...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, December 13, 2010

Dagangan teguh minggu ini

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka bergerak teguh minggu ini dengan lebih banyak aliran masuk dana meskipun terdapatnya kelemahan jangka pendek dan kebimbangan berhubung dasar monetari China dan krisis zon Euro.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) kekal melepasi 1,500 dengan jumlah dagangan yang menggalakkan terus memberikan kewibawaan kukuh kepada daya ketahanannya, kata ketua penyelidik runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan.
Pada minggu lalu, petunjuk pasaran utama mengukuh 6.3 mata kepada 1,507.28 selepas mencatatkan kenaikan tinggi dalam sejarah iaitu 1,528.01 pada hari Khamis, didorong oleh minat belian kukuh ke atas saham-saham mewah penting.
Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama dan susut ekoran kegiatan pengambilan untung sehari kemudian kerana para pelabur memilih untuk menjual ketika harga tinggi.
"Walaupun terdapatnya kelemahan jangka pendek pada hari Jumaat dan kebimbangan di China/Eropah, kami menyaksikan tingkah laku risiko pelabur yang positif di pasaran ekuiti, kemungkinan didorong oleh pendapatan korporat yang baik dan 'ura-ura' berhubung langkah pengukuhan," katanya.
Faktor lain termasuklah pilihan raya, harga komoditi yang kukuh dan perolehan bon tempatan yang menarik.
Selain daripada itu, hakikat yang Dow Jones berada pada paras tinggi dua tahun dan Nikkei pula pada paras tinggi tujuh bulan juga boleh menjadi pendorong untuk menolak naik indeks-indkes Asia termasuk FBM KLCI.
"Kami juga menjangkakan kemudahruapan ekuiti yang berkurangan untuk baki bulan ini untuk menyokong FBM KLCI meningkat," kata beliau.
'Impak Januari' yang ketara dengan pengumpulan akhir tahun saham-saham mewah terpilih dalam beberapa minggu akhir tahun ini turut menyokong pasaran tempatan.
"Pada masa ini, kami melihat sektor hartanah dan pembinaan (dengan fokus kepada kaunter berkaitan pilihan raya yang mempunyai kaitan politik) sebagai dua sektor yang menguasai 'impak Januari' di bursa tempatan, kata beliau.
Memandangkan indeks-indeks hartanah/pembinaan kekal menghampiri paras tinggi tiga tahun, terdapatnya jangkaan untuk melihat lebih banyak pengukuhan ke atas sektor-sektor ini untuk menolak naik FBM KLCI.
"Bergerak ke hadapan, kami percaya yang pasaran tempatan kemungkinan menunjukkan daya tahan dengan potensi menaik minggu depan.
"Dengan mudah tunai yang banyak pada masa ini, kami tidak terperanjat untuk melihat FBM KLCI menuju ke arah 1,530 dalam tempoh terdekat," katanya.
Apa-apa sahaja yang melepasi 1,530 akan menjuruskan FBM KLCI kepada kerancakan yang baik dan seterusnya ke paras tinggi terbaharu 1,550 pada bahagian awal tahun depan, tambah beliau. Pasaran ditutup pada hari Selasa sempena cuti sambutan Maal Hijrah.
Berdasarkan kepada mingguan, Indeks FBM Emas menokok 84.98 mata kepada 10,255.42, Indeks FBM Top 100 naik 66.2 mata kepada 10,010.48 dan Indeks FBM Ace melonjak 68.28 mata kepada 4,261.36.
Indeks Kewangan pula mengembang 217.25 mata kepada 13,767.5 sementara indeks Perusahaan lebih rendah sebanyak 66.96 mata kepada 2,786.66 dan Indeks Perladangan lebih tinggi 35.76 mata kepada 7,862.13.
Petronas Chemicals ialah antara saham yang bergerak aktif sepanjang minggu urus niaga. Ia ditutup empat sen lebih tinggi pada RM5.58 pada Jumaat.
Pada minggu sebelumnya, syarikat induknya Petronas memeterai Memorandum Persefahaman dengan BASF untuk mengendalikan kajian kemungkinan untuk menghasilkan kimia khusus di dalam negara dengan pelaburan bersama berjumlah sehingga RM4 bilion.
Tenaga Nasional, yang memaklumkan ia akan meminta kerajaan untuk menyemak kembali tarif gas asli jika harga arang batu meningkat dengan ketara dan seterusnya menjadi beban kewangan, susut 19 sen kepada RM8.60.
Harga purata arang batu telah mengukuh kepada melebihi US$110 (RM341) setan, yang sudah pasti akan menjejaskan pendapatan gergasi utilitinya.
DRB-Hicom juga diniagakan aktif walaupun ia berkata ia tidak tahu mengenai ura-ura berhubung sebarang cadangan penswastaan. Ia naik 15 sen kepada RM1.80.
Terdapat juga laporan yang menyatakan, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dipercayai sedang mempertimbangkan untuk mengambil secara persendirian kumpulan auto dan perbankan.
Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 4.968 bilion saham bernilai RM8.94 bilion daripada 4.89 bilion saham bernilai RM9 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 3.754 bilion unit bernilai RM8.612 bilion daripada 4.23 bilion unit bernilai RM8.85 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di pasaran ACE menambah kepada 375.025 juta saham bernilai RM84.661 juta daripada 298.08 juta saham bernilai RM84.46 juta Jumaat sebelumnya.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 827.357 juta unit bernilai RM233.123 juta daripada 347.79 juta unit bernilai RM61.13 juta minggu sebelumnya. - Bernama

No comments:

Post a Comment