...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Thursday, April 1, 2010

Dagangan Bursa Malaysia kukuh

KUALA LUMPUR 31 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, dirangsang oleh minat belian lewat ke atas saham berwajaran tinggi terutamanya saham perladangan dan perbankan, kata para peniaga. Mereka berkata yang pasaran memberi maklum balas positif kepada lantunan semula terhadap keyakinan pengguna AS yang sekali gus membantu merancakkan sentimen positif ke atas pemulihan ekonomi global. Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 1.22 mata untuk ditutup kepada 1,320.57. Ia dibuka 0.1 mata lebih rendah pada 1,319.25. Indeks Kewangan pula menokok 17.99 mata kepada 11,807.73, Indeks Perladangan menambah 3.15 mata kepada 6,447.18 dan Indeks Perindustrian mengembang 11.92 mata kepada 2,690.85. Indeks Emas FBM pula naik 5.73 mata kepada 8,957.24 dan Indeks FBM70 meningkat 28.56 mata kepada 8,962.3.Indeks FBM Ace, bagaimanapun, merosot 41.07 mata kepada 4,208.98. Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 441 berbalas 275 sementara 274 kaunter tidak berubah, 361 tidak diniagakan dan 31 digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 961.37 juta saham bernilai RM1.54 bilion daripada 1.046 bilion saham bernilai RM1.33 bilion semalam. Saham-saham untung termasuklah MPHB-CA yang naik 4.5 sen kepada 36 sen, KNM turun satu sen kepada 72 sen, Ramunia menokok dua sen kepada 36 sen dan MRCB kukuh enam sen kepada RM1.65. Di kalangan saham mewah, Maybank dan Sime Darby masing-masing menokok satu sen kepada RM7.47 dan RM8.70, dan CIMB Group lebih tinggi lapan sen kepada RM14.06. Perolehan dagangan di Pasaran Utama merosot sedikit kepada 754.575 juta saham bernilai RM1.472 bilion daripada 797.71 juta saham bernilai RM1.228 bilion semalam.Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 71.0 juta saham bernilai RM13.22 juta daripada 11.814 juta saham bernilai RM21.53 juta sebelumnya. Waran pula lebih tinggi kepada 111.49 juta unit bernilai RM27.84 juta daripada 71.72 juta unit bernilai RM16.18 juta sebelumnya. Produk pengguna menguasai 28.38 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 159.36 juta, pembinaan 64.4 juta, urus niaga dan perkhidmatan 266.88 juta, teknologi 27.25 juta, infrastruktur 20.97 juta, kewangan 51.43 juta, perhotelan 7.26 juta, hartanah 102.12 juta, perladangan 25.14 juta, perlombongan 30,000, REIT 1.21 juta dan dana tertutup 92,000.
- Bernama - (Dipetik dari Urusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment