...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Tuesday, December 21, 2010

Bursa lemah seiring pasaran serantau

KUALA LUMPUR 20 Dis - Harga-harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah pasaran-pasaran saham serantau, kata peniaga.
Pengukur pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI turun empat mata kepada 1,495.88.Ia dibuka 0.42 mata lebih rendah pada 1,499.46 pagi tadi.Sepanjang hari ini, ia bergerak di antara 1,493.22 dengan 1,500.07.
Seorang peniaga berkata bursa tempatan turun sejajar dengan prestasi lemah pasaran-pasaran saham Asia yang terjejas oleh ketegangan yang memuncak di semenanjung Korea dan kebimbangan tentang kemudahan mendapatkan dana di China.
"Kebanyakan kegiatan menjual adalah atas sebab-sebab luaran dan kekurangan minat kerana pasaran berada dalam suasana percutian. "Saham-saham hanya bergerak turun naik manakala pelabur dijangka menyimpan keuntungan berikutan kenaikan baru-baru ini," katanya.
Indeks Kewangan turun 11.68 mata kepada 13,770.34, Indeks Perladangan jatuh 17.43 mata kepada 7,856.98 dan Indeks Perusahaan susut 16.20 mata kepada 2,788.81.
Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas jatuh 24.47 mata kepada 10,222.48 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 turun 2.67 mata kepada 10,765.83.Bagaimanapun, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace naik 0.17 mata kepada 4,243.98.
Jumlah dagangan mengecil kepada 1.05 bilion saham bernilai RM1.6 bilion daripada 1.14 bilion saham bernilai RM1.81 bilion Jumaat minggu lepas.
Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 503 berbanding 251 manakala 278 kaunter tidak berubah.
Antara kaunter-kaunter cergas, DRB-Hicom meningkat 15 sen kepada RM1.93 dan waran opsyen belian DRB-Hicom naik 3.5 sen kepada 43.5 sen.Olympia Industries, bagaimanpun, susut setengah sen kepada 33 sen.
Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank luak sesen kepada RM8.50 dan Sime Darby jatuh lima sen kepada RM8.70.CIMB mengukuh empat sen kepada RM8.55.
Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 827.86 juta saham bernilai RM1.54 bilion daripada 888.13 juta saham bernilai RM1.75 bilion Jumaat lepas.Waran mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 178.61 juta unit bernilai RM45.3 juta daripada 197.56 juta unit bernilai RM41.02 juta sebelumnya.
Pasaran ACE mencatatkan pengurangan jumlah dagangan kepada 36.66 juta saham bernilai RM8.78 juta daripada 51.27 juta saham bernilai RM10.2 juta minggu lepas.- Bernama

No comments:

Post a Comment