...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, December 3, 2010

Bursa kukuh seiring pasaran serantau

KUALA LUMPUR 2 Dis - Harga-harga saham ditutup tinggi hari ini dengan perolehan di pasaran-pasaran Asia yang lain telah menggalakkan beberapa kegiatan membeli saham murah di pasaran tempatan, kata para peniaga.
Minat berterusan untuk saham-saham mewah terpilih telah menolak naik petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) untuk mencecah paras penting 1,500 mata.
Pada pukul 5 petang, petunjuk pasaran meningkat 17.80 mata untuk ditutup pada 1,503.22, selepas dibuka 7.11 mata lebih tinggi pada 1,492.53 pagi ini.
Seorang peniaga berkata pasaran didorong oleh pengukuhan di Wall Street, sekali gus meningkatkan sentimen pelabur berikutan data ekonomi AS yang lebih menggalakkan dan diharapkan agar krisis hutang negara di Eropah akan berkurangan.
Pada penutup, Indeks Kewangan melonjak 114.77 mata kepada 13,615.22, Indeks Perusahaan menambah 39.59 mata kepada 2,864.58 dan Indeks Perladangan mengembang 71.06 mata kepada 7,801.08.
Indeks FBM Emas mengukuh 115.44 mata kepada 10,195.15 dan Indeks FBM 70 menokok 115.58 mata kepada 10,542.13.Indeks FBM Ace bagaimananapun, merosot 6.41 mata kepada 4,203.14.
Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 516 berbalas 245 sementara 296 kaunter tidak berubah.
Sejumlah 979.25 juta saham bernilai RM1.79 bilion, diniagakan berbanding 886.25 juta saham bernilai RM1.59 bilion semalam.
Saham-saham aktif, Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM5.39 sementara K-Star Sports susut empat sen kepada 53 sen dan Pantech-Loan Rights lebih rendah setengah sen kepada 1.5 sen.
Jumlah dagangan di pasaran utama mengukuh kepada 832.88 juta saham bernilai RM1.76 bilion daripada 778.83 juta saham bernilai RM1.57 bilion semalam.
Jumlah dagangan di pasaran ACE naik kepada 49.43 juta unit bernilai RM10.24 juta daripada 37.81 juta unit bernilai RM12.64 juta semalam.Jumlah dagangan waran pula lebih tinggi pada 91.94 juta saham bernilai RM16.14 juta daripada 68.79 juta unit bernilai RM11.73 juta sebelumnya.
Produk pengguna menguasai 61.77 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 187.38 juta, pembinaan 97.7 juta, urus niaga dan perkhidmatan 218.68 juta, teknologi 34.2 juta, infrastruktur 19.26 juta, kewangan 41.27 juta, perhotelan 2.1 juta, hartanah 131.43 juta, perladangan 36.77 juta, perlombongan 651,100, REIT 1.65 juta dan dana tertutup 42,400. - Bernama

No comments:

Post a Comment