...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Thursday, April 15, 2010

Sumbangan OSK IB Meningkat

KUALA LUMPUR 14 April - OSK Investment Bank Bhd. (OSK IB) dijangka memberi sumbangan besar kira-kira 40 peratus kepada pendapatan dan keuntungan OSK Holdings Bhd. pada tahun ini berbanding 35 peratus tahun lalu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ong Leong Huat yang optimis terhadap sasaran itu berkata, ia adalah seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan pasaran modal di Malaysia dan cawangan-cawangan OSK IB di Singapura, Kemboja, Indonesia dan Hong Kong. Malah, beliau berkata, operasi OSK IB di luar negara bakal mencatatkan pertumbuhan 100 peratus. OSK IB menjangka pasaran modal mencatatkan pertumbuhan positif ekoran permintaan bagi penyenaraian, penggabungan dan pengambilan alih, terbitan bon, derivatif dan pembiayaan merentas sempadan sebagainya. ''Apabila ekonomi semakin pulih, aktiviti pinjaman akan memainkan peranan penting di kesemua sektor. ''Perkembangan ini menjadikan perbankan pelaburan begitu dinamik,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan OSK Holdings di sini hari ini. Beliau mengunjurkan aktiviti pasaran modal di Indonesia dijangka lebih menarik memandangkan industri itu masih 'bayi' berbanding Malaysia. ''Keluaran Dalam Negara Kasar di Indonesia bernilai RM500 bilion, sedangkan pasaran modal di sana hanya RM200 bilion. ''Saya berpendapat Indonesia adalah pasaran bergerak pantas,'' tambah beliau. Mengulas mengenai jumlah tawaran awal permulaan yang akan dikendalikan oleh OSK IB, Leong Huat mendakwa bank pelaburan itu mempunyai bilangan besar daripada syarikat yang terlibat. Leong Huat berkata, setakat ini, OSK IB akan mengekalkan operasi cawangannya luar negara. ''Kita bukan tidak mahu berada di Thailand tetapi situasi tidak mengizinkan, begitu juga di Vietnam, pasarannya masih kecil manakala Filipina pasarannya tidak berkembang sejak 15 tahun lalu,'' jelasnya. (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment