...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, April 14, 2010

Bursa Malaysia Perkenalkan eDividen

KUALA LUMPUR 13 April – Semua pemegang saham yang berdaftar dalam buku kelayakan dividen syarikat senaraian awam akan dibayar dividen mereka secara elektronik melalui perkhidmatan eDividen dan bukan lagi menggunakan cek bank. Pembayaran itu akan dibuat oleh syarikat-syarikat senaraian awam yang mengumumkan tarikh penutupan buku tersebut dari dan selepas 1 September ini. Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, pelaksanaan eDividen tersebut bukan mandatori tetapi merupakan sebahagian usaha untuk meningkatkan keberkesanan sistem pembayaran dividen. Beliau berkata, usaha berkenaan sejajar dengan agenda kebangsaan untuk beralih ke platform bayaran secara elektronik. “Pemegang saham yang memilih untuk menerima dividen secara langsung tidak lagi perlu pergi ke bank untuk menunaikan cek mereka kerana semua dividen akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.
“Selain mudah dan cepat, mereka (pemegang saham) tidak perlu bimbang sama ada cek itu akan hilang, tersalah letak atau tamat tempoh,” katanya selepas taklimat media mengenai eDividen, di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Pemasaran Bursa Malaysia, Devanesan Evanson. Yusli Mohamed berkata, pihaknya menyedari kepentingan untuk mencapai keberkesanan yang lebih baik dan menyediakan kemudahan kepada PLC dan juga para pelabur. Beliau berkata, Bursa Malaysia akan meninjau untuk mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada pemegang saham terhadap usaha itu. “Sehingga kini, terdapat lebih empat juta akaun Sistem Simpanan Pusat (CDS) dengan Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd., dan saya berharap semua PLC bersedia menggunakan sistem ini,” katanya. Sementara itu, Evanson berkata, lapan syarikat senaraian awam bersedia untuk menawarkan perkhidmatan iaitu Maybank, British American Tobacco (BAT), Guinness Anchor, Telekom Malaysia (TM), Symphony, Nestle dan PLUS serta tidak ketinggalan Bursa Malaysia. Jelas beliau, pemegang saham cuma perlu memberikan maklumat akaun bank sekali sahaja kepada broker saham mereka tanpa dikenakan sebarang kos. “Pendaftaran eDividen dibuka selama setahun mulai 19 April ini hingga 18 April 2011. Selepas tempoh itu, setiap pendaftaran e Dividen akan dikenakan yuran perkhidmatan. “Mereka (pemegang saham) boleh memilih untuk menggabungkan semua dividen dari semua akaun CDS ke dalam satu akaun atau memilih untuk menetapkan akaun-akaun yang berasingan untuk setiap akaun CDS,” ujarnya. (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment