...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Wednesday, April 21, 2010

Bursa Malaysia untung RM28 juta suku pertama

KUALA LUMPUR 20 April - Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM28 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2010, iaitu peningkatan sebanyak 81 peratus berbanding RM15.5 juta tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, keputusan tersebut didorong oleh jumlah dagangan yang kukuh serta peningkatan keyakinan pelabur terhadap pasaran ekuiti tempatan.''Bagi suku pertama, purata nilai dagangan harian adalah lebih tinggi berbanding tempoh setahun 2009 dengan nilai sebanyak RM1.2 bilion ekoran aktiviti dagangan lebih rancak dan minat baru terhadap saham Malaysia. ''Ini menunjukkan, pelabur-pelabur sedang memantau tawaran pasaran tempatan dan peluang positif dan ia telah menyumbang kepada prestasi baik bursa,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini. Tambah Yusli, prestasi baik pada suku pertama 2010 disumbangkan oleh pasaran ekuiti yang didagangkan pada nilai purata dagangan RM1.5 bilion berbanding kepada RM0.7 bilion direkodkan pada suku pertama 2009. ''Pasaran ekuiti semakin baik, sentimen pelabur kukuh dan landskap dagangan aktif menyumbang kepada peningkatan perolehan dagangan ekuiti sebanyak 103 peratus kepada RM39.6 juta berbanding RM19.5 juta sebelumnya. ''Bagi suku berakhir 31 Mac 2010, modal pasaran meningkat kepada RM1.1 trilion berbanding RM0.7 trilion untuk tempoh yang sama sebelumnya.'' jelas Yusli.
(Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment