...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Friday, April 2, 2010

Saham mewah rangsang Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 1 April - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini apabila para pelabur membeli saham berwajaran tinggi utama, kata para peniaga. Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 9.27 mata untuk ditutup kepada 1,329.84 selepas dibuka turun 0.78 mata kepada 1,319.79 pada sebelah pagi. Bagaimana pun, seorang penganalisis berkata aktiviti di dalam bursa tempatan kekal perlahan apabila para pelabur mengambil sikap berhati-hati dan ini dapat dilihat pada saham-saham murah. Semasa ditutup. Indeks Kewangan meningkat 82.53 mata kepada 11,890.27, Indeks Perladangan meningkat 27.99 mata kepada 6,475.17 dan Indeks Perusahaan meningkat 29.24 mata kepada 2,720.09. Indeks FBM Emas menokok 55.68 mata kepada 9,012.92, FBM70 meningkat 31.63 mata kepada 8,993.93 dan Indeks FBM ACE menambah 34.73 mata kepada 4,243.71. Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 423 kepada 316 manakala 295 kaunter tidak berubah, 319 kaunter tidak diniagakan dan 30 digantung.Perolehan turun kepada 807.399 juta saham bernilai RM1.349 bilion daripada 961.37 juta saham bernilai RM1.54 bilion yang dicatat semalam. Di kalangan saham aktif, Oversea meningkat 2.0 sen kepada 25 sen, TimeCom menokok 2.5 sen kepada 51 sen, MRCB meningkat 3.0 sen kepada RM1.68 dan BJCorp-LC turun 3.0 sen kepada RM1.22. Antara saham berwajaran tinggi, Maybank dan Maxis tidak berubah masing-masing kepada RM7.47 dan RM5.34 manakala Sime Darby turun 1.0 sen kepada RM8.70. CIMB menokok 32 sen kepada RM14.38, MISC meningkat 33 sen kepada RM8.43, IOI Corp naik 5.0 sen kepada RM5.44, PPB melonjak 26 sen kepada RM18.26 dan Kuala Lumpur Kepong meningkat 10 sen kepada RM16.78. Perolehan di Pasaran Utama turun kepada 618.06 juta saham bernilai RM1.287 bilion daripada 754.575 juta saham bernilai RM1.472 bilion semalam. Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 104.833 juta unit bernilai RM22.56 juta daripada 71.0 juta unit bernilai RM13.22 juta sebelum ini. Waran merosot kepada 62.33 juta unit bernilai RM14.11 juta daripada 111.49 juta unit bernilai RM27.84 juta sebelum ini. Produk pengguna mencatatkan 20.64 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 113.62 juta, pembinaan 52.81 juta, dagang dan perkhidmatan 188.74 juta, teknologi 25.96 juta, prasarana 35.95 juta, kewangan 77.782 juta, hotel 7.68 juta, hartanah 73.43 juta, perladangan 19.78 juta, perlombongan 27,000, REIT 1.41 juta, dan dana tertutup 171,700.
- Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment