KUALA LUMPUR 5 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup
bercampur-campur dengan belian berterusan ke atas saham-saham berharga
rendah dan berwajaran tinggi terpilih, kata para peniaga. Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur
(FBM KLCI) ditutup 0.66 mata atau 0.05 peratus lebih rendah pada
1,362.08, diheret turun oleh Sime Darby dan Mudajaya. Indeks penanda aras dibuka 1.42 mata lebih tinggi pada 1,364.16 dan
bergerak antara 1,358.52 dan 1,364.82 mata. Purata perusahaan Dow Jones naik 44.05 mata kepada 10,680.43, indeks
500 Standard & Poor”s menokok 6.78 mata kepada 1,127.24 dan Nasdaq
lebih tinggi 20.05 mata kepada 2,303.57. Indeks Kewangan menambah 0.739 mata kepada 12,285.27, Indeks
Perladangan naik 37.31 mata kepada 6,468.67 sementara Indeks Perindustrian merosot 9.83 mata kepada 2,661.26. Indeks FBM Emas menokok 6.24 mata kepada 9,237.78, Indeks FBM70
meningkat 34.841 mata kepada 9,258.94 dan Indeks FBM Ace mengembang 22.71 mata kepada 3,845.25. Saham-saham untung mengatasi saham rugi
dengan 362 berbalas 349 sementara 276 kaunter tidak berubah, 382 tidak
diniagakan dan 30 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan naik kepada 993.853 juta saham bernilai RM1.575
bilion daripada 811.414 juta saham bernilai RM1.188 bilion semalam. Di kalangan saham aktif, TimeDotCom menokok enam sen kepada 71 sen,
Time Engineering meningkat dua sen kepada 47.5 sen dan AirAsia lebih
tinggi 1.5 sen kepada RM1.65. Zelan lega lima sen kepada 73 sen dan Sinotop susut satu sen kepada
17 sen. Pembina loji tenaga, Mudajaya berkurangan RM1.01 kepada RM3.92,
menyaksikan kemerosotan untuk empat hari berturut-turut. Perolehan dagangan Pasaran Utama menokok kepada 893.586 juta saham
bernilai RM1.553 bilion daripada 699.711 juta saham bernilai RM1.167
bilion semalam. Waran pula berkurangan kepada 45.999 juta unit bernilai RM9.024
bilion daripada 55.384 juta unit bernilai RM9.846 juta sebelumnya.Jumlah
dagangan di Pasaran ACE turun kepada 46.497 juta saham bernilai RM8.072
juta daripada 47.430 juta saham bernilai RM6.698 juta pada hari Rabu. Produk pengguna menguasai 67.832 juta saham yang diniagakan di
Pasaran Utama, produk perindustrian 139.502 juta, pembinaan 94.665 juta,
urus niaga dan perkhidmatan 292.401 juta, teknologi 36.804 juta,
infrastruktur 75.82 juta, kewangan 56.269 juta, perhotelan 2.603 juta,
hartanah 97.462 juta, perladangan 26.493 juta, perlombongan sifar, REIT
3.634 juta dan dana tertutup 95,400. - Bernama
Blog ini telah di kemaskini di http://seminarjutawansaham.blogspot.com
My Blog List

...kini mengadakan promosi bagi peserta yang ingin menyertai seminar untuk dua segmen dengan diskaun sebanyak RM200 serta penginapan percuma (untuk seminar di Pusat Latihan PUABUMI sahaja)......rebutlah peluang mempelajari ilmu pelaburan ini...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Barisan Penceramah

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Destinasi Seminar

Pakej Eksklusif Istimewa ~ Seminar Jutawan Saham dan CPO siri ke 3 adalah pembuka untuk tahun 2011 ini di Pusat Latihan PUABUMI pada 8hb dan 9hb Januari 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Santuary Resort Cherating pada 15 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 16 Januari 2011 ( segmen CPO )

Kem Pelaburan PUABUMI II akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2011 ( segmen CPO ) dan 14 Ogos 2011 ( segmen Ekuiti )

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Suria City Hotel, Johor Bahru pada 29 Januari 2011 ( segmen ekuiti ) dan 30 Januari 2011 ( segmen CPO )
Friday, August 6, 2010
Friday, August 6, 2010
Bursa bercampur-campur di akhir dagangan
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup
bercampur-campur dengan belian berterusan ke atas saham-saham berharga
rendah dan berwajaran tinggi terpilih, kata para peniaga. Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur
(FBM KLCI) ditutup 0.66 mata atau 0.05 peratus lebih rendah pada
1,362.08, diheret turun oleh Sime Darby dan Mudajaya. Indeks penanda aras dibuka 1.42 mata lebih tinggi pada 1,364.16 dan
bergerak antara 1,358.52 dan 1,364.82 mata. Purata perusahaan Dow Jones naik 44.05 mata kepada 10,680.43, indeks
500 Standard & Poor”s menokok 6.78 mata kepada 1,127.24 dan Nasdaq
lebih tinggi 20.05 mata kepada 2,303.57. Indeks Kewangan menambah 0.739 mata kepada 12,285.27, Indeks
Perladangan naik 37.31 mata kepada 6,468.67 sementara Indeks Perindustrian merosot 9.83 mata kepada 2,661.26. Indeks FBM Emas menokok 6.24 mata kepada 9,237.78, Indeks FBM70
meningkat 34.841 mata kepada 9,258.94 dan Indeks FBM Ace mengembang 22.71 mata kepada 3,845.25. Saham-saham untung mengatasi saham rugi
dengan 362 berbalas 349 sementara 276 kaunter tidak berubah, 382 tidak
diniagakan dan 30 yang lain digantung urus niaga. Jumlah dagangan naik kepada 993.853 juta saham bernilai RM1.575
bilion daripada 811.414 juta saham bernilai RM1.188 bilion semalam. Di kalangan saham aktif, TimeDotCom menokok enam sen kepada 71 sen,
Time Engineering meningkat dua sen kepada 47.5 sen dan AirAsia lebih
tinggi 1.5 sen kepada RM1.65. Zelan lega lima sen kepada 73 sen dan Sinotop susut satu sen kepada
17 sen. Pembina loji tenaga, Mudajaya berkurangan RM1.01 kepada RM3.92,
menyaksikan kemerosotan untuk empat hari berturut-turut. Perolehan dagangan Pasaran Utama menokok kepada 893.586 juta saham
bernilai RM1.553 bilion daripada 699.711 juta saham bernilai RM1.167
bilion semalam. Waran pula berkurangan kepada 45.999 juta unit bernilai RM9.024
bilion daripada 55.384 juta unit bernilai RM9.846 juta sebelumnya.Jumlah
dagangan di Pasaran ACE turun kepada 46.497 juta saham bernilai RM8.072
juta daripada 47.430 juta saham bernilai RM6.698 juta pada hari Rabu. Produk pengguna menguasai 67.832 juta saham yang diniagakan di
Pasaran Utama, produk perindustrian 139.502 juta, pembinaan 94.665 juta,
urus niaga dan perkhidmatan 292.401 juta, teknologi 36.804 juta,
infrastruktur 75.82 juta, kewangan 56.269 juta, perhotelan 2.603 juta,
hartanah 97.462 juta, perladangan 26.493 juta, perlombongan sifar, REIT
3.634 juta dan dana tertutup 95,400. - Bernama
No comments:
Post a Comment