...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Barisan Penceramah

Barisan Penceramah
Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )

Monday, April 12, 2010

Harga Saham dijangka Stabil

KUALA LUMPUR 11 April - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka stabil minggu depan dengan kecenderungan menurun apabila dagangan berhati-hati berlaku berikutan kekurangan petunjuk positif baharu, kata para peniaga.Sementara itu, petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) dijangka menjalani pembetulan selepas berada dalam aliran meningkat tanpa gangguan selama 13 hari bermula 22 Mac. "Peserta pasaran memerlukan insentif kukuh untuk bergerak kerana FBM KLCI telah mencecah paras kemuncaknya pada 1,347.61 pada 7 April (paras tertingginya sejak Mac 2008), dan pada masa ini saya tidak melihat sebarang faktor pendorong," kata seorang daripada peniaga. Beliau berkata, penstabilan perlu bagi pasaran untuk bertapak kukuh sebelum melonjak ke paras tinggi seterusnya.Bagi minggu depan, paras sokongan untuk indeks utama dijangka berada pada 1,315 dan 1,330 manakala paras ketahanan pada 1,335 dan 1,349 yang mungkin mengehadkan sebarang langkah pantulan  semula. "Pengambilan untung dan penjualan dan kenaikan masih berlaku ketika momentum belian perlahan," kata peniaga itu, sambil menambah para pelabur harus berdagang dengan berhati-hati dengan had jangka pendek dan langkah menghentikan penurunan yang relevan.Sementara itu, pasaran serantau dijangka terus berhati-hati dengan kecenderungan menurun."Dengan masalah hutang asing Greek yang semakin memuncak, desas desus kemungkinan kenaikan cukai hartanah China dan penilaian semula mata wang Yuan, keadaan darurat di Thailand dan kemungkinan Indonesia mengenakan kawalan modal, dijangkakan mungkin berlaku keadaan tidak menentu dalam pasaran ekuiti dunia, termasuk Malaysia," kata seorang peniaga lain.Bursa saham memulakan minggu yang baru berakhir ini dengan sentimen lebih mantap berikutan belian kukuh saham kewangan, dan aliran meningkat itu berterusan sehingga Rabu.Bagaimanapun, pengambilan untung sederhana berlaku pada Khamis tetapi berjaya memantul semula pada Jumaat. Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI turun 1.96 mata kepada 1,333.98. Bagaimanapun, Indeks FBM Emas, meningkat 24.47 mata kepada 9,086.59, Indeks FBM Top 100 naik 48.89 mata kepada 8,802.25 dan Indeks FBM70 melonjak 63.16 mata kepada 9,127.65. Indeks FBM ACE juga naik 40.81 mata kepada 4,295.13. Indeks Kewangan menokok 26.53 mata kepada 12,006.81, Indeks Perusahaan meningkat 7.73 mata kepada 2,741.64 tetapi Indeks Perladangan turun 7.88 mata kepada 6,493.18. Sejumlah 5.842 bilion saham bernilai RM7.821 bilion bertukar tangan sepanjang minggu ini, naik daripada 4.782 bilion saham bernilai RM6.899 bilion pada minggu sebelumnya.Jumlah dagangan di pasaran Utama juga meningkat kepada 4.861 bilion saham bernilai RM7.546 bilion daripada 3.839 bilion saham bernilai RM6.599 bilion sebelumnya. Bagaimanapun, jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 307.535 juta saham bernilai RM49.368 juta daripada 428.88 juta saham bernilai RM81.61 juta. Jumlah dagangan waran meningkat kepada 492.586 juta unit bernilai RM111.235 juta daripada 388.592 juta unit bernilai RM86.632 juta sebelumnya. - Bernama - (Dipetik dari Utusan Malaysia)

No comments:

Post a Comment