...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, December 6, 2010

Bursa Malaysia diramal diniagakan tinggi

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan dengan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat ke paras 1,530 mata, kata peniaga.
Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank Dr. Nazri Khan berkata, indeks petunjuk pasaran dijangka memperoleh limpahan positif daripada kenaikan harga-harga saham di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
"Data pekerjaan yang mencatatkan angka terbaik dalam tempoh tiga tahun serta lanjutan potongan cukai di AS dijangka menyokong pasaran Asia, termasuk bursa tempatan," katanya dalam unjuran teknikalnya di sini.
Beliau berkata, kenaikan dijangkakan minggu depan kerana kebanyakan indeks serantau mengatasi indeks utama - Hang Seng melepasi 23,000 mata, Nikkei melepasi 10,000 mata dan Taiwan Index melepasi 8,500 mata.
"Kami yakin ketegangan global sudah diambil kira berdasarkan pembetulan pada minggu lepas. Kemasukan semula dana jangka pendek dengan pembelian saham berharga rendah mendorong harga saham meningkat," katanya. Nazri berkata, pengukuhan ringgit dan minyak sawit mentah juga akan merangsang indeks petunjuk pasaran.
"Kami mendapati kerancakan prapilihan raya sudah bermula dalam pasaran apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lepas, mengumumkan pemilihan Umno akan ditangguhkan selama 18 bulan.
"Kami mengunjurkan belian saham-saham perbankan berkaitan Program Transformasi Ekonomi serta saham pembinaan berkaitan pilihan raya, secara bergilir-gilir, dengan saham berkaitan politik akan meningkatkan lagi indeks utama minggu depan," katanya.
Pada minggu yang baru berakhir, petunjuk pasaran FBM KLCI kebanyakan tinggi.
Bagaimanapun, ia susut pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung, namun berjaya kekal melepasi paras psikologi yang penting pada 1,500 mata.
Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 8.93 mata kepada 1,500.98 berbanding 1,492.05 pada Jumaat lepas. Indeks FBM Emas meningkat 52.25 mata kepada 10,170.44 dan Indeks FBM 70 menokok 57.46 mata kepada 10,499.19. Indeks FBM Ace bagaimanapun turun 75.75 mata kepada 4,192.98. Indeks Kewangan susut 55.07 mata kepada 13,550.25 manakala Indeks Perusahaan meningkat 2.36 mata kepada 2,853.62 manakala Indeks Perladangan melonjak 159.14 mata kepada 7,826.37.
Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 4.89 bilion saham bernilai RM9 bilion berbanding 6.18 bilion saham bernilai RM11.32 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 4.23 bilion unit bernilai RM8.85 bilion berbanding 5.08 bilion unit bernilai RM11.13 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di pasaran ACE susut kepada 298.08 juta saham bernilai RM84.46 juta berbanding 358.82 juta saham bernilai RM114.55 juta Jumaat lepas.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 347.79 juta unit bernilai RM61.13 juta berbanding 323.06 juta unit bernilai RM55.8 juta minggu lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment