...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, April 16, 2010

PELABURAN KACUKAN

Berdasarkan perkembangan dan evolusi produk dalam pasaran modal kita, kini wujud beberapa pelabran kacukan yang mengabungkan ciri pelaburan hutang dan ekuiti. Anda mungkin pernah dengar mengenai saham pinjaman yakni saham yang boleh dikeluarkan dalam bentuk stok pinjaman tidak bercagar boleh tukar boleh tebus (redeemable convertible unsecured loan stock atau ICULS). Jika saham pinjaman itu adalah ICULS, pemegang terpaksa menukar saham pinjaman kepada saham apabila sampai tarikh matang mengikut nisbah penukaran dan harga penukaran yang telah ditentukan terlebih dahulu. CULS menggabungkan kelebihan tertentu bon dengan pilihan untuk menukar bon kepada saham biasa. Pada hakikatnya, CULS mempunyai elemen “peruntukan panggilan” di mana syarikat boleh membuat panggilan pada harga yang telah ditetapkan dalam jangka masa tertentu, biasanya antara empat hingga lima tahun. CULS memiliki hak istimewa untuk ditukar kepada saham biasa berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan, yang dikenali sebagai keistimewaan penukaran. Mengapakah CULS diterbitkan? Keistimewaan penukaran merupakan ciri tambahan yang membuatkan pembelian bon jenis ini lebih menarik. Ia boleh mengurangkan kos pinjaman syarikat (dengan membayar kadar faedah tetap yang lebih rendah) dan membolehkan syarikat mengeluarkan ekuiti tidak langsung yang lebih berfaedah berbanding menjual saham biasa. Pemegang CULS akan menerima pulangan tetap daripada bon akan diberi piluhan untuk menukar CULS kepada saham biasa bagi mendapt keuntungan sekiranya berlaku kenaikan dalam harga saham. Kelebihan ini sesuai bagi pelabur yang mahu berkongsi pertumbuhan syarikat tetapi tidak sanggup menanggung risiko yang tinggi, tetapi sangup menerima pulangan yang lebih rendah bagi memiliki hak untuk menukar bon kepada saham biasa. Saham keutamaan juga adalah satu bentuk ekuiti kacukan, yang membolehkan pemegangnya menerima dividen tetap (saham biasa tidak berhak menerima dividen tetap). Biasanya dividen tetap ini adalah berdasarkan peratusan daripada nilai nominal/nilai tara saham. Saham keutamaan yang mempunyai hak menrima tunggakan dividen yang belum lagi dibayar.dikenali sebagai saham keutamaankumulatif. Manakala saham keutamaan yang tidak berhak menerima tunggakan dividen dikenali sebagai saham keutamaan tak kumualtif.

No comments:

Post a Comment