...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, April 5, 2010

Bursa teruskan peningkatan

KUALA LUMPUR 4 April - Trend meningkat di Bursa Malaysia dijangka berterusan minggu ini ekoran jangkaan bahawa Wall Street juga akan menyaksikan pergerakan yang sama. Ini adalah kerana kontrak hadapan indeks saham Amerika Syarikat (AS) naik sedikit semalam ekoran pengumuman data-data guna tenaga yang lebih baik daripada dijangkakan, kata peniaga. Pasaran tunai AS ditutup sempena cuti Good Friday semalam. Seorang penganalisis tempatan berkata, sementara menunggu petunjuk baru, pasaran tempatan dijangka memanfaatkan sentimen positif dari pasaran luar negara. "Pasaran berkemungkinan bertahan pada paras semasa minggu ini tetapi pada satu peringkat, saya rasa ia akan melalui pembetulan tidak lama lagi," katanya. Beliau berkata, meskipun peringkat pertama Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan baru-baru ini tidak menggerakkan pasaran untuk seketika, namun impak sebenarnya akan dirasai dalam enam bulan kedua tahun ini, selepas peringkat kedua diumumkan. "Kerajaan sedang mengumpul maklum balas daripada orang ramai mengenai peringkat pertama MEB. Impak besar ke atas pasaran akan hanya dirasai dalam separuh masa kedua tahun ini," katanya. MEB diumumkan pada Selasa lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari pertama forum Invest Malaysia dan ini termasuklah berita-berita penggerak pasaran seperti penjualan ekuiti selanjutnya dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan oleh Khazanah Nasional Bhd. Selain itu, Najib menyebut tentang pembangunan tanah kerajaan di pusat bandar serta pembangunan baru di Sungai Buluh yang mendorong pergerakan beberapa kaunter pembinaan.
Berdasarkan laporan mingguan, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 20.8 mata kepada 1,335.94. Indeks Kewangan melonjak 241.35 mata kepada 11,980.28, Indeks Perladangan meningkat 90.18 mata kepada 6,501.06 dan Indeks Perusahaan mengukuh 68.98 mata kepada 2,733.91. Indeks FBM Emas melompat 150.61 mata kepada 9,062.12, Indeks FBM70 melonjak 228.46 mata kepada 9,064.49 dan Indeks FBM Ace menokok 41.82 mata kepada 4,254.32. Jumlah dagangan minggu lalu susut kepada 4.782 bilion saham bernilai RM6.899 bilion daripada 5.214 bilion saham bernilai RM7.983 bilion. Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama juga berkurangan kepada 3.839 bilion unit bernilai RM6.599 bilion daripada 4.432 bilion unit bernilai RM7.777 bilion. Bagaimanapun, jumlah dagangan dalam pasaran ACE bertambah kepada 428.88 juta saham bernilai RM81.61 juta daripada 370.626 juta saham bernilai RM54.73 juta. Waran opsyen jualan meningkat jumlahnya kepada 388.592 juta unit bernilai RM86.632 juta daripada 296.865 juta unit bernilai RM59.715 juta.
- BERNAMA - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment