...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, December 27, 2010

Saham diniaga lebih kukuh minggu ini

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Harga saham di Bursa Malaysia kemungkinan diniagakan lebih kukuh pada minggu ini selepas dirangsang oleh aktiviti hiasan luar apabila sesetengah pelabur cuba mendapatkan saham lebih baik dan lebih bernilai pada minggu terakhir 2010, kata para peniaga.
Bagaimanapun, aliran masuk dana kemungkinan terhad kerana sesetengah pelabur telah pergi bercuti panjang seminggu mulai cuti Hari Krismas yang bermula Jumaat lalu, kata mereka.
Seorang peniaga berkata jika Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (FBM KLCI) berupaya melepasi paras halangan 1,525 dalam tempoh jangka pendek, kemungkinan trend menaik akan berterusan sehingga lewat minggu ini.
Pada akhir minggu lalu, FBM KLCI meningkat 11.7 mata kepada 1,511.58 berbanding dengan paras 1,499.88 semasa penutup pada minggu sebelumnya.
Bursa tempatan bermula minggu lalu dengan lembap sebelum meningkat berikutan beberapa berita positif daripada aktiviti korporat, yang termasuk usahasama DRB-Hicom dan Volkswagen.
Sementara itu, pada Isnin, PLUS Expressways Bhd. menerima bidaan pengambil alihan keempat berjumlah RM26 bilion daripada Jelas Ulung Sdn. Bhd.
Kaunter itu adalah antara kaunter paling aktif apabila minat pelabur terangsang.
Tarikh bagi mengemukakan tawaran baharu telah dilanjutkan kepada 10 Jananuri depan.
Pada Jumaat, saham PLUS Expressways meningkat 1.0 sen untuk ditutup kepada RM4.61 dengan 4.047 juta saham bertukar tangan.
Berasaskan mingguan, Indeks FBM Emas melonjak 81.09 mata kepada 10,328.05, Indeks FBM Top 100 melonjak 78.46 mata kepada 10,069.69 dan Indeks FBM Ace meningkat 10.32 mata kepada 4,254.13.
Indeks Kewangan meningkat 15.37 mata kepada 13,797.39, Indeks Perusahaan meningkat 13.38 mata kepada 2,818.39 dan Indeks Perladangan melonjak 73.80 mata kepada 7,948.21.
Jumlah dagangan keseluruhan mingguan merosot kepada 5.747 bilion saham bernilai RM7.676 bilion berbanding dengan 5.865 bilion saham bernilai RM8.725 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.
Perolehan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.364 bilion unit bernilai RM7.354 bilion daripada 4.335 bilion saham bernilai RM8.45 bilion.
Perolehan di Pasaran ACE merosot kepada 218.796 juta saham bernilai RM52.699 juta daripada 303.966 juta unit bernilai RM56.618 juta.
Waran melonjak 1.149 bilion saham bernilai RM260.4 juta daripada 880.353 juta unit bernilai RM206.674 juta sebelum ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment