...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Tuesday, April 6, 2010

Dagangan Bursa Kekal Kukuh

KUALA LUMPUR 5 April - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, sekali gus meneruskan keuntungan minggu lepas dengan dirangsang oleh belian kukuh ke atas saham-saham kewangan di celah-celah sentimen pasaran yang semakin baik, kata para peniaga. Pada pukul 5 petang, petunjuk pasaran untuk Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 5.81 mata atau 0.44 peratus kepada 1,341.75, selepas menyaksikan paras rendah seharian iaitu 1,339.28. Ia dibuka 3.36 mata lebih tinggi pada 1,339.30. Pada penutup, Indeks Kewangan melonjak 124.61 mata kepada 12,104.89, Indeks Perladangan naik 26.51 mata kepada 6,527.57 Indeks FBM Emas menambah 48.59 mata kepada 9,110.71, Indeks FBM70 naik 60.93 mata kepada 9,125.42 dan Indeks FBM ACE mengukuh 13.0 mata kepada 4,267.32. Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 403 berbalas 322 sementara 289 kaunter tidak berubah, 339 tidak diniagakan dan 34 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan keseluruhan untuk hari Isnin lebih tinggi kepada 1.053 bilion saham bernilai RM1.308 bilion berbanding 827.971 juta saham bernilai RM1.180 bilion yang diniagakan Jumaat lepas. Mendahului saham aktif, Mithril lega tiga sen kepada 15 sen sementara Affin Holdings-Waran meningkat empat sen kepada 16 sen dan Haisan Resources kerugian sembilan sen kepada 50.5 sen. Transmile Group menambah 1.5 sen kepada 49 sen dan Iris-Waran kekal pada dua sen. CIMB Group menerajui FBM KLCI, dengan saham-sahamnya melonjak 16 sen kepada RM14.74. Perolehan dagangan di Pasaran Utama mengukuh kepada 859.679 juta saham bernilai RM1.257 bilion berbanding penutup semalam iaitu 690.78 juta saham bernilai RM1.149 bilion. Jumlah dagangan di Pasaran ACE turut meningkat kepada 88.616 juta saham bernilai RM11.789 juta daripada 56.178 juta saham bernilai RM8.45 juta sebelumnya.Waran menambah kepada 84.586 juta unit bernilai RM21.283 juta daripada 74.05 juta unit bernilai RM15.4 juta. Produk pengguna menguasai 25.690 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 240.774 juta, pembinaan 53.717 juta, urus niaga dan perkhidmatan 301.822 juta, teknologi 33.766 juta, infrastruktur 23.651 juta, kewangan 96.530 juta, perhotelan 5.537 juta, hartanah 65.187 juta, perladangan 12.182 juta, perlombongan 47,000, REIT 704,600 dan dana tertutup 71,800.- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment