saham bernilai RM17.997 juta.
Kaunter paling untung ialah British American Tobacco yang meningkat hampir 2.0 peratus atau 60 sen kepada RM45.48, diikuti oleh Hap Seng Consolidated yang meningkat 37 sen kepada RM6.96 dan Tradewinds Plantation yang meningkat 31 sen kepada RM3.41.
Antara saham aktif, Maxbiz Corporation meningkat 14.5 sen kepada 23.5 sen, Tejari Technologies turun 3.0 sen kepada 16.5 sen dan Limahsoon menokok 2.5 sen kepada 4.0 sen.
Antara saham berwajaran tinggi, CIMB dan Petronas Chemicals turun 1.0 one sen setiap satu masing-masing kepada RM8.54 dan RM5.52 manakala Maybank menokok 6.0 sen kepada RM8.55.
Sime Darby meningkat 4.0 sen kepada RM8.81, Genting menokok 18 sen kepada RM11.16 dan Maxis menokok 3.0 sen kepada RM5.35. - Bernama

No comments:

Post a Comment