Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List
Barisan Penceramah
Destinasi Seminar
Thursday, February 25, 2010
Saham PLUS Expressways Bhd. pilihan baik
Dalam nota Malaysia Equity Investment Researchnya, syarikat penyelidikan itu berkata, keuntungan bersih pengendali tol itu iaitu RM1.186 bilion untuk tahun kewangan 2009, meningkat 9.9 peratus berbanding 2008, tepat dengan unjurannya. Bagaimanapun, dengan ketiadaan kenaikan kadar berjadual dan pertumbuhan trafik yang minimun, PLUS akan menyaksikan pertumbuhan pendapatan yang tidak berubah tahun ini, katanya. Untuk tiga petunjuk prestasi utama kumpulan (KPI) iaitu pertumbuhan pendapatan lima peratus, pulangan-atas-ekuiti (ROE) 18 peratus dan 75 peratus nisbah pembayaran dividen, OSK menjangkakan PLUS akan mencapai hanya satu daripada KPI berkenaan, iaitu ROE. Sementara itu, Kenanga Research dalam notanya turut mengekalkan 'belian' ke atas saham-saham PLUS, sambil menyatakan yang keputusan kumpulan adalah dalam jangkaan dan melepasi KPInya menerusi pengambilan alihan konsesi baharu di India dan pertumbuhan trafik yang tinggi. Ia berkata pengambilan alihan lebuh raya Indu Navguya di India berjalan lancar, dengan kutipan tol akan bermula pada Mei tahun ini. Dalam pada itu, MIDF Research mengekalkan saranan 'neutral' untuk saham penyedia tol itu sambil menyatakan yang pasaran telah meletakkan harga yang wajar ke atas PLUS dan ia tidak melihat banyak potensi menaik.
- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

3 comments:
- Unknown said...
-
salam dulu saya pernah katakan , cuba semak balik tulisan saya bahawa saham sinotop yang dikuasai oleh warganegara china akan naik dari 7 sen hingga 80 sen, dah jadi kenyataan hari ini,
sekarang saya melihat saham M3 Teknologi milik warganegara china juga akan bergerak dari 8.5 sen sekarang ke 80 hingga 1.00, tunggu dan lihat, anda boleh lihat
selamat menunggu - April 13, 2017 at 3:23 PM
- Unknown said...
-
Dengan perkembangan ekonomi negara china masa kini saya menjangka semua syarikat saham milik warganegara china akan naik saham nya bagi myokong penguasaan negara china di seberang laut
- April 13, 2017 at 3:26 PM
- Unknown said...
-
M3TECH telah bergerak dengan kadar yang sangat pantas dari 4.5 sen ke antara 8.5 hingga 9 sen, tidak mustahil saham ini akan pergi ke 80 sen ke atas
- April 13, 2017 at 3:28 PM
3 comments:
salam dulu saya pernah katakan , cuba semak balik tulisan saya bahawa saham sinotop yang dikuasai oleh warganegara china akan naik dari 7 sen hingga 80 sen, dah jadi kenyataan hari ini,
sekarang saya melihat saham M3 Teknologi milik warganegara china juga akan bergerak dari 8.5 sen sekarang ke 80 hingga 1.00, tunggu dan lihat, anda boleh lihat
selamat menunggu

Post a Comment